26.GREEN FOREST

1.5K 174 15
                                        

"Tugas kita cuma cari pedang sahaja. Ingat?" Kata Ryan kepada Viez, Irene, Alice dan Erina.

"Kalau dah dapat terus kita berundur. Faham? Sebab kita hanya mahukan pedang sahaja." tambah Rena.

"Bukankah kita tak boleh pegang selain Irene?"  Erina menyoal sambil menggaru kepala. Alice mengangguk setuju.

Irene yang berada di sebelah Viez, sudah terpinga-pinga. Tidak faham. "Pedang apa Viez?" bisiknya.

"Oh, kau tak ingat ke? Pedang lagenda itu kau punya. Kita kena dapatkan untuk kegunaan kau nanti." terang Viez dan semua mata tertumpu pada Irene.

Air liur ditelan perlahan. "Aku ... aku tak dapat ingat tentang pedang itu ...." 

"Tak apalah, nanti kau akan ingat juga." kata Viez. Dia mengusap rambut Irene dengan romantis, bagaikan pasangan yang sedang hangat bercinta! Mereka bertatapan mata.

Erina sedang melihat terus memegang perut. Perutnya tiba-tiba terasa loya. "Alice, aku rasa nak termuntah."adunya sambil menekup mulut. 

Alice tersengih sumbing. Belakang Erina ditepuk-tepuk perlahan sebelum mengurut. Alice rasa perangai Irene macam pelik. Memanglah dia bersama Viez tapi sebelum ini tak adalah berkepit sepanjang masa! Sebelum ini Irene banyak berborak dengan mereka. Bergurau senda,  suka mengusik, buat lawak bodoh, membebel dan suka marah.

Yang depan mata ini? Mana ada semuanya itu. Sungguh berbeza dengan yang dulu! Kelakuannya juga agak sedikit pelik. Bila dia, Erina, Irene dan Rena duduk dalam bilik. Irene banyak mendiamkan diri. Ya, mungkin Irene hilang ingatan terlampau lupa sehingga tidak ingat kelakuan sendiri? Macam tak logik.

Alice tidak tahulah kalau kawannya yang lain ada merasakan benda yang sama. Ini berdasarkan apa yang dia perhatikan selama ini.

Pap!

Tapak tangan Erina singgah pipinya. Alice kembali ke alam nyata. Mata terbeliak besar! Rasa sakit  mula menjalar-jalar di pipi. Alice mengusap perlahan, kelihatan pipinya sudah bertukar merah.

"Kenapa kau tampar aku!" Erina dipandang persis mahu membunuh!

"Aku panggil kau tak sahut. Itu nampak? Mereka sudah tunggu. Kau ini berangan ke apa." tunjuk Erina melurus ke depan.

Mereka yang lain sedang menumpukan mata terhadapnya dan tidak semena-mena Alice bertembung mata dengan Irene. Namun, cepat-cepat Irene mengalihkan pandangan ke tempat lain!

"Maaf aku tak perasan." ucapnya.

Melihat Alice masih tercegat lantas Erina menarik lengan dan mengheret Alice."Dah, cepat!"

"Em ... Erina aku ada benda nak cakap dengan kau." bisik Alice di telinga. Erina memperlahankan langkah.

"Pasal apa?" soalnya sambil menjongket kening.

"Irene ...."

GADIS berambut putih menoleh ke kiri dan ke kanan. Pokok-pokok yang berada di hutan semuanya tinggi ke langit. Masih sama seperti dahulu tempat ini. Nampak redup dan suram tidak kira waktu malam ataupun siang. Ia kelihatan sama.  Cuma tanah kelihatan hitam dan kering.

"Hutan apa ni?" soal Irene gugup. Air liur ditelan berkali-kali. Mata Irene merayap ke serata tempat. Lengan ibunya dipeluk kuat.

"Green Forest. Hutan hijau. Aku rasa rumahnya dekat kawasan ini." gumam Carla. Dia berjalan mendahului. Samuel hanya ikut sahaja di belakang tanpa banyak soal. 

"Ibu ... hutan ini menakutkan!" rengek Irene seperti budak kecil.  Aiyra tergelak kecil. Mengada Irene hanya dibuat-buat. Irene hanya mahukan perhatiannya.

White Guardians 2 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang