Di ruang dapur,terlihat Kyle yang sibuk memasak.
Dia memasukkan beberapa sayur yang sudah dipotong kecil-kecil ke dalam kuali sebelum ditutup.
Sambil menunggu masakannya masak sepenuhnya,Kyle membuang sisa yang dipotongnya ke dalam tong sisa.
Tangannya dicuci.
Rayyan turun ke bawah lalu melihat Kyle yang berada di dapur sambil membelakanginya seperti mencuci sesuatu.
"Dah bangun ?"Kyle memusingkan kepalanya apabila sedar tapak kaki yang mendekati ruang dapur.
"Mn."
Kyle tertawa kecil apabila melihat Rayyan yang selalunya kemas kini berjalan ke arahnya dengan rambut serabai dengan pakaian sedikit menampakkan bahagian bahunya kerana pakaian yang dipakaian lebih besar dari saiz badannya dengan wajah yang masih mamai.
Serabai tapi cute.
Kyle 'orang yang membeli pakaian Rayyan ' hanya memusingkan kepala takut tawa terlepas sebab Kyle yakin dia akan dapat 'hadiah' dari Rayyan apabila Kyle ketawa.
Jadi untuk menghalang daripada hal itu terjadi,Kyle menarik Rayyan untuk duduk di tempat duduk di meja makan dengan senyuman manisnya lalu menghidangkan hidangan yang dimasaknya.
Memandangkan Rayyan baru sahaja keluar dari hospital,Kyle hanya masak bubur dengan sup sayuran.Kyle menarik kerusi lalu duduk disebelah Rayyan sambil menongkat dagunya dan melihat Rayyan disebelahnya.
Rayyan menatap ke arah mangkuk berisi bubur dan sup sayuran dihadapannya dengan ragu-ragu sebelum melirik Kyle yang duduk sambil menongkat dagu memerhatinya.
"Makanlah."Kyle menyuruh dengan dagunya.
Rayyan setelah berfikir beberapa kali mencicipi satu persatu hidangan yang ada.Riaknya tidak berubah sejak awal.
Kyle tanpa sedar membuka mulut apabila melihat sudu yang mencedok bubur yang dimasaknya lalu dimasukkan ke dalam mulut Rayyan.
"Macam mana?"Tanya Kyle dengan nada berharap.
Rayyan menatap Kyle tanpa suara sebelum mencedok bubur itu lalu tanpa banyak kata dihalakan dihadapan mulut Kyle.
Kyle terpegun apabila melihat gerakan Rayyan.Sudu yang ada dihadapan dipandang."Untuk aku?"
"Tak,untuk beruk."Jawab Rayydengan riak kosong.
Kyle tersengih apanila mendengar balasan Rayyan sebelum banyak tanya memakan bubur yang disuap rayyan kepadana.
Serta-merta kyle boleh rmerasa rasa masib yang tidak boleh dikatakan.Mukanya penuh dengan kerutan."sh*t."Carutnya.
"Bahasa."Tekan Rayyan apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut kyle.
"Oh,Sorry."Kata Kyle lalu meminum air untuk menghilangkanrasa masin dimulutnya.Tidak lupa juga menuangkan air untuk Rayyan.
"Macam mana ?sedap?"Tanya Rayyan dengan nada yang penuh senyuman sambil mengambil gelas yang ditung oleh Kyle.Masin dimulutnya hilang sedikit dmi sedikit setelah meminum air.
Kyle melirik Rayyan.Sedar dirinya telah dikenakan.
Melihat Rayyan yang jelas gembira mengusiknya,Kyle mengangkat keningnya sebelum tersenyum penuh makna.Kyle mendekatkan badannya lalu menarik kepala Rayyan dekat dengannya sehingga bibirnya menyentuh bibir Rayyan.
Rayyan yang terkejut dengan tindakan Kyle yang tiba-tiba membulatkan matanya apabila merasa sentuhan dibibirnya.Tangannya cuba menolak badan Kyle namun gagal.
"hmph!"Badan Kyle dipukul-pukulnya.Telinganya sudah merah tidak tahu dia marah atau malu.
Kyle tertawa kecil sebelum mengenggam tangan yang memukulnya sebelum memperdalamkan ciumannya.Kyle hanya menempelkan bibirnya di bibir Rayyan tanpa menambah apa-apa.Semuanya adalah ciuman biasa.
YOU ARE READING
HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)
RomanceDalam hidupnya tiada seorang pun yang pernah menangkap perhatiannya kecuali untuk satu orang.Orang itu adalah sahabat kecilnya dan sudah lama dia merancang untuk menjadikan orang itu miliknya tapi malang nya orang yang dicintainya sudah lama lupa ak...