54. TERHUBUNG!

1.2K 131 13
                                        

"Sylvia."

Senyap. Diam seperti biasa. Beginilah keadaan setiap hari. Vicent akan berbual denga Sylvia cerita macam-macam mengenai dirinya dan macam mana dia boleh berada di sini. Vicent seperti bercakap seorang diri. Sylvia diam tidak tertarik langsung.

"Hari ini aku akan menjalani hukuman."

Sylvia terusik dengan kata-kata Vicent. Bingkas dia bangun lantas duduk bersandar pada dinding. Telinga bersedia untuk menadah luahan Vicent. 

"Bila?" tanyanya sepatah.

"Bila-bila masa saja."  

"Saya tahu kesalahan saya. Tapi untuk awak yang dipenjara saya tak faham. Raja itu memang dah hilang akal ke apa?"  

Vicent membentak geram, lantai ditumbuk. Sylvia hanya mendengar tanpa balas.  Tidak tahu nak kata apa. Sejahat-jahat ayahnya dia tetap ayahnya. Tidak pernah dilayan dengan baik malah dibenci. Suci hati Sylvia tidak pernah benci ayahnya, orang lain apatah lagi.

"Lainlah aku ... aku penyihir jahat."

Derapan tapak kaki bergema, pintu besi utama memisahkan ruang atas dibuka. Pengawal istana terpacak di hadapan sel tahanan Vicent lalu nama disebut penuh sebelum meluru masuk. Vicent ditarik kasar.

"Selamat tinggal awak." ucap Sylvia.

Vicent menoleh seraya tersenyum. "Jumpa lagi Sylvia." balasnya sebelum diheret kasar.

Pintu besi sel tahanan dihempas kuat hingga memaksa Sylvia memeluk lutut. Takut. Adakah dia bakal dihukum juga seperti Vicent hanya disebabkan keluar dengan Putera Waynestin? Tak masuk akal dan tidak adil!

Jika itu bakal berlaku dia akan terima dengan rela. Hatinya bersih tidak ada rasa dendam atau marah pun dengan tidakan kejam ayahandanya. Dia percaya suatu hari nanti dia akan bahagia juga.

Bam!

Pintu besi utama terpelahang luas. Sylvia yang baru sahaja mahu baring terkejut beruk! Vicent berlari ke pintu selnya dalam keadaan termengah-mengah.

"Awak ... ikut saya ...." jeriji besi digenggam lalu dirabak menjadi sebuah lubang besar. Vicent melangkah masuk sambil menghulur tangan.

"Hah? Pergi mana?" balasnya terpinga-pinga.

"Cepat! Ikut saya pergi dari sini!"

Sylvia tergamam sebentar. Tidak menyambut huluran atau berganjak dari tempatnya. Tidak sangka yang Vincent akan datang kembali dan ajak keluar dari sini. Lelaki itu kelihatan nekad mahu bawa dia bersama. Entah mengapa dia berasa terharu dan spontan tangannya mengapai huluran Vincent. Tersenyum tanpa sedar.

"Kita keluar daripada neraka ini!"

Mereka berlari berpegangan tangan. Dalam istana dan sekitarnya sedang menjadi huru hara dengan kehadiran sekumpulan berbaju jubah hitam. Pengawal istana meluru dengan senjata di tangan demi melindungi kerabat raja. Sylvia dan Vincent berlari melepasi dengan mudah oleh kerana dilindungi lelaki berjubah hitam.

"Awak bawa saya ke mana ni?" Sylvia bersuara termengah-mengah sebaik sahaja tiba di hadapan sebuah rumah seakan istana kecil.

"Saya bawa awak tempat selamatlah." balas Vincent lantas menarik Sylvia yang termangu-mangu masuk ke rumah.

"Jadi awak dah rancang untuk lari?" soalnya sebaik sahaja duduk di kerusi kayu. Vincent membalas dengan senyuman. Bersandar pada dinding lantas menarik udara.

White Guardians 2 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang