Di sebalik semak-samun ada beberapa pasang mata bercahaya apabila melihat sekumpulan manusia yang sedang mendaki gunung. Ia berpindah dari satu semak ke satu semak yang lain, mengekori jejak langkah manusia.
Bukan satu malah banyak!Menanti masa yang sesuai untuk menerkam dan menyiat kulit daging mereka! Tajam menusuk ia memandang bagaikan pemburu mengejar binatang buruan! Nafasnya dihembus kencang. Air liur meleleh dari celahan mulut yang menyeringai.
Kehadirannya di situ telah disedari oleh lelaki berambut perang yang berjalan di bahagian belakang sekali. Lelaki itu kelihatan memerhati keadaan sekeliling sebelum membuka langkah seribu! Hembusan nafas semakin kencang!
"Kita sudah hampir ke puncak gunung Cyberia." Rena bersuara sekaligus memberhentikan pergaduhan antara Viez dan Erina. Mereka berdua bertikam lidah, sepatutnya Viez berjaga di belakang tetapi ini terbalik pulak. Itu yang menjadi punca pergaduhan mereka.
"Peta ini tak jelaslah." rungut Alice seraya merenung peta harta karun miliknya itu. Tergaru-garu kepala dibuatnya.
Ryan tiba-tiba rampas peta dari Alice. "Apa jadah gambar batu besar je ni?" Ryan memberi reaksi untuk pertama kali dia melihat peta itu. Dia tidak tengok pun peta itu sebelum ke sini. Ryan main ikut saja memandangkan Rena yang ajak.
"Aku rasa lain macam ni!" luah Viez seraya menolak anak rambut ke belakang. Dia sedaya upaya menenangkan diri. Rambut sebelum ini panjang dan tidak terurus kini sudah dipotong kemas. Nampaklah rapi dan tidak serabut jika orang lain memandang.
Rena turut rasa benda yang sama. Melalui tanah yang dipijak, dia rasakan bukan mereka sahaja yang berada di situ. Malah ada benda lain, sama ada manusia atau binatang sedang bersama mereka tidak jauh dari situ! Rena sudah tahu sejak awal tetapi dia diamkan sahaja selagi mereka tidak diserang dan dalam bahaya.
"Eh? Argh! Tolong!" suara Erina menjerit memeranjatkan semua. Viez disebelah pantas menoleh dan dia terkejut melihat leher Erina telah dibelit tali hitam!
Viez mahu bertindak tetapi lehernya juga dibelit. Tangannya cuba membuka belitan tali tersebut. Ia sungguh ketat! Ruang pernafasan semakin sempit! Rena, Alice dan Ryan juga menerima nasib yang sama! Mereka bergelut untuk melepaskan diri.
"Si ... siapa punya angkara!" terketar-ketar Ryan bersuara. Kelibat si pelaku tidak nampak langsung! Tali yang membelit leher datangnya dari arah semak-samun yang pelbagai penjuru.
Tidak lama kemudian, ada sesuatu meluru keluar dari semak. Ia sungguh pantas! Sekelip mata sahaja sudah terpacak di hadapan mata. Lima ekor beruang putih pelik, memakai sehelai seluar menatap mereka semua.
"Lepaskan akulah!" bising Viez. Beruang itu tidak bersuara, hanya menyeringai pada Viez sahaja. Lantas seekor beruang datang pada Viez. Tangannya mempunyai batu sebesar gengam lalu dihentak pada kepala Viez!
Berpinar-pinar kepala Viez. Darah meleleh perlahan. Tempurung otak rasa macam mahu pecah! Serta-merta Viez jatuh rebah tidak sedarkan diri.
"Viez!" panggil Rena. Dilihatnya Alice, Erina, dan Ryan pengsan juga kerana tepi leher mereka dipukul. Selang beberapa saat, tepi lehernya terasa sakit. Pandangan mata Rena berubah kelam.
Geseran benda tajam telah menyedarkan Viez dari pengsan. Gelap. Meskipun biji mata telah terbuka seluas-luasnya dia tidak nampak apa-apa. Serba-serbi gelap. Viez dapati tangan dan kakinya telah diikat! Viez mengeluh panjang. Tiba-tiba deria pendengarannya menangkap bisikan suara memanggil namanya.
"Hoi, ini akulah Ryan." bisiknya perlahan. Kedengaran datang dari arah kanan. Viez mengesot ke kanan. Ada sesuatu yang menghalang, memisahkan dua ruang. Viez rasakan sekarang ini dia berada di dalam sebuah sangkar.
YOU ARE READING
White Guardians 2
FantasyManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...