Bab 30

523 34 5
                                    

Zas !

Satu cahaya tajam terlintas di mata Rayyan.Rayyan yang belum terbiasa dengan cahaya lampu terang yang muncul tiba-tiba muncul itu hanya mengandalkan gerak hatinya untuk mengelak.

"Tsk."

Pipinya yang sedikit tergores itu disentuh.

"Abang Rayyan ! "Panik Dylan apabila melihat 'sister-in-law'nya terluka oleh lelaki berbaju bunga yang tiba-tiba menyerang sebaik sahaja lampu terpasang.

Kalau bukan Rayyan yang cepat bertindak entah pisau tu sudah meninggalkan luka dalam pada wajah Rayyan.

"Kau siapa hah?"Tanya Dylan kepada lelaki berbaju bunga yang jelas tersenyum sinis.Giginya diketap.

Lelaki berbaju bunga itu tidak menjawab dan hanya mendengus sebelum bertindak untuk menyerang mereka dengan pisau tajamnya.

Rayyan memusingkan tajam kepadanya apabila melihat lelaki berbaju bunga itu ingin menyerang mereka.Dylan ditarik ke belakangnya.

Rayyan menahan pisau itu dengan tangannya sebelum menendang perut lelaki berbaju bunga itu.

Lelaki berbaju bunga itu hanya terundur selangkah kebelakangan.Jelas tendangan remaja itu tidak ada kesan padanya.

"Cari mati!!"

Katanya lalu sekali lagi menyerang Rayyan.

Berbanding dia yang mempunyai senjata ditangannya,Rayyan jelas berada di tempat yang merugikan.Jadi Rayyan lebih kepada bertahan daripada menyerang.

Semakin lama mereka bertarung semakin banya goresan yang Rayyan dapat.

Rayyan hanya mengetapkan giginya menahan pedih yang berdenyut-denyut pada kulitnya yang terluka.

"Hahaha..kau budak baik menyerah.Kekuatan kau masih lemah untuk jadi lawan aku.."

"Kau ingat dengan kau yang menyamar nak selamatkan perempuan tu dengan kau yang sekarang..hah! Mimpi."Ejeknya.

Rayyan diam dan cuba menyerang wajah tak guna lelaki berbaju bunga itu.

Lelaki berbaju bunga itu menahan kaki remaja itu yang menyerang tajam ke arah wajahnya dengan tangannya.Kaki panjang itu sengaja di usiknya.Wajah tanpa cela remaja itu dipandang.

"Kalau kau menyerah aku janji posisi kau tak akan kalah dengan perempuan pelacur tak guna aku.."Bisiknya dengan senyuman yang penuh ghairah.

Rayyan berkerut mendengar kata-kata yang menjijikkan dari lelaki berbaju bunga itu.Melihat kakinya yang digenggam erat hati sudah merasa jijik.Dia lebih rela dibunuh berbanding disentuh oleh lelaki jijik depan dia ni.

Rayyan menatap dingin lelaki berbaju bunga itu yang jelas masih dengan senyuman jijiknya.Badannya di lompatkan sedikit sebelum berpusing.

Kakinya yang tidak ditahan digunakan sebagai senjata untuk menyerang wajah lelaki berbaju bunga itu.

Bam !

"Menjijikkan."Gumannya lalu tempat dimana lelaki itu pegang disapunya dengan wajah jijik.

"Tak guna !!"Walaupun lelaki berbaju bunga itu tidak mendengar perkataan remaja yang melihat dengan mata merendahkan tapi dia langsung meletup apabila melihat gerakan yang penuh dengan rasa jijik remaja itu tadi.

Dia bangun dan menghiraukan rasa sakit dan darah yang keluar dari hidung lalu menyerang Rayyan.Rasa amarahnya disertakan apabila dia menyerang membuatkan setiap serangan yang di buat lelaki berbaju bunga itu dua kali ganda lebih kuat daripada sebelumnya.

Rayyan juga dibuatnya terundur kebelakang beberapa kali.Jelas dia sudah kehabisan tenaga dengan serangan yang berterusan melihat pada dadanya yang turun naik.

HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)Where stories live. Discover now