bab 8

811 40 0
                                    

Di sebuah rumah agam yang megah dan besar yang jauh dari bandar dan penduduk sekeliling terlihat sibuk pada hari ini.

Pembantu dan pelayan rumah agam disitu kini sibuk bergerak ke sana ke mari.Itu kerana semua penghuni tidak kira pekerja penting atau tidak tahu yang hari ini tuan muday mereka yang telah lama tidak kembali akan datang.

Mereka berusaha menyiapkan lauk-pauk kesukaan tuan muda mereka dan menghias rumah agam itu agar terlihat sedikit meriah.

"Cepat!cepat!"

"Lauk ni letak dekat sana.."

"Hati-hati..."

"Baik puan.."

Puan Adrianna yang selalunya santai juga ikut sibuk memastikan tiada yang salah.

"Tuan Emilio awak turun cepat..anak awak dah nak sampai dah tu!"Jerit Puan Adrianna kepada suaminya.

Tidak lama dari itu,Tuan Emilio keluar dengan pakaian rumah yang selesa menampakkan aura seorang yang tenang dan matang.

"Puan Adrianna, tolong jaga sopan santun awak tu.Malu pembantu-peambantu nampak."Tegur Tuan Emilio sebelum mengambil tangan isterinya lalu dicium.

"Awak ni.."Malu Puan Adrianna.

Pekerja yang ada disitu hanya buat-buat tidak nampak pasangan itu bermesra.Walaupun umur pasangan itu sudah masuk 30an namun penampilan mereka tidak nampak seperti sudah masuk 30an melainkan seperti pasangan 20an tahun.

Puan Adrianna mempunyai wajah yang cantik dan badan yang ramping.Mata coklat pekat dan rambut pendek ikal mayang  menarik perhatian.Dress hitam yang dipakaiannya menampakkan aura yang kuat dan elegen.

Tuan Emilio pula mempunyai wajah kacukan melayu-amerika dengan mata biru lautnya.Badannya walaupun sudah masuk umur 30an masih nampak segar dan kuat.Matanya tajam seperti seekor burung helang.Seperti Puan Adrianna,Dia menampakkan aura yang tenang dan kuat sebagai pemimpin.

Mereka adalah salah satu pasangan yang dikagumi dan disegani ramai.

"Awak dengar tak ?"Tanya Puan Adrianna membuatkan suaminya menajamkan telinga.

Vrooommm..vroommm..

Mata puan Adrianna bercahaya apabila mengenali bunyi motor itu.Manakala suaminya lebih tenang.

Puan Adrianna berlari anak ke pintu.pintu dibuka."kyle my darling."

Puan Adrianna terus memeluk erat anaknya membuatkan kyle yang belum sedia tercengang sebelum membalas pelukan ibunya.

Puan Adrianna bergetar kerana menangis.Gembira kerana anaknya sudah kembali.

Kyle mengusap air mata yang ada di pipi ibunya dengan lembut."alolo~dah buruk dah muka mommy."usiknya menyebabkan dia mendapat cubitan ketam ibunya.

"Arh ! mom."Rintihnya namun senyumannya masih belum hilang.

Dylan dan ayahnya sudah ketawa melihat kyle yang sudah dicubit sehingga merah.

"Cakap muka mommy buruk kan dah kena.."

Kyle mengusap tangannya yang dicubit tadi sambil tersengih.Hebat juga cubitan mak aku ni.

"Okay kyle minta maaf.Mommy lah wanita paling cantik.Nangis pun cantik.."

"Ish kamu ni.."Merah muka Puan Adrianna.

"Dah lah..malas mommy nak layan dengan kamu ni.."Cemberut Puan Adrianna lalu masuk ke dalam rumah dengan tangannya menarik Dylan.

Kyle menggelengkan kepala sebelum memandang ayahnya yang dari tadi tersenyum.

HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)Where stories live. Discover now