Punggung Erina mendarat di atas tanah dengan kasar. "Aduh!" jeritnya sakit. Dia mengeliat. Tidak ubah seperti cacing ke panasan.
Dia perhatikan sekeliling. Kawasan hutan yang sedikit lapang. Ia sudah dibersihan untuk dijadikan tapak. Di tengah-tengah ruang terdapat unggun api, atasnya pula ada periuk besar sedang dipanaskan dengan air mendidih! Erina meneguk air liur. Kelat. Air muka berubah. Rasa tidak sedap hati.
Dalam hati sudah meneka-neka, yang dia bakal disembelih, dipotong-potong daging dan dimasak serta menjadi hidangan buat mereka! Mungkin mereka mahu buat sup? Makanan berkuah? Tidak pun daging pangang atau salai? Sempat pula Erina membayangkan makanan!
Geseran pisau telah menyentakan Erina. Dia mencari punca bunyi tersebut lalu tertarah pada seekor beruang yang tengah mengasah pisau di atas sebuah meja batu! Air liur ditelan payah, rasa seperti kertas pasir pula kali ini!
Glup!
Mati jika menjadi hidangan lazat Si beruang putih! Erina mengeleng kepala. Laju. Menghilangkan perkataan mati dalam otaknya itu! Mati macam ni? Tidak! Dia harus cari akal untuk menyelamatkan diri! Dia pandang kiri dan kanan. Mencari sesuatu.
"Masa macam inilah tak ada angin." gumam Erina. Bayangkan angin sepoi-sepoi bahasa sikit pun tak ada! Beruang putih kembali kepadanya. Ia memikul Erina macam beg guni.
"Beruang putih! Lepaskan akulah!" bentak geram. Senyap, Erina dibawa ke meja batu. Di mana seekor lagi beruang sedang menunggu bersama pisau pada tangan. Kecut perut dia tatkala melihat pisau baru diasah sebentar tadi!
Erina diletak dalam posisi tertiarap. Kaki dan tangan masih lagi terikat ketat. Dia mengetap gigi. "Bisu ke beruang ni? Oh, lupa binatang mana boleh bercakap seperti manusia!"
Kepala dipusingkan ke belakang. Hampir tersembul biji matanya tatkala melihat mata pisau berkilat diangkat ke atas. Mampus! Ketika pisau dihentakan ke bawah, Erina cepat-cepat mengulingkan badan. Dia jatuh dari meja batu dan terhentak pada tanah.
Erina mendesis sakit. Pergh! Dia rasa tulang belakang macam nak retak saja! Bukan main sakit lagi! Tak sempat dia mahu menarik nafas, beruang yang mengheret dia keluar dari gua tadi, merengus marah. Ia mengangkat Erina dan letak balik di atas meja batu. Kali ini dia pegang kepala dan kaki Erina supaya tidak bergerak.
Erina semakin menjadi tidak keruan. Dadanya berdebar-debar. Terbeliak mata menatap pisau tadi. Anak mata bagai nak terkeluar dari soket mata tika ini!
Ting!
Deruan angin melintasi wajah Erina. Pisau terpelanting jatuh ke tanah. Gadis itu menghela nafas lega. Mujur angin datang tepat pada masanya. Bayangkan dua ekor beruang itu terkejut beruk!
Erina memejam mata dengan rapat. Dua ekor beruang itu sepontan berganjak ke belakang dek angin yang melintas buat kali kedua. Sepantas kilat Erina sudah duduk melunjur. Tali pada tangan dan kaki terputus tiba-tiba.
"Bagus! Nasib baik angin ada." Erina tersengih sumbing. Dia melompat turun. Tangan mendepa ke depan lantas dia mengengam erat dan merapatkan kedua belah tangannya.
Serta-merta dua ekor beruang tadi bergerak dengan sendiri. Ia berlangaran sesama sendiri dan terus rebah! Erina pandang kiri dan kanan. Tidak ada beruang lain pun di situ. Dengan kadar segera, dia berlari masuk ke dalam gua. Akan tetapi dia keluar balik.
"Gelapnya!" Mata liar memerhati tepi sudut, celah batu dan tanah ditepi gua. Mencari lampu minyak tanah dan seangkatan dengannya, tetapi tak ada.
Ah, lantaklah! Redah masuk jelah! Bersungguh dia berlari. Lari punya lari, sampai dia terlanggar sesuatu! Dalam keadaan gelap Erina berganjak ke belakang lalu jatuh terduduk.
![](https://img.wattpad.com/cover/149990805-288-k808168.jpg)
YOU ARE READING
White Guardians 2
FantasiManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...