60. HAJAT!

983 106 1
                                    

Tersedar dari lena, dia terkebil-kebil memandang rakan-rakannya dengan mulut tergangga luas. Dari atas sampai ke bawah dengan mukanya yang sangat pelik.

"Kenapa? Pegang pedang semua ni?"  terteleng kepala Irene bersama muka kebingungan. Tidak tahu apa-apa. Viez datang tiba-tiba dari belakang lantas menyiku kepala Irene.

"Oi, apa ni!" marah Irene sambil menggosok kepala.

"Bagus selepas ni kau tak payah bangun terus." perli Viez. Pedang disarungkan kembali dan disisip ke pinggang lalu memeluk tubuh.

"Tak ... aku tak faham apa kau cakap." dia berdiri. Pipi digaru bingung.

Rena menarik Irene sebelum mengepit leher Irene dicelah ketiak. Irene mencebik dan mengelupur mahu lepaskan diri.

"Sini kejap aku nak cerita tapi sebelum tu aku nak tanya." leher Irene dikepit kuat! Meraung Irene dibuatnya.

"Kalau ya pun janganlah buat aku macam ni!"

"Kenapa kau tak bangun? Tahu tak kita kena serang?" Rena tidak melepaskan Irene. Sekuat mana Irene meronta-ronta, tetap tidak boleh lepas. Terkembang kempislah hidung Irene mencium aroma peluh Rena.

"Hah? Siapa serang kita?"

"Tak pasti sama ada kerja mereka atau tidak." Ryan mencelah.

"Habis itu kenapa tak kejutkan aku?" Irene tidak berpuas hati. Dia tidak tahu padahal dia yang tak bangun!

Sekali lagi Viez menghentak siku di kepala. Irene tertunduk. Dia terdiam sebentar. Kemudian mengangkat wajah yang berkerut.

"Argh! aku minta maaf! Aku tak tahu kenapa aku tak bangun. Tapi mungkin sebab ...."

"Sebab?" Erina yang diam sejak tadi tiba-tiba berminat mahu ambil tahu.

" Aku makan buah."

"Buah apa kau makan?" soal Rena.

"Entah ... aku tak tahu buah apa. Nampak sedap sebab itu aku makan. Lepas itu aku mengantuk." Cerita Irene dengan bersungguh-sungguh sampai tangan bergerak membuat bentuk bulatan? Apa yang dia ingat selepas selesai membuang hajat, dia berjalan pulang ke tempat mereka berkumpul tiba-tiba ada sesuatu yang jatuh dari pokok terkena kepala dia.

"Kenapa kau makan!" Erina menjerit tepi telinga. Mata Irene terpejam lalu dia menolak muka Erina supanya menjauh.

"Perut aku berbunyi sebab itu aku makan."

Ryan berjalan ke hulu hilir. "Ini bukan kebetulan. Memang dirancang."

"Irene cuba kau periksa rantai Kristal kau."

Dengar saja arahan Rena terus dia meraba-raba badannya. Memang dia tak pakai rantai Kristal sebab rasa rimas. Selalu Irene akan letak dalam poket seluar itu pun kalau seluar berpoket. Tidak pun dia tinggal dalam bilik atau beg.

"Kenapa kau tak pakai?" tegur Viez. Irene balas dengan cebikan bibir. Dia berlari mengambil begnya lalu menyelongkar mencari rantai Kristal.

KERETA kuda melonjak ke atas apabila terlanggar batu di tengah-tengah jalan. Bahu Rena terlanggar kuat bahu Irene tetapi Irene tidak menunjukan tindak balas. Diam membisu memikirkan rantainya yang telah hilang. Bukan hilang tapi kena curi! 

"Salah aku ... rantai itu benda penting. Aku patut jaga baik-baik." Dia menunduk. Kedua tangannya memegang dahi. Tidak henti-henti menyalahkan diri sendiri.

"Sudahlah." pujuk Erina yang duduk bertentangan. Samuel di sebelahnya hanya mengangguk walaupun dia tidak terlalu faham apa fungsi dan betapa pentingnya rantai itu.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now