Bab 54

512 27 4
                                    

Rumah agam Senrose...

Terlihat tiga pasang memerhati gelagat kedua orang dihadapan mereka dengan emosi masing-masing.Yang lebih tua dan yang sulung jelas terlihat cemburu dan terasa diabaikan namun tidak berani mengeluarkan apa-apa keluhan manakala yang bungsu pula hanya melihat dengan pandangan penuh terhibur melihat keadaan menarik dihadapannya.

Dylan menutup senyuman dengan makanan disuapkan ke dalam mulut sambil melirik ke arah ayahnya dan abangnya sebelum ke arah ibunya yang tidak terhenti-henti memberikan Rayyan makanan.

"Orang muda macam kamu ni kena lah makan banyak sikit.."Lauk diletakkan ke dalam piring Rayyan.

Rayyan yang tidak biasa berhadapan dengan  orang yang lebih tua selain ayahnya hanya mampu tersenyum nipis lalu memasukkan semua makanan ke dalam mulutnya.

Kyle mengangkat keningnya melihat Rayyan yang memasukkan semua makanan yang ibunya berikan jelas dia tidak tahu untuk menolak.Dah tahu tak tahu cara nak menolak,takkan dia tak tahu nak minta tolong dekat boyfriend dia ni ? haih....

Baru sahaja Kyle mengeluh,dia tiba-tiba merasakan satu sentuhan pada kakinya membuatkan perbuatannya untuk menyuapkan makanan ke dalam mulut terhenti lalu melirik Rayyan yang makan bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.

Dalam fikirannya terfikir adakah sentuhan itu betul-betul terjadi atau hanya ilusinya sahaja?

Oh,ilusi..

kyle diam-diam kecewa sebelum menyambung perbuatannya tadi.

Saat Kyle ingin mengambil lauk,sentuhan di kakinya terasa kembali  membuatkan Kyle sedikit lagi menjatuhkan sudu yang dipegangnya.

fu*k-

Kali ini bukan lagi ilusinya.Hany seorang saja yang berani berbuat perbuatan yang mencabarnya.Kyle menarik nafas dalam untuk menenangkan jiwanya  bergeledak.

Rayyan sekali lagi dipandangnya.Kalau Rayyan tak cakap betul-betul apa yang inginkannya memang habis Kyle kerjakan.

Rayyan yang tidak tahu apa-apa bahawa perbuataannya telah mencabar diri Kyle melakukan isyarat mata dengan Kyle apabila melihat Kyle meliriknya ke arah pinggannya yang penuh lauk dari semasa ke semasa.Dalam masa yang sama , pandangan kelam Kyle membuatkan Rayyan sedikit bergetar namun hanya sekeja apabila Kyle tanpa berkata apa-apa mengambil sebahagian lauk yag ada masuk ke dalam mulutnya tanpa disedari Puan Adrianna.

"Eh ? "Puan Adrianna berkata apabila melihat nasi dan lauk di pinggan Rayyan cepat saja berkurang."Cepat Rayyan ye.."Makin suka Puan Adrianna apabila melihat orang yang menghabiskn makanan yang diberinya.

Kyle yang sudah memberikan sumbangan 'perut' diam-diam meminum air.Rayyan hanya tersenyum janggal.Tuan Emilio dan Dyalan yang tahu dari awal siapa yang tolong Rayyan habiskan hanya berdiam diri.Dalam diam memasang lilin untuk Rayyan.

Sebab apa ? sebab Puan Adrianna seorang yang tidak suka membazir jadi semua makanan yang ada di meja makan kena dihabiskan dan Puan Adrianna lebih suka bila tahu orang tu kuat makan.

Kyle yang tahu dari awal sikap ibunya menyembunyikan senyuman penuh maknanya.

Seperti yang diperkirakan oleh tiga anak-beranak itu,Pinggan Rayyan kembali penuh.Wajah Puan Adrianna sudah berseri-seri manakala Rayyan yang selalunya tenang itu sudah berubah ngeri melihat makanan yang yang sudah membentuk sebuah bukit itu.

Ketiga-tiga orang yang sedia maklum di situ dengan serentak memusingkan pandangan mereka apabila pandangan Rayyan bertembung dengan mereka.

"Rayyan makin lah lagi masih banyak lagi lauk yang mommy masak."Katanya."Rayyan kena lah makan supaya berisi badan tu tak lah orang nak mengata kita tak bagi makan.Gemuk lagi mommy suka, comel."

HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)Where stories live. Discover now