Seorang demi sorang dicampak! Mereka terseret lalu menghentam dinding kedai! Alice mengosok buku lima. Seorang lagi lelaki datang menyerang dengan batang besi. Alice melirikan pandangan ke sisi. Lengan lelaki itu ditangkap. Kakinya pantas menendang perut! Dia merampas batang besi lalu dia menghayun ke sisi mengenai kepala lelaki itu.
Alice memang betul-betul sedang marah kali ini. Sisi jahatnya kali ini jelas kelihatan. Mata seolah-olah mempunyai api yang membara! Separuh dari kumpulan lelaki itu habis dikerjakan!
Dia benar-benar geram dengan apa yang telah dilakukan oleh lelaki tadi. Melampau! Tiada perikemanusian langsung! Orang tua dikasari! Gadis itu hampir sahaja menjadi mangsa nafsu! Harta benda penduduk habis musnah! Ini baru sahaja dia balik. Tidak dapat bayangkan jika hari-hari penduduk di sini mengalami nasib sebegitu rupa.
"Beritahu aku siapa yang arahkan kau untuk bayar cukai perniagaan? Siapa tuan kau!" tempiknya seraya memengkis kaki seorang lagi lelaki.
Alice pijak badan. Batang besi betul-betul dia letak pada hidung. Mana dia tidak marah? Mana ada cukai perniagaan selama ini! Pandai-pandai sahaja! Ketika ini Alice tidak hiraukan langsung keadaan sekeliling selagi identiti tidak terdedah!
"Nenek tidak apa-apa ke?" Erina tiba-tiba mencangkung di tepi nenek itu. Dia datang untuk membantu, kutip satu persatu coklat dan gula-gula lalu dimasukan ke dalam bekas.
"Ah ... nenek tak apa-apa pun. Tapi cucu nenek tu. Tolong selamatkan dia." rayu nenek itu. Timbul rasa kasihan dalam diri, Erina.
Dia pandang gadis itu. Masih lagi dalam tahanan. Kemudian dia beralih pada Alice. Perempuan itu sedang acu batang besi pada seorang lelaki dengan sebelah kaki memijak perut lelaki tadi. Erina meneguk air liur. Tidak pernah dia lihat Alice marah macam ni.
"Nenek jangan risau kawan saya akan selamatkan dia." Erina cuba menenangkan nenek tua itu.
Alice menghentak batang besi pada kepala berkali-kali tanpa belas kasihan! Darah terpercik di merata tempat! Orang ramai yang berada di situ bergerak menjauh, dan ada juga bergegas pulang. Kepala lelaki itu sudah belumuran dengan darah. Alice memberi hentakan terakhir sebelum lelaki itu terus terkulai tidak sedarkan diri lagi!
Dia memusing badan ke belakang lantas batang besi diggenggam erat setelah melihat gadis itu masih ditawan. "Aku kata lepaskan dia!" marahnya lagi seraya menghayun batang besi kepada perut lelaki yang datang bertentangan arah.
Hentakan demi hentakan singgah pada badan. Alice hilang pertimbangan. Dia terus menerus pukul tanpa henti. Sampai bengkok batang besi dibuatnya.
Saat ini tidak ada siapa yang berani menghalang Alice. Api amarahnya membakar sekaligus menguasai segala perasaan!
'Alice cukup!'
Satu suara bergema membuatkan Alice terhenti dari bergerak. Suara yang amat dikenali. Setelah lama tidak muncul dan sekarang baru dia kembali berbicara dalam kepalanya? Mana dia pergi selama ini?
Alice memajam mata. Nafas dalam ditarik. Okay, perkara itu boleh difikirkan kemudian.
'Light?'
'Kawal diri, Alice'
'Kau tak faham, Light! Jangan sibuk!'
YOU ARE READING
White Guardians 2
FantasyManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...