Rayyan menatap dingin kyle namun matanya jelas tidak dapat menyembunyikan kerisauan dia.
Kyle."Rayyan !"
Rayyan melirik tangan yang sudah ada dibahunya.Memikirkan Kyle baru saja diceramah ideanya untuk menepis tangan Kyle dibuang.
"Kau buat apa dekat sini?"Nadanya sebaik mungkin dibuat seperti biasa.
Rayyan melihat kyle memiringkan kepalanya sebelum menjawab."Buat apa lagi kalau bukan dengar Cikgu Eddy puji sikap paling bermoral aku tadi.Bangga tak?"Katanya menepuk dada dengan riak bangga.
Rayyan."......."
Dia tidak tahu dia harus bangga ke tidak.
"Kau pula buat apa dekat sini?"
"Arh?"Dia juga tidak tahu kenapa dia dekat sini jumpa kyle.Dia hanya ikut kata hatinya.
"Ke kau risaukan aku?"Usik Kyle.Kepalanya ditunduk.
Rayyan membasahkan tekaknya apabila wajah kyle dekat dengannya dan undur sedikit sebelum berkerut.
"Perasan."Sindirnya sebelum memusingkan badannya lalu meninggalkan Kyle.
Kyel menatap diam Rayyan yang sudah seperti melarikan diri.Dia tertawa kecil sebelum meluruskan badannya.
Kyle berlari anak."Rayyan tunggu lah!"Wajahnya penuh dengan senyuman.
****
Ren memandang titik merah yang ada di skrin komputer nya sambil mengerakkan kerusi ke kiri dan ke kanan.Di mulutnya terdapat sebatang lolipop.
"Dapat kesan di mana orang tua tu sekarang?"Jack berjalan mendekati Ren lalu duduk diatas sofa yang ada disitu.
"Hmm~"Jawabnya."Aku tak sangka nasib orang tua ni seperti keluar dari mulut harimau ,masuk ke mulut buaya pula."Katanya nakal.
"Aku tak tahu lah otak orang tua ni tak berfungsi ke apa."Sindir Ren.
Jack yang tertanya berdiri.Dia memandang skrin komputer Ren yang menunjukkan Akira yang keluar dari stesen kapal terbang di Malaysia.Akira yang keluar dengan gerakan yang mencurigakan memakai pakaian serba hitam. Di sebelahnya seorang pemuda kira-kira 20 tahun berjalan berdampingan dengan Akira.
Melihat itu Jack juga tersenyum sinis melihat kedua orang itu yang tidak sedar lokasi mereka sudah terbongkar.
Jack menepuk bahu Ren sebelum memusingkan badannya.
"Buat persediaan kita akan balik ke Malaysia."Katanya."Aku rasa orang tu tak sabar nak dengar berita mangsa dia serahkan diri secara suka rela."
Ren melirik dari hujung matanya kelibat Jack yang semakin menghilang."yo.Estoy seguro de que a esa persona le gusta.(im sure that person like it)".
Ren kemudian menutup komputernya sebelum mengikut jejek Jack dengan gula-gula lolipop dimulutnya.
****
Sementara pula Akira yang masih belum sedar lokasinya sudah diketahui oleh Ren dengan tenang masuk ke dalam sebuah rumah agam.
Dia masuk bersama dengan pemuda yang membantunya melarikan diri dari SMG.
"Kenji!!"
Melebar senyuman Akira apabila melihat lelaki jepun yang dianggap sebagai keluarganya walaupun dia dia hanya anggap begitu kerana ingin perlindungan dari lelaki itu.
Kenji yang melihat Akira sebelum berdiri.Tangannya diangkat tinggi sebelum-
Pang !
"Kau!kau buat apa ni?"
"Aku buat apa kau tanya?"Kenji berdecit."kau tahu tak dengan kau ada dekat sini,aku boleh dapat masalah sekali."
Kenji menendang Akira yang sudah terbaring kesakitan.Akira terjerit apabila kakinya yang belum sempuh dari tembakan hari itu ditendang dan diinjak-injak.
Pemuda yang datang bersamanya hanya melihat dengan wajah kosong sebelum beralih disebelah Kenji.
"Kau tahu tak dengan siapa kau berkhianat?kau tahu tak siapa orang yang kau cuba hancur kan?"
"Aku tahu lah.Kalau tak tak adanya aku minta bantuan kau."
Kenji cuba menenangkan dirinya.Kalau bukan sebab keluarganya Pernah terhutang budi dengan orang tua ni sudah lama dia tembak mati Akira.Tapi itu tidak bermaksud dia sanggup korban nyawanya untuk orang yang sudah menjadi musuh kepada ketua mafia yang paling kejam.
"Aku dah buat apa yang patut yang lain kau punya hal.Aku tak nak ada kaitan lagi dengan kau."
Kenji menggerakkan jarinya untuk memberikan arahan kepada orang bawahannya yang dari tadi berdiri.
Salah satu lelaki yang memakai rantai emas dengan buah rantai besar mengangguk sebelum mengambil bag yang berisi duit 10 juta di dalam sebelum diletakkan dihadapan Orang tua yang masih di lantai.
"Kau ambil duit ni dan berambus dari sini!"
"K-kau apa kau cakap ni?"Akira buat muka percaya dalam masa yang sama panik.
"Kau tahu kan siapa kyle kalau dia bunuh aku nanti macam?Kau je yang boleh tolong aku."
"Tak akan kau dah lupa siapa yang selamat kan kakak kau waktu dia nak kena culik dulu?aku-aku yang tolong kau cari dimana kakak kau.Aku!"Jeritnya.Akira mengungkit masa lalu agar mengingatkan kenji kalau tiada dia sudah lama kakaknya tiada di dunia.'hmph!'
Tanpa disangka Akira,Bukan sahaja kenji tidak peduli malah makin membuatkan kenji merasa ingin membunuh Akira disitu juga.
"Sejak orang aku tolong kau keluar dari markas SMG, hutang kita dah lama lunas."Tanpa memandang Akira,Kenji beredar dari situ.Dia mengarahkan orang bawahannya menyeret Akira keluar.
"Kau!Tak guna kau kenji!aku tak akan lepaskan kau.Aku bunuh kau.kenji!!"
Suara Akira teriak makin lama makin menghilang barulah Kenji menarik nafasnya.
"Tuan kenji."Pemuda yang menolong Akira tadi berdiri bertanya apabila melihat Tuannya menarik nafas berat.
"Pantau Akira.Jangan sampai orang dari SMG tahu kedudukan orang tua tu."Kalau tidak 'orang tu ' mungkin akan buru seluruh keluargannya apabila dia tahu kenji orang yang tolong Akira melarikan diri.
"Baiklah."
YOU ARE READING
HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)
RomanceDalam hidupnya tiada seorang pun yang pernah menangkap perhatiannya kecuali untuk satu orang.Orang itu adalah sahabat kecilnya dan sudah lama dia merancang untuk menjadikan orang itu miliknya tapi malang nya orang yang dicintainya sudah lama lupa ak...