Darah terpercik merata tempat. Dua, tiga badan tidak bernyawa terdampar di atas tanah bersalju. Mata terbeliak bagai mahu terkeluar dari soket mata! Anak mata hitam memandang tanpa rasa simpati. Mayat yang terakhir dicampak ke sisi!
Perlahan dia mengatur langkah dengan begitu teratur. Berjalan melepasi mayat-mayat yang bergelimpagan. Tua, muda, kanak-kanak habis diragut nyawa. Dipujuk atau dirayu tidak termakan lagi olehnya. Hatinya hitam. Kejam. Hilang nilai kemanusiaan!
Kenapa?
Kenapa dia lakukan semua ini?
Dia mahu membina satu menara. Dia mahu membina satu gerbang pintu yang boleh menunaikan permintaan iaitu pintu Meldvis Dua. Salah satu mitos orang-orang zaman dahulu yang dikatakan tidak akan pernah wujud. Tapi Valdmir percaya setelah menghabiskan masa untuk mengembara merata tempat, mencari dan menyelidiki tentang pintu Meldvis.
Pintu Meldvis pertama adalah pintu yang membawa bala. Sekali dibuka keluar bermacam-macam perkara jahat dari dunia purba. Pintu Meldvis kedua adalah pintu menunaikan hajat. Sekali buka untuk satu hajat.
Hajat Vladmir untuk hancurkan dunia ini dan bina dunia baharu yang dia mahukan. Baginya dunia ini sudah hancur lama. Bukan! Dunia ini yang telah menghancurkan hidupnya sebelum ini! Jadi apa yang dia mahukan selama ini. Kembali ke masa lampau berjumpa dengan Sylvia dan bawa ke sini untuk mulakan hidup baru.
"Bersih. Aku akan bersihkan dunia ini." katanya seraya berjalan mencari saki-baki penduduk yang ada.
Vladmir meletakan tangan ke depan menghala sebuah rumah batu. Meledak hancur apabila dia mengenggam buku lima. Batu-batu dan isi rumah terpelanting pelbagai sudut. Dia berpusing ke kanan pula dan melakukan perkara yang sama.
Derapan tapak kaki terdengar dan berakhir dengan bunyi jatuh. Samar-samar namun dia dapat dengar dengan jelas. Vladmir bergerak mencari punca. Hasil penemuannya seorang budak lelaki yang jatuh tertiarap.
"Hai ... budak kecil?" sapanya sinis. Budak lelaki itu menggigil bangun. Wajahnya bertukar pucat lesi.
"Jangan takut aku tak akan apa-apakan kau." Vladmir maju ke depan lalu menyentuh kepala. Kelihatan air mata budak lelaki itu sudah terkumpul.
"Be ... betul?" soalnya polos.
Vladmir mengusap perlahan rambut sambil tersenyum. "Betul aku tak akan ... bunuh kau!" tangan mencengkam kepala budak lelaki tersebut!
Senyuman Vladmir bertukar sinis. Budak lelaki itu terkejut beruk menerima harapan palsu! Air mata mengalir laju bagaikan air terjun. Jeritan meminta tolong hanya sia-sia kerana penduduk yang duduk di situ telah dibunuh. Hanya tinggal dia seorang sahaja.
Darah menyembur keluar dari mulut. Budak lelaki itu terkulai tidak ada roh lagi. Vladmir melepaskan kepala lalu jatuh terlepek di bawah. Vladmir memusingkan badan dan meledakan tawa. Dia tergelak puas seperti orang gila. Hatinya bagai terhibur tika ini.
Setelah pusing memastikan tiada seorang pun penduduk di situ mati, dia mula bergerak ke kawasan istana yang telah dia hancurkan. Mengapa dia pilih Eiceland? Mungkin senang untuk uruskan dan penduduknya tidak ramai yang tinggal di situ.
"Tuan Vlad kami sudah siapkan semuanya." kata Melda datang dalam bentuk ular merah. Binatang berbisa itu berdiri lalu berubah kepada bentuk asal.
Vladmir tersenyum. "Melda selepas ini kita akan hidup di dunia baru. Kita bina hidup baharu, lupakan masa lampau kau di mana kau pernah terseksa. Aku akan beri kehidupan yang kau mahukan."
"Itulah tujuan saya ikut Tuan."
Vladmir mengangguk. Dia berjalan mendahului Melda. Perempuan itu terdiam sebentar. Vladmir berhenti dan toleh.
ANDA SEDANG MEMBACA
White Guardians 2
FantasyManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...
