50. SI PUTERI MALANG!

1.3K 130 2
                                    

Irene tersedar dari lena seperti disimbah air sebaldi. Dia duduk menegak dengan terpinga-pinga sambil memerhati sekeliling lantas dia tersedar tentang semalam. Bagaimana dia boleh ada dekat sini? Seingat dia dan Alice berada di Lycria dalam perjalanan pulang ke sini.

"Tunggu dulu ... Ada benda terjadi dan aku tak ingat apa-apa!" Selimut ditolak ke tepi terlihat sebuah buku terletak elok di sampingnya.

Terteleng Irene saat buku itu diambil. Buku yang Alice ambil dari Lycria. Itulah buku yang Alice tunjuk padanya yang mungkin mempunyai jawapan. Irene membuka kulit buku dengan tanda tanya apa yang terkandung dalam buku itu. Jantungnya berdebar-debar tidak tentu hala.

"Sylvia?" sebutnya seraya menyetuh tulisan emas. Sekilas cahaya menyilaukan mata Irene lantas dipejam! Sejarah Lycria beratus tahun lalu diselami.

Dibuang.

Dianaiya.

Dibenci.

Semua itu dia terima dengan hati yang terbuka. Dia yang tak bijak dan sempurna seperti adik beradik yang lain telah disisihkan oleh keluarga. Walaupun dia cantik, kulit cerah rambut jingga keemasan namun dia tempang tetap dipandang buruk seisi istana.

Selain dayang istana hanya seorang sahaja yang masih layan dia dengan baik iaitu nenek dia. Hanya neneknya sahaja tempat dia bermanja dan mengadu. Bondanya? telah meninggalkan dia sejak keluar dari rahim lagi. Ayahanda? Tidak ambil peduli tentangnya malah menganggap dia adalah punca kematian bondanya! Pernah sekali tak menggaku sebagai anak.

Ayahandanya juga telah berkahwin lain, demi mendapatkan zuriat dan keturunan yang sempurna. Semuanya seramai tiga orang dan lelaki. Mereka dimanjakan dan dimewahkan dengan harta kerabat diraja. Hasilnya mereka penuh dengan sifat angkuh!

Dia menyorok ditepi tiang. Mengintai dua orang lelaki sedang berborak mesra di ruang tamu. Dalam hati memuji ketampanan dua lelaki itu atau adik beradiknya sendiri.  Seorang berambut kuning dan seorang lagi berambut jingga. Teringin benar dia mahu menegur tetapi takut!

"Hei cacat apa kau buat dekat sini?" bisik seseorang ditepi telinga. Dia terperanjat dan tersandar pada tiang. Lelaki berambut jingga tersenggih gatal.

"Tak ... tak ada apa. Saya tengah lap tiang ni Putera Asra." katanya cuak.

Si Putera tergelak kecil. Dia menarik lengannya dan memaksa berjalan cepat. Sampai sahaja dia ditolak ke sofa.

"Dia intai kau berdua." ujarnya kata mengunakan bahasa istana.

"Intai? Tahulah beta ini paling kacak." Putera berambut kuning mula perasan. Rambut disisir pakai jari. Putera lagi seorang diam tidak berkutik.

Si gadis cepat-cepat berdiri. Perasaan malu sudah menebal pada muka.  Walaupun mereka adik beradik tetapi dialah yang paling rendah sekali seakan berada dibawah tapak kaki mereka meskipun dia hidup dulu dari mereka bertiga. Dia mahu beredar dari sini dengan secepat mungkin kerana malu semakin menebal.

"Mahu ke mana? Marilah berborak dengan kami bertiga," Putera Asra menangkap tangan sekaligus menghentikan pergerakan.

"Putera Asra lepaskan Sylvia!" pekik suara tua dari tangga.

"Nenda ...." automatik tangannya melepaskan Sylvia. Dia mengalihkan pandangan. Nenda bersama bondanya turun dari tangga.

"Putera Asra, bonda pinta jaga kelakuan."

Sylvia mengundur perlahan. Berlari terhinjut-hinjut mendapatkan nendanya lantas menyorok di belakang. Putera Asra menayang muka meluat. Perasaan benci membuak tanpa sebab!

White Guardians 2 Where stories live. Discover now