"Aku faham niat kau, Carla. Terima kasih tapi aku tidak boleh berdiam diri!"
Tumbukan Carla ditepis lantas Irene melibas kaki kanan ke atas. Kakinya menghentam dagu Carla. Gadis itu terdongak dan mengundur tiga tapak. Cukup padu tendangan itu, rasa rahangnya mahu tercabut!
Carla mendecit sambil memegang dagu."Kau hilang ingatan tetapi masih boleh berlawan, Irene. Aku tidak sangka."
"Sejujurnya aku tidak ingat cara berlawan. Aku hanya bertindak secara spontan." usai berkata dia terus meluru laju. Carla sepantas kilat membuka langkah kekuda.
Sesampai sahaja Irene, terus dia menangkap tangan lantas dia berpusing dan menghumban Irene ke bawah. Terbeliak Irene jatuh terlentang! Namun begitu, dia tidak mahu mengalah.
Irene melompat dikala Carla mendekati. Dia mendarat di belakang gadis itu. Apabila Carla memusing badan, Irene sekali lagi melompat ke belakang Carla sebanyak tiga kali.
"Jangan main-main, Irene! Kau buat aku pening!" marahnya bila diperlakukan sedemikian rupa. Irene hanya mengekek ketawa dan melocat lagi tetapi kali ini dia mendarat di atas bahu, Carla.
"Memang itu tujuan aku." Irene berbisik di tepi telinga membuatkan Carla terkaku sesaat.
Tidak sempat Carla ingin membalas, kepala dikepit kuat oleh peha Irene lantas dia menumbangkan badan ke belakang. Carla jatuh menjunam! Kepalanya terlebih dahulu terhentak pada tanah! Irene mendarat kemas.
Carla baring terlentang. Langsung tidak bergerak. Irene mengangkat sebelah kening. Dia mengatur langkah dengan perlahan. "Carla kau kalah ...." tiba-tiba kaki terhenti dengan sendiri. Badan mengeras seperti dicengkam oleh sesuatu. Dia cuba mengerakan tangan tetapi gagal!
"Tidak, aku belum kalah lagi." kata Carla seraya mengapungkan diri ke atas sekaligus Irene juga terapung sekali.
Irene merengus kasar. "Bukan kau kata tidak mahu guna kuasa ke? Apa ni Carla? Kau main kotor!"
Carla tergelak kecil.
"Aku cuma cadang dan kau tiba-tiba setuju tanpa berfikir panjang? Lagipun aku tak janji pun." balasnya lalu tersengih sumbing. Dia mengemam bibir setelah mendengar kata-kata Carla itu. Sakit hati pula dia rasa ketika ini. Dia tenung Carla dengan tajam.
"Kepala otak kau, menipu aku ye?"
Tidak semena mena, tumbuhan ais keluar dari tanah. Ia membesar dengan laju sampai Carla tidak sedar kewujudan tumbuhan ais itu. Apabila merasa dingin pada bahagian kaki, baru dia perasan yang badannya sedang dibeku! Sekelip mata sahaja anggota badan telah beku kecuali bahagian kepala! Carla mendecit perlahan.
"Ini baru adil, Carla." Irene mengukir senyuman sinis namun senyuman itu mati apabila ais mulai retak sebelum hancur berkecai!
"Kuasa kau tidak memberi kesan kepada aku kerana dah tak setanding seperti dulu." jelas Carla menjejakan kaki di permukaan tanah. Irene mengetap gigi dengan perasaan geram.
"Ice blade!"
"Huh! Apa?" Carla tersentak, apabila pedang ais muncul di merata tempat. Mata pedang bergerak serentak ke arah, Carla. Gadis berambut putih terkaku sebentar melihat mata pedang tajam dihala tepat padanya.
Bam!
Pedang-pedang itu menghentam Carla secara serentak! Irene terlepas dari cengkaman, Carla. Debuan tanah menutup pandangan mata Irene dan beransur pudar. Tetapi Carla tidak kelihatan di situ! Dia hanya lihat pedang ais terpacak merata di atas tanah. Irene mencari kelibat Carla. Puas dia pusing kiri, kanan depan, belakang dan atas.
YOU ARE READING
White Guardians 2
FantasíaManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...