52. ANXIOUS

1.3K 137 21
                                        

Tanah bergegar menjulang naik ke atas seakan ombak di lautan yang bergelora. Menghempas jatuh menjadi pasir tatkala tidak terkena sasaran. Tali air dilibas secara membabi rupa apabila ianya dielak dengan mudah. Nyawa Irene menjadi taruhan. Terperangkap di dalam kotak cermin yang tergantung di udara. Ryan,  Erina dan Samuel terbaring kejung bermandikan darah. 

viez undur merapati Rena di belakangnya. Kepala mendongak ke atas melihat Irene yang sedang menghentak-hentak tangan pada kotak cermin jernih. Bibirnya bergetar saat menghela nafas. Kecewa. Dia kecewa pada diri sendiri yang sekarang ini tidak mampu melakukan apa-apa untuk Irene.

"Serangan macam ni tak berkesan." Rena bersuara seraya menarik pedang dari sarung.

"Maksud kau? Kita terpaksa buat serangan jarak dekat?" Viez mengerling Zeus yang berdiri jauh di hadapan. Tersenyum mengejek lelaki itu ke arahnya.

"Ya ... dari tadi aku perhati. Zeus ni tidak bergerak seinci pun. Mungkin kita berdua boleh kalahkan dia kalau kita serang bersama." mata Rena memincing ke arah Zeus. Pedang menghentak satu kali ke tanah mencari strategi untuk melakukan serangan.

Viez mengikuti langkah Rena dengan menarik pedang. Senjata itu yang tersemat di tangan tergengam rapi bersama nafas terhela panjang. Auranya mengalir sepenuhnya ke pedang, menyala biru seperti air laut. Dia membulat nekad untuk menyelamatkan Irene kali ini.

"Viez!" Rena meluncur laju seraya mengheret pedang menyasarkan bahagian kaki yang menjadi titik keseimbangan.

Viez mengangkat kakinya seakan ada lantai yang mengapung di udara, dia melonjak seperti mendaki tangga yang basah dengan air. Memercik-mercik air.

Pandangan Zeus tertumpu pada Rena di bawah dan naik ke atas. Tersentak dia dengan kemunculan Rena yang melibas pedang! Tanah merekah sebaik sahaja serangan Rena dapat dielak. Segaris luka terlakar merah di pipi apabila angin melintasi. Pedang biru sudah terpacak ke tanah. Zeus mendongak dan melihat Viez yang menerjah dari atas lalu hilang. Sedar-sedar sahaja belakangnya diterajang kuat.

"Lepaskan, Irene." peluh yang menitik dari dahi dilap perlahan. Pedang kembali pegang. Dia mencungap menarik nafas. Dikerling Rena sekejap.

"Ah ... Orang penting macam dia ingat senang aku mahu lepaskan?" Zeus mendecit perlahan. Ibu jari dicalit pada pipi yang terluka. 

Timbul urat tatkala pedang digenggam kuat. "Tidak cukup ke apa yang kau dah buat semua ni!"

Tubuh Zeus terpelosok jatuh ke dalam tanah seakan akan terbenam dalam pasir jerlus separas lutut. Viez muncul melibas mahu memenggal kepala namun Zeus meluncur ke bawah dan terbenam dalam tanah. Rena tercengang sebentar.

"Rena?"

"Tak aku tak tahu macam mana dia boleh ...."

Kepala Zeus tersembul dari tanah. Tangan sudah mencengkam kaki Viez yang tidak sedar. Sekelip mata sahaja Viez ditarik lalu terbenam ke bawah. 

Rene melutut seraya meletak tapak tangan bagi merasai getaran yang ada di bawah tanah. Tiada. Tiada apa pun yang dia dapat dengar dari sini. Mustahil! Selalunya dia dapat tahu pergerakan musuh melalui rentak lagi-lagi bila berada dalam tanah. Tetapi dia tidak dapat dengar apa-apa pun.

"Viez! Aku cari cara untuk tolong kau!" pekiknya seraya menghentak tangan. 

Keras melantun seperti batu. Rena tidak dapat mahu masuk ke bawah atau membuka jalan langsung. Zeus tahu ini makanannya maka dia dihalang oleh lelaki itu agar tidak masuk campur.

"Ish! Tak guna!" bentak Rena sambil menumbuk permukaan tanah yang keras melantun. Risau keadaan Viez, mesti ada cara lain untuk ke bawah.

