55. SUMPAH!

1.3K 144 32
                                        

Tepat jam dua belas malam, tengah-tengah kota Lycria dipenuhi orang ramai. Tiada kanak-kanak pada waktu begini, semuanya dewasa. Memang itu tujuan mereka lakukan pada waktu malam. Dua tiang yang telah diikat dua jasad tidak bermaya dipacak tengah-tengah. Mereka di dalam bulatan obor api yang dipacakan ke tanah. Merah menyala api terbakar. Tidak cukup dengan itu di bawah mereka juga terdapat longokan kayu.

Tentera istana yang diberi tugas untuk melaksanakan telah habis berucap menyatakan kesalahan dan hukuman yang bakal mereka terima. Kertas putih telah digulung. Kemudian,  dia berundur menghadap Raja yang turut berada di situ.

Matanya lurus ke depan tanpa berkelip memandang Sylvia yang terkulai tidak sedarkan diri. Kulit tangan penuh dengan kesan lecur akibat di cucuh besi panas petang tadi. Begitu juga dengan Vincent yang menerima nasib yang sama. Hukuman yang kejam semestinya tidak adil buat Sylvia. Tetapi apa dia peduli? Langsung tidak! Dia memang benci Sylvia sejak dari dulu. Mungkin ini caranya untuk melenyapkan Sylvia terus dari pandangan matanya!

"Sylvia ... bangun ... bangun ...." Vincent memangil perlahan. Mendesis dia saat mengerakan bibirnya yang pecah demi mengeluarkan sebutir suara.

Dahinya basah dengan darah hingga menutupi sebelah muka. Teruk dibelasah dan diseksa dengan tentera.  Dia tidak ada masalah untuk terima semua ini tapi untuk Sylvia dia memang tak boleh terima! Besar sangat ke kesalahan Sylvia? Tambah sakit hati lagi bila kesalahan Sylvia dibaca sebentar tadi yang menjelaskan bahawa Sylvia dituduh pengkianat dan bersubahat dengannya atas kegiatan sihir hitam!

Sumpah! Sejahat-jahatnya dia tidak akan pernah mengheret Sylvia buat kerja-kerjanya. Dia sayang Sylvia macam nyawanya sendiri. Sesungguhnya dia tidak boleh terima semua ini!

"Lepaskan Sylvia!" tengkingnya tatkala Raja Warton berjalan mendekati seraya memegang dagu. Sylvia dipandang sekilas sebelum beralih ke Vincent.

"Lambat. Hukuman akan dijalankan."

"Tak adil! Kesalahannya tidak setimpal dengan hukuman!"

"Dengar tak apa yang telah dibacakan tadi? Dah jelas dia bersalah." Warton tersenyum senget.

Vincent mengertap gigi. Badannya mengeletar menahan marah yang ingin tersembur keluar! Wajah si Raja dipandang dengan penuh kebencian di dada. Hatinya membentak ingin memukul muka!

"Dia tak bersalah! Aku yang salah! Aku yang paksa dia ikut aku. Jadi bebaskan dia dari semua pertuduhan!" katanya masih mengawal perasaan.

Raja Warton membutakan hati, telinga dipekakan. Tidak lagi mahu mendengar lontaran suara Vincent. Tidak lagi menoleh belakang. Dia berjalan lalu memberi arahan agar hukuman terlaksana segera.

Vincent meronta-ronta, menjerit seperti orang hilang akal. Orang ramai yang menyaksikan mula berbisik, mengutuk dan mengencam Vincent kerana dianggap kurang sopan terhadap pemerintah.

"Awak ...."

Vincent toleh ke sisi. Sylvia mengangkat kepala lalu tersenyum. Air mata lebat turun ke pipi.

"Sylvia?"

"Terima kasih ... beri saya kebahagiaan, beri saya rasa apa itu cinta ... dan anak kita. Itu semua amat bermakna bagi saya walaupun sekejap... awak buat saya bahagia Vincent."

"Tunggu saya akan cari jalan untuk lepaskan diri."

Obor api yang terpacak di atas tanah dicabut satu persatu. Ia membara-bara tidak sabar mahu memakan hidangan.

Sylvia mengeleng kepala. "Saya sudah penat Vincent. Saya betul-betul dah penat dengan dunia ini. Nyawa saya setakat di sini, biar saya pergi buat selama-lamanya, Vincent." mata Sylvia penuh dengan pasrah. Hatinya telus menerima semua ini. Tidak ada dendam pun tertanam. Apa yang dia harap agar pergi dengan tenang dan anaknya dalam keadaan baik.

Obor api dicampak serentak. Vincent terkedu melihat kayu yang telah dilonggok disambar api, ia merebak besar dengan cepat. Dia beralih pandangan apabila Sylvia memanggil nama. Air mata bercucuran jatuh menatap Sylvia.

