70. MESS UP!

883 108 11
                                        

Mereka berpecah. Menyamar seperti salah seorang penduduk di situ merayap merata tempat  seluruh kawasan Lycria. Memburu dan menangkap Vladmir yang sedang bergerak bebas di Lycria! Sebelum lelaki itu buat perkara tak masuk akal yang boleh menjejaskan masa depan, lebih baik mereka tangkap dulu. 

Irene menjeling ke sisi. Penjual buah-buahan sedang berborak dengan pelanggan sambil tangannya bergerak dengan penuh mencurigakan menambah sesuatu ke dalam bakul pelanggan untuk ditimbang. 

Dia pandang ke tempat lain pula, seorang makcik meletakkan roti yang kelihatan sudah berkulat di atas meja jualannya. Terkebil-kebil matanya. Kemudian, dia membuat mimik muka jijik kepada seorang lelaki dikelilingi wanita-wanita yang melakukan aksi ghairah melampau! 

Irene menggaru pipi yang tidak gatal. Perjalanan diteruskan dengan cuba untuk menghiraukan apa yang berlaku. Tiba-tiba seorang remaja jatuh bergolek depannya. Irene terkejut lalu mengundur apabila seorang lagi lelaki menerjah lalu memukul. 

Irene memejam mata dan berpusing ke arah lain. Kakinya laju mengorak langkah. Ye, dia sudah membulatkan nekad tak nak campur sebarang urusan penduduk Lycria dekat zaman ni. Kalau berlaku kes bunuh membunuh depan mata sekalipun, dia tak akan tolong! 

Kaki membawa diri, meredahi lautan bandar Lycria yang penuh dengan kerosakkan akhlak! Semakin dia berjalan semakin dia rasa gerun dikelilingi dengan pelbagai jenis perangai. Sana dan sini semuanya penipu, tiada sifat berperikemanusiaan, dan pentingkan diri sendiri. 

Bayangkan dia seakan-akan berada dalam kampung dihuni penjenayah sepenuhnya! Dahi sudah berpeluh-peluh. Terasa sesak nafas melihat persekitarannya. Irene terkejut beruk apabila ada tangan menariknya dari sisi, Irene merentap kembali. 

"Kau dah kenapa?" soal Alice pelik. 

"Ah ... tak ada apa-apa cuma tempat ni menakutkan betul."

"Kau pun dah terkejut, aku lagilah."

"Ada nampak Viez tak?" katanya sambil lehernya memanjang tertinjau-tinjau mencari kelibat lelaki itu. Tadi dia, Alice dan Viez bergerak satu kumpulan selepas itu terpisah. 

Kening Alice terangkat-angkat. "Aku jumpa dia dekat depan sana tu." katanya seraya menunding jari ke arah orang ramai sedang berkumpul. 

"Ada apa tu?"

"Tanya aku buat apa? Aku pun tak tahu. Dah jom pergi tengok."

Seorang tentera Lycria berpakaian besi berpangkat ketua perang turun dari kuda hitam. Penduduk berebut-rebut mengelilingi lelaki tersebut. Lelaki itu berdehem membersihkan kerongkong sebelum membuka kata mahu memaklumkan sesuatu. 

"Saya ada berita buruk yang hendak disampaikan." laungnya. 

Kerana terlalu ramai berkumpul. Irene dan Alice hanya berdiri dari jauh. Tak dapat nak tengok janji dapat dengar dengan jelas. 

"Dukacitanya saya hendak beritahu satu berita berkaitan dengan Putera Asra yang telah dibunuh malam tadi di Istana!" katanya lalu mengangkat tinggi kertas lakaran wajah seorang lelaki. Situasi bertukar kecoh. Penduduk-penduduk mula bising. 

"Dengar sini! Kalau kalian ada jumpa lelaki ini sama ada hidup atau mati, Tuanku Warton akan beri ganjaran yang sangat lumayan ... dan Tuanku akan tunaikan apa-apa sahaja permintaan kalian!"

Tergangga Irene sambil menepuk bahu Alice berkali-kali sampai gadis itu menjerit sakit. Alice membalas balik dengan memukul lengan Irene sekuat hati.

"Sakitlah!"

"Habis tu kau ingat aku tak sakit?" marah Alice sambil mengurut-urut bahu. Bibir memuncung sedepa seperti itik.

"Bukan ke itu gambar Vladmir? Kau nampak kan tadi?"

White Guardians 2 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang