31. MERMAID

1.6K 175 10
                                    

Ombak menghempas perlahan di pinggir pantai. Di bawah sinaran bulan merah, air laut berkilau mengindahkan pemandangan tepi pantai. Namun keindahan itu dicemari oleh kocakan air sebelum lembaga yang menjelma di sebalik permukaan air.

Ia berjalan perlahan dalam keadaan terhuyung-hayang. Mendekati daratan. Ketika ini cahaya matahari memancar ke langit, menandakan sebentar lagi waktu malam akan diusir. Lembaga itu menghempas badan sebaik sahaja mencecah pasir pantai.

Lembaga itu adalah seorang gadis berpakaian gaun putih krim paras lutut. Di kakinya terdapat sisik berwarna perak, rambut panjang hingga paras punggung dan juga berkulit putih melepak.

"Aku tak larat hendak bangun." dia mendesah kepenatan. Nafas dihela perlahan. Badannya bercalar-balar seperti dicakar.

Dia mengertap gigi seraya mencengkam pasir. Air mata mengalir kerana tidak mampu menahan rasa sakit yang menjalar di seluruh badan. Ia sangat berbisa seperti luka ditaburi dengan garam!

"Sesiapa ... tolong ...." rintihnya. Dia berharap sangat ada insan yang berhati mulia datang membantu! Pengelihatan menjadi kabur. Kelopak mata memberat jatuh.

Telinganya menangkap suara sorang bercakap tetapi ia kedengaran samar-samar.

"Mati ke hidup?"

"Dia masih bernafas! Hidup lagi!"

"Apa nak buat ni?"

"Kita kena bawa dia ke pangkalan."

"Baiklah!"

RYAN duduk di atas kerusi kayu setelah dijemput oleh Surez. Mug kaca masih berwap, disuakan ke bibir. Perlahan dia menghirup air kopi yang masih hangat.

"Tuan, kami dah dapatkan pedang itu."

Surez meletak mug. "Mana pedang itu?" soalnya, didapati Ryan datang dengan tangan kosong.

"Uh ... maaf saya tak bawa, ia ada di rumah. Tuan saya ada berita yang hendak disampaikan."

"Apa dia?" Surez menongkat dagu, bersedia mahu mendengar.

"Tentang Irene. Dia masih hidup. Malangnya dia tidak ingat apa yang terjadi sebelum ini." ujar Ryan. Surez mempaparkan riak terkejut.

"Apa ... Kamu jumpa Irene? Dia masih hidup? Dekat mana sekarang ini? Dia tak apa-apa ke? Macam mana keadaannya?" Soalnya bertubi-tubi. Ryan tersenyum.

"Green forest. Ya dia masih hidup cuma warna rambut dia telah berubah merah. Tambah lagi dia bersama Ibunya."

"Maksud kamu Aiyra?" ayat itu meluncur laju dari bibirnya. Ryan mengangguk laju seperti burung belatuk.

Surez seakan tidak percaya dengan apa yang didengari sekarang ini. Dia fikir dua insan berharga dalam hidupnya sudah tiada. Sungguh berita ini sangat mengembirakan hatinya yang sudah dilanda kesunyian beberapa tahun ini. Dia mahu bertemu dengan mereka!

"Bawa mereka ke mari secepat mungkin. Lagi satu pedang itu serahkan saja kepada Irene." perintahnya.

"Baiklah, Tuan Surez. Kami akan bawa dia ke sini." Ryan mematikan perbualan. Dia bangun dari tempat duduk dan beredar dari situ.

Ketika dia hampir ke pintu utama, telinga Ryan  menangkap suara kecoh di luar. Dia berhenti. Seorang lelaki merempuh masuk sambil mengendong seorang gadis.

"Tuan Surez mana?" tanya lelaki lagi sorang.

"Ada dekat dalam pejabat." jawab Ryan Satu-satunya orang yang ada di situ.

"Terima kasih." ucapnya lalu berjalan tergesa-gesa.

"Keadaan gadis ini parah. Kau tahu sesiapa yang boleh rawatkan gadis ini?" lelaki itu berjalan ke arah Ryan.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now