Bab 2

1.4K 65 3
                                    


Ring!!!

Bunyi jam loceng bergema diseluruh bilik yang serba putih itu.Di atas katil pula terdapat seorang lelaki dengan badannya ditutupi selimut dan hanya menampakkan rambut hitam pekatnya.

Tangannya keluar disebalik selimut untuk menghentikan jam loceng yang masih berbunyi sebelum bangkit dari baringnya.

Saat itu masa bagaikan melambat.Selimut yang menutupi badannya perlahan-lahan turun bagaikan air dari kepala ke leher,bahu dan badannya meninggalkan bahagian bawah pinggang tersembunyi.Memperlihatkan tubuh badan yang sempurna.

Bibir merah jambu,kulit putih bersih dan mata hitam pekat.Tidak terlalu berotot dan tidak terlalu kurus.

Rayyan mengosok matanya lalu meregangkan badannya sebelum bangun dari katil.Selimutnya dilipat.Kemudian mencapai tualanya lalu masuk ke dalam bilik mandi.

Bunyi air yang terpasang itu berhenti selepas beberapa minit.Dia keluar dengan kemeja putih dan seluar hitam.Pakaiannya ringkas dan rapi mencerminkan aura yang tenang dan berkarisma.Rambutnya dikeringkan lalu disikat rapi.

Rayyan membuka pintu balkoninya sebelum berjalan keluar untuk merasai udara yang nyaman itu.Angin sempoi-sempoi menampar lembut wajahnya membuatkan dia memgukir  senyuman namun hilang dalam sekejap.

Tangannya memegang benda yang ada dilehernya.Rantai yang sudah lama ada padanya.Rantai itu mempunyai bentuk yang unik dan menarik perhatian.Cecair didalamm berwarna merah seperti darah.Kalau dilihat dengan teliti buah rantai itu terdapat ukiran bunga rose hitam.

Rayyan teringat akan perkataam yang pernah ayahnya kata padanya.

"Rayyan kamu kena ingat jangan sampai rantai yang kamu pakai tu hilang.Jaga betul-betul tak kira apa yang berlaku.."

Rayyan kecil hanya buat riak tertanya."ayah rantai ni apa sebenarnya ?"

Ayahnya hanya ketawa lalu mengosok lembut kepala Rayyan kecil."itu kamu kena tanya dengan orang yang bagi kamu rantai ni.."

"Siapa orang yang ayah maksudkan?"

"Itu kamu tak perlu tahu yang penting ingat jaga rantai ni.okay?"

Rayyan kecil mengangguk walaupun tidak berapa faham."hm.Rayyan janji akan jaga rantai ni betul-betul."

Rayyan mengelah nafas mengingat hal itu."Siapa sebenarnya orang tu?"

"Sekarang dah berapa tahun orang yang ayah maksudkan tu tak muncul-muncul.Tak tahu nasib orang tu masih ada ke dalam dunia atau takda."Katanya dengan nada ambil berat tanpa sedar.

"His-"Rayyan mengetuk kepala tiba-tiba."Apa yang aku merepek ni?Kenapa aku kesah sangat pasal orang tu?"Menggeleng kan kepalanya.

"Tak. aku hanya nak tahu siapa orang tu dan bukan keadaan orang tu."Rayyan mengangguk-angguk kepalanya setuju dengan apa yang dikatakannya.

Tanpa disedarinya bayangan yang memerhatinya dari tadi sudah ketawa lucu dengan kelakuannya yang sekejap angguk,sekejap geleng.

"Mm?"Rayyan menghentikan perlakuannya apabila merasa ada mata yang memerhatinya.Rayyan yang bingung berubah menjadi Rayyan yang serius dan dingin.

"Siapa?keluar!"

Rayyan memandang sekeliling namun hanya disapa dengan angin yang bertiup.Langsung tiada kelibat yang memerhatinya tadi.

"Takda Siapa-siapa? Ke aku yang salah."Ujarnya namun masih berjaga-jaga.

Perhatiannya teralih apabila telefonnya berbunyi.

HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)Where stories live. Discover now