20. THE SEEKER

1.6K 203 6
                                    

Samuel mendesah kepenatan. Ayat-ayat magis telah habis dimentrai. Dia yakin sudah diucap dengan lengkap. Irene duduk sambil menekup perut, dilihat sekilas. Gadis itu merintih dan merayu supaya berhenti dari meneruskan rancangannya ini.

Dia tidak peduli. Berhati batu, tidak ada sekelumit pun perasaan kasihan dalam dirinya tika ini! Cahaya putih menutupi bulatan berdarah.  Mata Samuel membulat tidak sabar mahu melihat ibu dan bapanya kembali ke pangkuannya sebentar lagi.

"Aku dah tunggu lama, selama bertahun-tahun aku tunggu dan akhirnya aku akan dapat merasai kasih sayang mereka sekali lagi." mutiara jernih bertakung di tubir mata, dikesat belakang tapak tangan. Bibirnya mengukir segaris senyuman manis.

Tiba-tiba Samuel merasakan tubuhnya seperti ditarik oleh satu tenaga! Senyum manisnya terus termati. Air muka serta merta berubah. Air liur ditelan payau. Buku pada tangan dipegang erat.

"Kenapa? Dekat mana salah aku? Kenapa aku ditarik!" ujarnya mengelabah, bertambah parah lagi bila dia sudah disedut masuk ke dalam bulatan cahaya magis yang telah direka olehnya sendiri!

Irene terkejut Samuel juga turut berada di situ. Tidak faham apa yang sedang berlaku sekarang ini. Irene berpaling ke sisi, mayat lelaki masih terbaring kaku dan tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku waima gerak seinci pun tidak ada! Jadi apa kena pula dengan Samuel ni?

Samuel melutut, sebelah tangan melekap pada lantai bagi menampung badan manakala sebelah lagi memegang mata. "Apa silap aku! Bukankah aku sudah ikut semua syarat? Aku sudah baca semua ayat magis itu! Apa lagi yang kurang! Argh! Ma ... mata aku ...." Samuel memekik sekuat hati. Lelaki itu kelihatan terseksa di mata, Irene.

Magis ini sungguh rumit, jika terdapat kesalahan walaupun sebesar kuman sekalipun, ia akan terbatal dan perkara  yang sebaliknya akan berlaku! Samuel ada yang tersilap, dan kesilapannya itu tanpa dia sendiri sedar. Mungkin ini adalah satu hukuman buat Samuel. Menghidupkan orang yang sudah mati, boleh melanggar hukum alam!

"Mana salah aku! Mana!" Dia mencapai sebuah buku di atas lantai lantas dia selak dengan laju. Hampir tersembul biji mata bila memandang helaian buku itu! "Tak mungkin aku tertinggal ayat ini!" Cahaya merah mengikat ketat badan, Samuel. Buku terlepas dari tangan.

"Aku dah cakap ... tapi kau degil." Irene bersuara. Perlahan dia berbaring, rasa sakit  akibat tikaman pisau semakin tidak tahan. Tidak mampu bergerak lagi melainkan berbaring.

"Ugh! Kau tak faham apa-apa!" cahaya merah meresap masuk ke dalam badannya. Samuel mengerang sakit! Suaranya bergema dengan begitu kuat menandakan dia terseksa sakit!

Irene terdiam sejenak. Jeritan Samuel kian hilang dan tidak lama kemudian, diganti esakan kecil. Kelopak mata Irene separuh jatuh. "Aku rasa kita tak ada beza. Aku dan kau kurang kasih sayang ibu bapa. Sebenarnya hidup aku lebih perit dari kau, Samuel. Hidup aku lagi mencabar."

Samuel berhenti menangis. Tertunduk lemah merenung lantai berdarah. Sia-sia sahaja apa yang dia lakukan ini yang dia dapat seluruh badan menjadi kebas. Berat dia mahu bergerak. "Beritahu aku apa yang kau faham Irene?" soalnya lemah.

"Rasa kehilangan."

"Heh, tapi ibu bapa kau masih hidup."

"Ya, tapi kamu tidak pernah bersatu."

"Kau tak faham sebab kau bukan di tempat aku. Kau tak rasa apa yang kau rasa." perlahan dia berbisik. Irene dengar walaupun hampir separuh sedar. Kelopak mata semakin memberat jatuh.

"Terima hakikatnya Samuel, yang sudah mati tidak akan kembali lagi. Semua yang kau lakukan ini akan mendatangkan kesan kepada kau suatu hari nanti." Irene mengakhiri ayat sebelum mata terkatup rapat.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now