bab 11

700 46 6
                                    

Rayyan menolak pintu tempat mandi yang dikhaskan untuk pelajar lelaki.Membuka baju sukanya sebelum diletakkan di tempat penyangkut besi.

Dia sudah tidak tahan dengan bau badan dan peluh kerana bermain beberapa aktiviti semasa waktu pendidikan jasmani.

Rayyan membiarkan air dari pancuran mandian membasahi badannya menikmati air yang sejuk itu menyejukkan badan dia seketika.Rambutnya diraup kebelakang sebelum mendonggak menampakkan dahi luas dan bersihnya.

Fikiran kembali saat kyle mengeluarkan kad dari dalam poketnya dan memperlihatkan Zack kad itu.

Rayyan pasti dia pernah lihat kad yang dikeluarkan tapi dia tidak yakin dimana dan bila dia pernah lihat kad itu.

Dia membuatkan fikirannya melayang sebelum membuka pintu dengan lengkap berpakaian uniform Laurens Academy.

Rayyan mendekati Chris yang sedang menyikat rambut menggunakan tangan.Matanya mencari-cari kelibat kyle memandang lelaki itu tidak pernah hilang dari pandangannya.

"Kau cari siapa?"Tanya Chris apabila melihat Rayyan seperti mencari seseorang.

"Mm?Aku tak cari Siapa-siapa."Nafinya.

Chris menjongket keningnya melihat perangai kawannya yang tidak jujur.Jelas air muka Rayyan seperti susah hati."kau cari dia ke?"

"Siapa dia?"Pelik Rayyan bila masa pula aku ada kenal orang siapa 'dia'.

"La si Kyle tu lah.siapa lagi?"

"Tak ada masa aku nak cari dia.."Katanya lalu keluar dari tempat mandi.

Curiga Chris lalu mengikutinya."Tadi aku dengar kyle kena panggil ke bilik disiplin.Aku nak tanya tapi tak jadi bila tengok muka cikgu Eddy tu garang semacam."

Rayyan melirik Chris.Dalam hatinya sudah risau sebab Cikgu Eddy panggil kyle mungkin disebabkan masalah kyle dengan Zack.

Tapi Rayyan masih bertanya."Pasal apa cikgu Eddy panggil?"

Chris menjongket bahunya."Mana aku tahu.Tapi aku syak dia ada buat salah yang serius sampai guru disiplin panggil.."

Penumbuknya digenggam."Kau masuk kelas tolong cover untuk aku."Selepas mengatakan itu Rayyan meninggalkan Chris.

"Kau nak pergi mana?"

"Aku ada hal nak buat.."

Chris memandang Rayyan yang sudah jalan tidak cukup tanah.Menghela nafas.

Siapa pula yang buat kawan aku risau macam tu sekali.?

Kalau aku tahu memang aku salute lah..

*****
Cikgu Eddy melirik kearah dua orang remaja yang berdiri dihadapannya.Salah satu berdiri dengan malas dan tidak berminat yang satu lagi berdiri dengan gaya seorang tuan muda yang keras kepala.

Dia duduk sambil menatap tajam kearah dua orang remaja itu dengan rotan panjang sudah sedia ditangan.

"Kamu tahu apa salah kamu berdua?"

Diam.

"Kamu tahu ke tidak?"

Kyle ingin menjulingkan mata tapi ditahan."kalau cikgu dah panggil kami dekat sini mestilah cikgu dah tahu apa kesalahan kami.Jadi kenapa tanya?"

Zack mengangguk setuju.

"Cikgu hanya nak kamu sedar apa yang kamu buat tu salah ke tidak."Bengang Cikgu Eddy."Tahu tak bergaduh dan membuli rakan kamu tu dilarang."

"Tahu.."Jawab kyle dan Zack serentak.

"Jadi kenapa masih buat?"Pening Cikgu Eddy hadap perangai anak muridnya.

HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)Where stories live. Discover now