"Irene? Atau penyamar!" Alice menyoal ingin kepastian. Dia tidak mahu kejadian penyamar itu berulang lagi. Dia tak dapat lupa saat ditipu hidup-hidup!
"Kau merepek apa ni? Memang akulah." pipi digaru perlahan walaupun tak terasa gatal kerana sudah biasa tabiat yang selalu dia lakukan. Melihat akan itu Alice mengurut dada dengan lega.
"Apa kau buat dekat sini? Kau ikut aku?"
"Ya?"
Pedang disimpan balik."Kenapa?" matanya tepat memandang Irene.
"Kebetulan ternampak kau jadi aku ikut. Kau pergi Lycria seorang diri? Bahayalah." kata Irene risau. Dia mengalihkan pandangan ke tempat lain.
Alice tersenyum. "Risaukan aku? Ingat masih marah dekat aku lagi." penumbuk dilagakan pada bahu Irene.
"Alice!" jeritnya hampir melayang ke sisi Irene dibuatnya. Alice mengekek ketawa.
"Kau ni kelakarlah."
Irene mencebik. Dekat mana yang Alice nampak dia kelakar? Dia sendiri tak tahulah.
"Jadi kau buat apa pergi sini?" Soal Irene mengorak langkah. Berjalan melihat sekeliling. Hanya pecahan dinding sahaja yang tinggal.
"Saja tengok Lycria."
"Ha? Waktu macam ni?" Irene mencekak pinggang dan pusing menghadap Alice.
"Erk ... salah?" Alice menyelit rambut yang terjuntai di cuping telinga. Dia cuba membaca isi hati Irene tetapi tidak boleh seakan ada tembok yang menghalang.
"Aku rasa tak sedap hatilah bila kau keluar sorang tengah malam macam ni." luah Irene setelah duduk di atas tembok.
Alice memandang pintu bawah tanah yang sebelum ini dia pernah masuk. Pintu itu berbunyi sebaik sahaja dibuka. Irene menoleh dengan kerutan di dahi.
"Kau cari sesuatu ke Alice?"
Alice mengeluh perlahan. Matanya melirik ke arah Irene yang sedang duduk mengoyangkan kaki.
"Kau nak tahu?"
"Itu pun kalau kau nak beritahu." Kening terjongket naik. Lantas dia melompat turun.
"Ikut aku." usai berkata dia terus menarik tangan Irene sambil tersengih.
"Alice ...." belum sempat lagi Irene melengkapkan kata, badan telah ditolak masuk ke lorong bawah tanah! Jeritan Irene bergema sebelum bunyi hentakan.
"Aw! Sakit! Kenapa kau tolak aku!"
Alice tergelak sambil menekan perut. Perkara yang sama dia pernah lakukan pada Erina. Kadang-kadang dia seronok lihat mereka marah.
"Alice! Kau turun sekarang!"
Irene meletakan tangan pada dinding manakala sebelah tangan lagi mengipas-gipas muka yang merah kerana kepanasan. Dia mencebik seraya melihat Alice.
"Jadi apa kaitannya dengan Silvanna?"
Peti kotak kayu dibuka, berbekalkan bebola cahaya yang terapung di kepala dia menyelongkar kotak itu. Habuk yang melekat di kotak itu membuatkan Alice terbersin tidak henti-henti.
Irene mengemam bibir apabila soalannya tidak dibalas. Sehelai kain sapu tangan dikeluarkan lalu ditenyeh ke hidung Alice.
"Aduh! Kasar betul kau ni." tercebik-cebik Alice.
"Benda yang aku tanya kau tak jawab." Irene membidas.
Alice mengosok hidung guna kain diberikan Irene sebentar tadi. Warna tona hidung bertukar merah.
YOU ARE READING
White Guardians 2
FantasiManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...