Kyle meletakkan bagnya di atas sofa sebelum mengambil tempat di sofa lembut itu.Mata coklatnya melihat-lihat disekeliling rumah Rayyan yang serba ringkas tapi kemas.
Kebanyakkan barang disitu berwarna putih atau biru yang menghasilkan warna tenang didalam rumah dan menyebabkan orang lain juga ikut tenang.
Merasa bosan kyle bediri lalu menuju ke dapur.Kyle memyandarkan badannya di meja dapur sambil melihat Rayyan yang sibuk membuat air.
Matanya memandang tangan runcing yang aktif buat kerja.
"Nak aku tolong tak?"Tanya kyle apabila melihat Rayyan seperti masih banyak kerja yang perlu dibuat.
Rayyan melirik kyle sekilas sebelum mengambil dulang yang berisi kuih-muih lalu di serahkan kepada Kyle.
"Ni je?"
"Mmn.."Rayyan menjawab sambil menghayunkan tangannya seperti menghalau orang lalu bergerak untuk mengambil gula di atas almari.
"Nak aku tolong?"Tanya kyle apabila melihat Rayyan seperti menghadapi kesusahan untuk mengambil bekas gula.
"Tak perlu."Jawab Rayyan tanpa melihat kyle.
Kyle mengganguk"Ikut suka kau lah."
tanpa banyak cakap terus menghantar dulang yang berisi kuih-muih itu ke ruang tamu.
Selepas meletakkan kuih-muih itu di atas meja, Kyle kembali ke dapur dengan dulang di tangannya.
Sampai saja kyle melihat Rayyan yang berdiri di atas kerusi kayu.Dia berdiri dengan menggunakan jari kakinya agar dapat mencapai bekas gula yang ada di bahagian dalam almari.
"Urghh.Siapa pula yang simpan yang tempat susah macam ni.."Rungut Rayyan masih belum sedar kyle yang sudah berdiri dibelakangnya dengan riak risau.
Rayyan terpaksa menggunakan hujung jarinya untuk mengambil bekas gula itu kerana tempat bekas gula itu diletakkan cukup dalam.
"Dapat pun.."
Katanya membuatkan Kyle menghela nafas lega."Hati-hati.."Kyle menghulurkan tangannya kepada Rayyan.
Rayyan menyambut huluran tangan Kyle tanpa berfikir panjang dan hanya berfikir bahawa itu hanya pertolongan kecil.Manakala kyle adalah sebaliknya.
"Thanks."
"Mmn.."
Kyle mengikut Rayyan untuk meletakkan gula di dalam minuman.
Mereka masing-masing membawa segelas air panas ke ruang tamu lalu diletakkan di atas meja.
Rayyan mengambil tempat disebelah kyle."Mhm mana kerja yang cikgu Suraya bagi?keluarkan."
Kyle keluarkan kertas dari bagnya lalu diletakkan dihadapan Rayyan.Hanya dirinya sahaja yang tahun betapa gembirannya dia untuk berada di satu rumah dengan Rayyan.
Senyuman tidak lekang di bibir sambil mendengar suara Rayyan mengajar walaupun kenyataannya satu pun dia tidak dengar.
"Faham tak macam mana nak buat?"Tanya Rayyan apabila tidak mendengar apa-apa komen dari kyle.
"Faham.."Jawabnya namun matanya masih melekat pada Rayyan.
Rayyan mengangguk.Sekurang-kurangnya air liur yang dibazirkannya tadi tidak sia-sia."Apa yang kau faham ?"Rayyan bagaikan guru menyoal anak murid dengan nada serius.
"Suara kau merdu.."Jujur kyle tanpa sedar.
Rayyan."........"
Rupanya sia-sia pengorbanan air liur aku!
YOU ARE READING
HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)
RomanceDalam hidupnya tiada seorang pun yang pernah menangkap perhatiannya kecuali untuk satu orang.Orang itu adalah sahabat kecilnya dan sudah lama dia merancang untuk menjadikan orang itu miliknya tapi malang nya orang yang dicintainya sudah lama lupa ak...