Nama disebut membuatkan dia tersentak. Serta merta pengelihatannya berubah arah ke Irene yang terperangkap dalam kotak. Ditumbuk dan dirempuh dinding kaca itu untuk menarik perhatiannya. Sampai luka buku lima bila mengasak benda keras itu.

"Irene?"

"Rena ... aku tak nak hilang dia. Tolong lakukan sesuatu! Tolong selamatkan Viez!" pekiknya yang termengah-mengah bersama dengan linangan air mata.

Lama dia terkaku. Memikirkan cara untuk masuk ke tanah. Dia sudah arif mengenai hal ini tak akanlah tak ada cara pun! Kelopak mata Rena mengecil merenung tanah. Terbeliak tatkala dia dapat membaca gerak-geri yang berada di bawah sana.

"Ya, aku tidak akan berdiam diri." tertumpu pada permukaan tanah yang di mana dia memerangkap Zeus sebentar tadi.

Belum sempat dia mahu membuka langkah, satu lubang besar menyedut mahu tarik Rena ke dalam tanah. Sedutan itu kuat bukan kepalang hingga Rena tidak dapat lari. Terkapai tangannya sebelum tanah menjadi rata sediakala.

Mata ditenyeh menghapuskan linangan air mata. Permukaan kaca ditumbuk beberapa kali dengan perasaan yang bercampur baur. Meleleh darah hingga ke siku. Sesakit luka lagi sakit hatinya ini. Irene mengundur dan terduduk saat badannya tersandar.

Zeus. Dia tahu lelaki itulah yang telah membunuh kedua orang tuanya dengan kejam. Dia tak akan lepaskan peluang untuk menuntut bela kali ini!

Irene menghela nafas. Terhambur wap sejuk ke udara. Suhu bertukar dingin. Dinding kaca berdetak-detak bunyi tatkala berubah menjadi beku namun tidak lagi pecah. Setelah mengerahkan tenaga dinding kaca yang keras memantul hancur tanpa meninggalakan serpih.

Dia jatuh menjunam ke bawah sebelum punggungnya menjejak tanah.  Tergeliat dia sebentar sebelum menggaru.

"Viez? Rena?" panggilnya seraya mengais tanah. Kulit jarinya lembut halus runcing bertukar merah.

Sakit. Dia berhenti dan terdiam sejenak. Irene mengigit bibir terlihat darah menitik jatuh dari jarinya. Terdapat gegaran besar di bawah sana. Dia mahu masuk tetapi tidak boleh. 

"Tak guna, Zeus!" marah Irene melepaskan amarah dengan sebiji penumbuk.

Ditoleh ke sisi di mana Ryan,  Erina dan Samuel telah dikumpulkan. Tanah tiba-tiba berpusar seperti air, seakan sebuah gaung di bawah, Rena dan Viez tersembul di tengah-tengah permukaan dengan muka kepenatan. Irene mengesat alis mata yang lembab. Viez memapah Rena.

"Mana Zeus?"

"Bawa mereka balik!" arah Viez yang termengah-mengah.

"Tapi ...."

"Teleport dan kita lari dari sini." kata Viez lagi seraya memapah Rena yang membisu dengan perlahan.

"Irene, cepat!" tersekat-sekat suara Rena menyuruh.

Irene menurut dengan akur. Dia bangun dan berlari. Lingakaran medan magik muncul mengelilingi Ryan,  Erina dan Samuel. Dia toleh ke belakang dan matanya terbuntang luas. Zeus muncul bersama wajah menyinga di belakang mereka tanpa Viez dan Rena sedar. Wajahnya lebam dengan teruk dan mempunyai luka-luka kecil.

Perasan perubahan riak di wajah Irene,  itu bermakna Zeus ada di belakangnya. Halkum bergerak seiring peluh menitis jatuh. Bibir Irene tergerak-gerak tanpa suara melihat Zeus  mengeluarkan pisau yang serupa dengan sebelum ini. Pisau yang telah meragut nyawa orang yang dia sayang dan kini ....

"Viez  ... Rena ...." sebut Irene bersuara serak.

Zeus tersengih menyeringai.








Hi semua, maaf baru sekarang dapat update. Saya busy sikit sebab dah masuk last Sem. Saya cuma nak bagitahu cerita ni tetap update cuma lambat sikitlah😅. Okay itu je nak beritahu, dan terima kasih yang masih sudi baca cerita ni.

Saya tak tahu cerita ni best ke tak or sebagus book 1? Jadi saya perlukan jawapan kamu semua😊🤪






White Guardians 2 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang