57. SWEET MOMENTS ?

1.7K 150 17
                                    

Unggun api memarak besar, menghangatkan tubuhnya yang berpakaian sehelai selapis. Pokok sebesar tiga pemeluk lelaki dewasa dipandang lama. Kepala tertoleh ke kiri dan ke kanan sebelum mendongak. Tidak orang pun dekat luar hari ini. Kaki kanan melekap pada batang pokok. Belum sempat dia mahu melonjak naik, niatnya terhenti kerana suara Erina menegur. mengurut dada dibuatnya.

"Kau nak buat apa ni?" soalnya pelik yang muncul di sebalik pokok. Irene menyengih seperti kerang busuk.

"Tak buat apa. Saja tengok-tengok pokok ni." jari menguis kulit pokok yang berkedut dan tidak sekata. Erina kelihatan sedikit muram.

"Kau ada benda nak cakap dengan aku ke?" sambung, Irene.

Gadis genit itu menyisir rambut lantas duduk melunjur di bawah pokok. Tanpa menjemput Irene turut duduk disamping, Erina. Kacau betul. Baru dia nak duduk senang.

"Aku cuma terfikir pasal Alice...."

Irene tergelak kecil. Bahu Erina disiku dari sisi lalu berkata. "Kau rindu dia ke?" soalnya sambil menutup mulut.

Erina menjeling sekilas. "Mana ada cuma aku sunyi, selalu mulut dia bukan main berbisa." cebiknya.

"Aku tak tahu apa khabar dia. Harap sangat yang dia dijaga Silvanna dengan baik." Sebiji batu dikutip. Tangan melambung-lambung tinggi.

"Kau tak mengantuk ke?" topik ditukar, Erina menguap entah kali ke berapa kali. Mata kuyu dan berair. Dia memeluk lutut. Pandangan dilemparkan pada unggun api.

"Adeh! Bengkak kepala aku!" terjerit kecil Irene tatkala batu tadi terkena kepala. Digosok-gosok dengan perlahan.

"Yang tak pernah berubah." mengekek Erina ketawa.

Irene menjeling lalu menumbuk bahu Erina. "Dahlah jangan ketawakan aku lagi." katanya geram.

Tidak lama kemudian,  Erina tidak tahan diasak ngantuk. Dia sempat mengajak Irene namun Irend tidak mahu dengan alasan nak ambil angin. Kelibat Erina hilang dari mata.

Dia kembali bangun dengan menyambung niatnya sebentar tadi. Baju ditepuk-tepuk perlahan menghilangkan debu. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan dia memanjat sebelum ada yang mengacau.

"Hoi,  Irene ...."

Tersentak! Irene terkejut dengan teguran tersebut. Spontan batang pokok dipeluk. Mata mencerlung ke bawah tercari-cari pemilik suara. Viez sedang tergangga mendongak dari bawah.

"Kau buat apa dekat sini Viez?" katanya pelik.

Lelaki itu menarik-narik hujung baju Irene dengan balasan muka pelik juga. "Patutnya aku yang tanya soalan tu. Turun ... nanti jatuh." anak mata beralih ke tempat lain dari terus memandang punggung Irene yang menghadap muka. Unggun api menjadi tatapan mata.

"Kacau betul kau ni. Aku baru nak berangan ambil angin nak duduk atas pokok." Irene mahu bergerak ke atas. Viez menahan dengan hujung bajunya. Tidak lepas.

"Turun!"

Irene mendengus geram."Kalau aku tak nak?"

"Aku yang akan turunkan kau." senyuman nakal terukir lebar. Hujung baju Irene ditarik-tarik. Gadis itu tidak mahu mengalah tetap tidak mahu turun.

Tangan kanan memaut erat batang pokok manakala sebelah lagi berusaha menepis membuatkan Viez terhibur. Tawanya terhambur keluar!

"Apa masalah kau ni? Janganlah kacau aku!" bentak Irene kasar. Baju direntap sekaligus meleraikan tangan Viez.  Cepat-cepat dia panjat lalu berdiri menyimbangkan badan di atas dahan.

"Jatuh aku tak tahu." batang hidung digosok-gosok perlahan. Bercekak pinggang mendongak atas. Irene tak takut tapi dia pula yang takut.

"Sekali sekala aku nak buat macam ni apa salahnya. Aku penatlah fikir masalah dunia ...." dahan pokok mengendur ke bawah diringi bunyi kayu mahu patah. Air muka berubah cuak!

White Guardians 2 Where stories live. Discover now