Sementara Kyle masih sibuk membeli-belah dengan Rayyan dan Chris,tanpa pengetahuan kyle kebanyakkan di media sosial kini panas dengan berita dua orang yang terkenal dan tidak asing dari dunia perniagaan.
Setiap gambar di media sosial penuh dengan seorang lelaki dengan cermin hitam dan seorang lelaki belasan tahun disampingnya yang dikelilingi wartawan sambil dilindungi oleh bodyguard.
"Encik Jack boleh tak awak kongsikan rahsia Encik boleh berjaya?"Soal salah satu wartawan.
"Senang je.Don't be lazy person."
"Err..Encik Ren pula?"
"Dengar cakap bos korang.."Ren jawab malas."kalau tak nanti kena potong gaji tak pun"Ren buat gaya pancung kepala.
"......."
Ren tiba-tiba teringat kisah dimana kyle seperti malaikat pencabut nyawa yang menunggu untuk mencabut nyawanya dengan pistol perak kyle apabila mereka tidak buat kerja.
Wartawan itu menyoal beberapa soalan lagi.Remaja dihadapannya terlihat ramah jadi mudah untuk dia bertanya berbanding dengan lelaki yang berdiri dengan aura dingin disebelah remaja itu.
Jack menarik kolar baju Ren masuk ke dalam kereta apabila melihat remaja itu masih bersoal jawab dengan beberapa wartawan.
"Encik Jack!"
"Encik Ren tunggu!"
"Wait!!!"
Ren mengeluarkan kepala lalu menghadiahkan ciuman terbangnya.
"I hope we don't meet again"
"......."
Wartawan disitu menatap dengan bodoh.
***
Kedua orang yang dicari-cari kini bertindak seperti pencuri yang ingin pecah masuk di depan pintu rumah nombor 13.
Jack berkerut apabila melihat Ren masih belum dapat buka pintu.Kakinya sudah mengeluarkan bunyi 'tap tap tap' yang jelas mencerminkan ketidaksabarannya.
"Boleh tak kaki kau diam sikit?"Dengus Ren."Aku pula yang stres.."
Kaki diam tapi tangannya pula yang bergerak-gerak tidak sabar.
'klik'
Mata Ren bercahaya apabila akhirnya berjaya membuka pintu rumah kyle dengan susuh payah.
Jangan tanya kenapa mereka berdua tahu alamat rumah kyle.
Hah?Nak tahu juga?Tak apa meh aku bagi tahu.Tu sebab aku adalah raja perentas terbaik dan satu satunya yang terkuat,terbaik.Tak ada satu maklumat pun yang boleh lepas dari genggaman aku.muahhahaha!
"Please come in my dear guest."Ren bertindak macam rumah kyle rumah dia.
Jack masuk lalu duduk sambil tangannya diletakkan di tempat sandar belakang sofa.
"buatkan aku kopi.Kurang gula.."
Menjongket keningnya."Bila masa aku jadi maid kau ni?Buat sendiri lah sana"Ren menepis tangan Jack sebelum duduk lalu membuka komputer riba yang mempunyai logo S.R yang unik.
"Tadi berlagak macam rumah ni kau punya,cakap aku ni tetamu lah.Apa lah.tengok satu layanan pun kau tak bagi dekat tetamu kau.."
"Tu kerja maid aku ni tuan rumah okay beza kot level kitorang.Aku tak sentuh lah benda pasir macam kopi ni.."
Jack buat muka jijik"dasar pondan.."Sarkastik Jack sebelum bangun untuk membancuh air kopi.
Ren melirik pelik."Banyak pula kau cakap hari ni.."
YOU ARE READING
HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)
RomanceDalam hidupnya tiada seorang pun yang pernah menangkap perhatiannya kecuali untuk satu orang.Orang itu adalah sahabat kecilnya dan sudah lama dia merancang untuk menjadikan orang itu miliknya tapi malang nya orang yang dicintainya sudah lama lupa ak...