"Terima kasih." ayat terakhir sebelum api menyambar keseluruhan badan Sylvia dulu sebelum Vincent. 

Abu berterbangan ke langit bagaikan salji putih yang turun ke tanah. Bara api terakhir hampir terpadam. Penduduk sudah lama beransur pulang. Dua jasad dijilat api yang tinggal rentung tergantung di tengah-tengah kota. Empat orang tentera datang menumbangkan kayu, angkat dan membawa dua jasad itu pergi ke sesuatu tempat.

Kilat menyambar langit hitam memekat, berkelip-kelip cahayanya sebelum dentuman guruh bergema! Tanah digali dengan tergesa-gesa niat mahu selesaikan dengan segera.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka jatuh rebah dipukul dari belakang. Mereka panik, kelam-kabut mencari si pelaku yang tidak terlihat kerana kegelapan malam. Bertambah tidak keruan lagi bila menadapati salah satu mayat rentung sudah hilang! Tidak lama kemudian hujan renyai turun ke menyimbah. Mereka berbalas pandangan sebelum ada tangan yang menghayun batang cangkul di kepala! 

"Mereka tidak tahu! Mereka tidak tahu! Aku ini tidak akan mati!" pekiknya menghentak cangkul. Empat orang tentera ditendang ke dalam lubang yang digali sebelum menimbus.

"Sylvia." dia terduduk sambil merangkul jasad yang sudah rentung. Badannya juga rentung hitam.

"Kau tak patut mati ... kau tak patut mati dalam keadaan macam ni!" raung Vincent memeluk erat. Teresak-esak dia disitu.

"Aku bersumpah! Aku bersumpah! Dunia ini tidak akan pernah aman sampai bila-bila! Selagi aku hidup aku akan hancurkan dunia ini! Itu sumpah aku!" laungnya disambut dengan petir dan dentuman guruh yang membingit telinga!

Irene terbangun lalu duduk menegak. Mukanya berpeluh-peluh basah. Udara dihembus dan disedut laju. Terketar-ketar tangannya menyapu muka. Meremang bulu roma dibuatnya.

"Tidak itu bukan mimpi." ujarnya tenang seraya menolak anak rambut. Ia adalah sambungan cerita daripada buku yang dia baca sebelum ini. Ya, Irene juga terhubung ke dalam cerita itu!

Dia mengenggam selimut. Dahinya berkerut seakan memahami sesuatu. "Alice ... Alice dalam bahaya!" lantas dia berpaling ke sisi mahu turun dari katil tetapi niatnya terbantut setelah ada yang menumpang tidur di atas katilnya.

"Silvanna?" panggilnya seraya menyentuh bahu. Dahi berkerut memandang Silvanna memeluk buku.

Oh! Dia tahu! Sekarang dia sudah faham. Patutlah sampai ke mimpi. Perlahan dia tarik buku tersebut namun Silvanna terjaga. Terpisat-pisat dia bangun.

"Aku nak minta maaf, aku baru sahaja terlelap."

"Kau buka buku itu? Kau dah tahu?" Irene memegang bahu Silvanna lalu ditarik dekat.

Tidak sempat Silvanna mahu bersuara, Irene telah memintas laju. "Alice! Dia dalam bahaya! Tolong bawa Alice pergi dari sini! Kalau boleh sekarang!" katanya serius.

Terus Irene melompat turun dari katil. Pakaian ditukar laju. Lantas dia keluar dari bilik tinggalkan Silvanna terpinga-pinga di situ. Irene menuju ke bilik Viez, tanpa mengetuk pintu dia main terjah masuk.

"Viez!"

Viez yang sedang membelek-belek luka pada badan, tersentak dengan kemunculan Irene.

"Kau tak malu ke main masuk bilik lelaki?" kata Viez tidak puas hati.

"Kau dah baik?  Ikut aku!"

"Hah? Kau nak pergi mana pula ni?" tanya Viez tegas. Dia berdiri lalu bercekak pinggang.

"Ikut sajalah ...."

"Bagitahu aku dulu."

Irene terdiam sejenak. Dia memusingkan badan tanpa jawab soalan Viez lalu berjalan lurus ke depan. 

"Hei Irene kau nak pergi mana?" kejar Viez di belakang.

"Jumpa, Vladmir."

"Kau dah gila ke? Lebih baik jangan pergi! Semalam pun kita dah kena teruk tahu tak?" bantahnya seraya mengeleng kepala.

"Okay aku pergi sorang." laju dia balas selaju kakinya yang sedang melangkah. Degil. Bukan dia peduli. Makin ditegah makin dibuat.

"Baiklah aku ikut!" balasnya mengalah dan terpaksa. Memang dia tak akan biar Irene pergi sorang.





White Guardians 2 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang