Samuel meneguk air sambil berjalan menuju sebuah rumah kecil yang dibuat oleh Rena daripada tanah. Pintu kayu ditolak perlahan agar tidak mengejutkan Carla. Berkira-kira mahu masuk atau tidak.
"Air ... air ...."
Terbatal niatnya yang baru sahaja mahu pergi dari situ. Cawan digenggam sekejap sebelum melangkah masuk.
"Air ... aku nak air ...." Carla berbisik dengan mata tertutup.
"Ah, sekejap aku ambilkan." Samuel mencapai bekas minuman yang berada di situ. Dia menuang sambil mengerling Carla yang baring beralaskan kain tebal.
Carla nampak menderita menanggung sakit. Mungkin sekarang ini dia bukan di tempat Carla tetapi dia faham apa yang gadis itu rasa. Dia pun menderita. Menderita kerana perbuatan sendiri. Akibat tindakannya yang mahu menghidupkan yang telah mati. Mata sebelah buta malah badannya sering sakit-sakit, cuma merahsiakan saja. Umurnya juga tidak panjang, kuasa masa digunakan sekali lagi dia akan mati. Mungkin hari itu akan tiba tapi tidak tahu bila.
Samuel tidak sedar air yang dituang telah melimpah-limpah dari cawan. Dia tersentak! Dengan pantas dia meletak bekas air. Carla sudah duduk bersandar pada dinding. Rambutnya basah menutupi muka disebabkan keringat.
"Terima kasih Samuel."
"Kebetulan aku lalu jadi aku singgah tengok." ujarnya mengambil kembali cawan yang telah kosong.
"Hmm ... aku nak sambung tidur." Carla membaringkan diri diperhatikan oleh Samuel.
"Walaupun tidur kau tak lena?"
Tangan berhenti dari menarik selimut. Carla mengeluh seraya menolak anak rambut. Dahinya terdedah luas.
"Hmm ... aku tak boleh buat apa."
"Yah ... aku faham dah tentu menyakitkan bukan?"
"Terlalu sakit, Samuel. Aku lebih rela mati kalau macam ini. Kenapa tidak dibunuh saja aku ni?" Carla membentak. Selimut digenggam erat. Samuel tersenyum manis.
Carla terpana sebentar. Jujur sajalah dia sudah suka Samuel tapi hatinya tidak mengaku. Ego! Samuel mungkin lelaki biasa tidak tampan seperti Viez dan Ryan malah jauh sekali! Samuel seorang lelaki yang baik tetapi dipenuhi noda-noda yang pernah dilakukan.
"Jangan cakap benda yang mengarutlah. Lebih baik kau berehat. Dah aku pergi dulu, kalau ada apa-apa jerit je nama aku. Mereka yang lain sedang sibuk." Samuel mahu bangun tetapi Carla menarik tangan.
"Temanlah aku."
Samuel merenung dalam anak mata Carla. Macam tak percaya Carla minta dia teman. Tambah lagi tangannya dipegang. Sebelum ini dia menjaga batas. Kulit langsung tidak tersentuh. Perlahan-lahan dia mengangguk setuju.
Samuel menguap entah buat kali ke berapa. Carla sudah lena dan kini dia turut mengantuk! Tersenguk-senguk dia menahan dan akhirnya tidak tertahan lagi. Samuel merebahkan badan di sisi Carla. Jarak mereka hanya sejengkal. Dia tidak peduli lagi. Asalkan dapat tidur lagi pun bukan dia buat benda tak elok pun.
Bila Samuel mahu mengiring ke sisi, mata terbuntang dengan luas. Dia terkaku sebentar melihat seekor ular hitam sedang membelit badan Carla yang lena. Lidahnya terjelir saat mata bertentangan!
Belum sempat dia mahu bangun, ekor ular itu melibas Samuel dengan kuat! Bergolek dan kepala terhantuk pada dinding. Ular tersebut berubah bentuk menjadi manusia dan menindih Carla.
"Aku datang untuk jemput kau balik." bisiknya ditepi telinga Carla. Nafas dihembus dan membuatkan Carla mengeliat kegelian.
"Melda." sebutnya sebaik sahaja mata dibuka.
YOU ARE READING
White Guardians 2
FantasyManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...