Bab 49

429 27 1
                                    

Berbeza dengan pertandingan sebelumnya,kini Kyle tidak lagi bermain-main dan lebih serius apabila melawan Violet Acedemy.

Setiap kali Rayden ingin memukul bola,Kyle sudah bersedia untuk menghalang Rayden.

Bam !

Kyle tersenyum sinis apabila melihat bolanya yang dipukul menjunam terus di garisan tepi.Jelas pukulan membuatkan lawan mereka berfikir bahawa bolanya keluar dari garisan.

Setiap pukulannya mengelirukan pihak lawan.

Bam !

Zack yang ditengah memukul bola agar bergerak diantara jaring dan garisan tengah.

Rayden yang melihat Kyle melompat tinggi sudah berlari di tepi begitu juga yang lain.Perhatian mereka kini tertumpu pada Kyle.

"Heh."Kyle tersenyum sinis apabila triknya berjaya.

Bam bam !

Melihat pada bola yang jatuh tanpa halangan itu membuatkan semua orang tercengang.

Mereka tak sangka bahawa Haris yang akan menyambut bola itu dengan kedua belah tapak tangan nya masuk ke kawasan lawan.

Deren yang berada di hadapan jaring juga hanya dapat berlari untuk menyambut bola itu namun tidak berjaya menyebabkan tangannya bergeseran dengan lantai gelanggang.

"Tsk..tsk..tsk.."Chris yang melihat pemain Violet Acedemy ditipu oleh Kyle menggelengkan kepala.

Kepalanya dipalingkan lalu menangkap Rayyan yang jelas sedang mengambil gambar Kyle dengan telefonnya.

Sedar akan mata yang melihatnya Rayyan bukan saja menghentikan tindakannya namun tanpa rasa malu mula menunjukkan gambar yang ditangkapnya kepada Chris.

"......."Chris dah buat muka kosong.Entah ni ke effect jatuh cinta.

***.

"Kau okay tak ?"Rayden berlari ke arah Deren apabila melihat telapak tangan Deren yang luka.

"Aku okay.Fokus.."Arahnya lalu seperti tiada apa-apa yang berlaku berdiri di tempat.

Rayden melirik Deren beberapa kali sebelum menghela nafas panjang dan kembali ke posisinya semula.

Pritt !

Tidak dinafikan lagi dengan perlawanan kedua pasukan berakhir dengan pasukan Laurens Acedemy mendahului 25-18.

Seperti biasa kedua pasukan akan bersalaman.

"Pertandingan akan datang aku pastikan akan kalahkan kau.."

Rayden menatap Kyle lalu berkata.Matanya sudah berapi-api.

Keduanya bersalaman.

Kyle tersenyum senget lalu menunjuk ke arah dirinya."Sayangnya hari tu tak akan pernah tiba.."Katanya lalu tangan yang bersalaman dengan Rayden dilepaskan.

"Asal pula ?"

Kyle pergi meninggalkan Rayden yang kebingungan tanpa sebarang balasan.

Melihat wajah bingung Rayden pemain dari Laurens Acedemy hanya tertawa kecil manakala pemain dari Violet Acedemy sudah menepuk dahi.Ha'alah siapa punya kapten lah ni..

Deren yang disebelah Rayden hanya menggeleng kepala."Kau lupa ke buat-buat lupa.."Kata Deren lalu juga berjalan meninggalkan Rayden.

Satu-persatu melimpasi Rayden dengan riak simpati.

"Apa?apa yang aku lupa?"Tanpa bingung Rayden.

Zack yang melihat itu juga tidak tahan melihat kebodohan Rayden yang sememangnya tak boleh bawa bincang.

HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)Where stories live. Discover now