Bab 22

666 49 3
                                    

Selepas beberapa minit,Rayyan turun dengan siap mengenakan pakaian yang diberikan oleh Kyle.Di tangannya terdapat bag kertas berisi baju yang dipakainya semalam.

Di tangannya terdapat bag kertas berisi baju yang dipakainya semalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kyle mendongakkan kepalanya apabipa mendengar tapak kaki turun.Senyumannya melebar apabila melihat Rayyan turun dengan pakaian yang diberinya.

Rambut yang selalu di sikat belakang kini bagaikan air menutupi sedikit mata hitamnya membuatkan wajah terlihat lembut dan segar walaupun bibirnya masih tidak tersenyum.

Rayyan sedikit canggung apabila ditatap lama oleh Kyle.Namun mukanya tidak menunjukkan apa-apa perubahan.

"Jom."Kyle berkata sebelum berdiri.

"Mn."

Rayyan mengikut Kyle ke arah Kereta hitam yang terlihat mewah.

'klik'

Kyle dengan senang hati membuka pintu untuk Rayyan.

Rayyan melihat kyle seketika dan tidak bersikap hipokrit dan masuk ke dalam kereta.Bag kertas di tangannya diletakkan di pangkuannya.

Kyle memastikan badan Rayyan masuk sepenuhnya sebelum menutup pintu sebelum berlari anak ke tempat pemandu.

Mata Rayyan berkeliar di ruangan kereta itu.Semuanya kemas dan rapi dan bersih.Dia menarik nafas lega memandangkan dia tidak tahan dengan tempat yang tidak kemas dan bersih.

Perhatiannya teralih ke arah Kyle yang baru masuk.

"Kau buat apa?"Tanya apabila Kyle tidak menghidupkan enjin malah bermain dengan telefonnya.

"Mhm?"Kyle yang menghantar masej kepada Jack dapat lihat dari hujung matanya Kening Rayyan yang berkerut.Sedikit lucu.

Telefon disimpan tanpa menunggu balasan selepas dia menghantar mesej kepada Jack yang mereka gerak dulu.

"Aku hantar masej dekat mangkuk ayun dekat dalam rumah tu yang kita gerak dulu.."

Katanya lalu tanpa amaran mendekatkan wajahnya pada Rayyan.

"K-kau buat apa?"Rayyan terkejut apabila wajah Kyle yang tiba-tiba dekat dengannya.Tanpa sedar badannya bersandar pada tempat duduk lebih dalam.

Kyle tidak menjawab.

'klik'

Rayyan melirik tali pinggang keledar yang ada di badannya lalu ke arah Kyle yang sudah mula hidupkan enjin kereta dan keluar dari perkarangan vila Darwin.

Keningnya diangkat.

Merasa tatapan Rayyan Kyle bertanya."Kau pandang aku lama-lama ni,kau ada nampak ciri-ciri calon isteri kau dekat aku ke?"

Rayyan dah macam nak muntah."Kau jangan nak perasan.Tak adanya ciri-ciri calon isteri aku dekat kau.."

"Memang lah tak ada kan sebab-"kau takkan dapat peluang untuk cari calon isteri kau.You're mine.

HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)Where stories live. Discover now