64. LIVE OR DIE!

1K 116 19
                                    

Tanah datar itu sunyi dan dingin. Permukaannya juga lembab dengan hujan renyai baru sahaja berhenti. Keadaan tanah berlumpur menyebabkan perjalanan menjadi licin dan begitu sukar untuk Viez. Tambah lagi tempat ini berbukit! Viez melepaskan lelah dengan bersandar di sebatang pokok besar. Wajahnya kebasahan ditimpa hujan diraup perlahan.

Mata dipejam seraya meraba pinggang mencari pisau lipat tersisip rapi bersama pedang. Viez menghentak kepala ke belakang.

"Apa gila suruh aku lukakan kawan sendiri!" rugut Viez. Fikirannya serabut. Buat atau tidak sama sahaja, Lily akan tetap bunuh Erina. Orang macam ini mana boleh percaya.

Mana mungkin dia akan buat. Tangannya mungkin telah meragut banyak nyawa tetapi tidak sesekali dia mengotorkan tangan dengan membunuh orang yang terdekat, lagi-lagi kawan.

Viez tersepit di tengah-tengah, terperangkap dalam situasi. Buat pertama kali dia tidak boleh buat keputusan kerana akal menjadi buntu. Erina dalam bahaya dan keselamatannya bagaimana? Tidak terjamin juga! Lily mungkin pasang niat untuk bunuh Viez juga! Selagi tak keluar dari sini selagi itulah rasa tak selamat.

Kepala didongak menghadap langit buatan imginasi Lily. Matahari palsu sudah tergelam ditelan kepekatan malam. Batang hidung Erina masih belum nampak lagi. Kawasan luas serta masa yang diberikan sangat terbatas. Memang tidak cukup!

Viez sambung perjalanan, dia mendaki bukit berdekatan. Lagi mudah kalau dia perhatikan dari atas, mana tahu terjumpa Erina nanti. Cahaya bulan terang benderang hampir menegak di atas kepala. Viez membuat langkah terakhir dakian bukit.

Satu sosok tubuh kelihatan jelas berdiri di atas bukit. Dari belakang nampak macam Erina. Viez mengosok mata sebelum mengorak langkah. Bibirnya bergerak-gerak memanggil Erina.

"Viez? Aku dah lama tunggu kau." dia toleh ke sisi, mata melirik perlahan ke arah Viez yang berdiri beberapa meter di belakang.  Nafas lega dihela. Sah! Itu memang suara Erina.

"Kita keluar dari sini dan cari Lily. Dia cuba nak bunuh kita."

"Aku tahu ... tapi permainan tetap diteruskan!"    sepantas kilat badan dipusing, dan pisau dilibas. Viez cepat-cepat melompat ke belakang.

Lelaki itu terkedu. Sangkaannya meleset jauh. Bukan Erina tapi Lily! Mulutnya tergangga luas melihat Lily di berdiri di betul-betul di atas bukit dengan bulan mengambang menegak atas kepala.

"Lily!" Viez mendegus seraya menarik pedang air di udara. 

"Kau lambat. Masa dah tamat." katanya lalu menjelir lidah. Viez ditatap dengan penuh sinis.

"Mana kawan aku?" tapak kaki diselaputi cecair jernih. Viez membuka kaki.

"Kau lambat jadi ... faham-fahamlah nasib dia."  Lily tersengih sumbing. Mata mengimbas setiap gerak-geri lelaki di depannya.

Kaki Viez meluncur laju seakan-akan dia berada di atas permukaan air.  Pedang dilibas, kaki Lily menjadi sasaran! 

Lily terseret menahan serangan. Darah merembes keluar dari celahan kulit yang terbelah di buku lali. Air muka Lily berubah menahan rasa bisa luar biasa. Pedang air itu ... bilahnya tajam malah berbisa seperti racun!

"Kenapa terdiam?" tanya Viez selamba, lalu kembali mengangkat pedang. Kening terangkat sebelah.

Lily mencebik. Dia menunduk melihat luka pada kakinya. Sekejap sahaja buku lali sudah basah dengan darah. Digerak-gerak perlahan. Bibirnya melepaskan desis.

"Apa kau dah buat dekat Erina?"

"Aku dah cakapkan? Masa dah tamat jadi faham-fahamlah nasib dia."

White Guardians 2 Where stories live. Discover now