Bab 52

371 24 4
                                    

     Rayyan mengambil satu bekas yang diisi dengan gula-gula mint dan sebotol air mineral.Kyle yang mengikutinya bagaikan ekornya dengan patung besar itu diendahkan dan hanya berjalan ke arah kaunter untuk membayar.

Kyle pula bagaikan anak manja yang takut ditinggal emaknya, mengikut sahaja dimana Rayyan pergi dengan patung dipelukannya.Kalau anak kecil dengan patung nampak comel tapi bila pindah pula dekat Kyle, semua tu telah menjadi suatu hal yang pelik dan lucu apalagi dengan saiz patung yang besar itu.

Nampak sangat yang Kyle berusaha agar wajah kacaknya tidak dihalang oleh kepala besar patung yang dipeluknya.

Rayyan yang membayar melihat dari hujung matanya muka masam Kyle apabila mukanya dihalang kepala patung kucing besar itu.

"Semuanya lima ringgit."Kata penjaga kaunter di hadapan Rayyan apabila melihat pemuda dihadapannya tidak memberi perhatian.

"Oh."Terasa sedikit bersalah apabila tindakannya ditangkap,Rayyan langsung membayar sebelum beredar.

"Datang lagi.."

Rayyan mengangguk tanda sopan lalu menolak daun pintu kedai.

Sebelum beredar,Kyle menyipitkan matanya menatap wanita penjaga kaunter disitu lalu mengejar Rayyan.

Ring !

"Ambil ni."Rayyan melirik Kyle yang baru keluar lalu memberikan apa yang dibelinya kepada Kyle.

Kyle melirik tangan runcing  yang memegang plastik itu sehingga memperlihatkan tulang belakang tangan yang terlihat jelas sebelum berkata, "Oh."Dengan akur juga dia mengambil plastik tersebut dari tangan Rayyan.

Keduanya kemudian berehat di bangku kayu berdekatan.

Sambil berehat, Rayyan mengeluarkan telefonnya untuk melihat berita yang menarik dengan sebelah tangan memegang telefon sebelah lagi diletakkan di atas sandaran bangku kayu itu.

Kyle meminum air mineral yang dibeli Rayyan sambil melirik pada Rayyan yang bermain dengan telefonnya dengan posisi santai.

Rambut yang kemas disikat sebelum nya kini rosak akibat pergerakan yang banyak dan aktiviti merasa tadi.Rambut hadapan Rayyan juga turun kedepan sedikit menutupi matanya.

Terlihat juga peluh di dahinya lalu perlahan-lahan berjalan ke hujung mata,pipi dan seterusnya dagunya dan terus berjalan bagaikan arus air di atas leher putih Rayyan.

Setiap perjalanan tadi memperlihatkan kesempurnaan seorang Rayyan Michell.

Melihat itu,Kyle tidak tahu adakan dia menelan air ataupun air liurnya.Tekak yang sudah basah terasa kering kembali.

Tiba-tiba....

"Uhuk ! Uhuk !"

Rayyan yang ligat bermain telefon tersentak apabila Kyle disebelahnya yang tiba-tiba sahaja batuk.Secara sendirinya Rayyan menepuk-nepuk belakang Kyle.

Tunggu setelah batuk Kyle reda,barulah Rayyan bertanya,"Kau Okay tak ?"

Kyle melambaikan tangannya tanpa dia tidak apa-apa lalu mendongak.Tetapi setelah melihat wajah dingin itu berkerut,Kyle merasa tidak selesa di hatinya.

Tangannya melembutkan kening Rayyan yang berkerut tajam itu walaupun dia terharu sebab Rayyan risaukan dia tapi tetap-"Tsk.Aku tak suka tengok kau berkerut."Katanya.

Memikirkan apa sahaja hal tak guna yang difikirkan tadi membuatkan Kyle ingin memukul dahinya.

Nasib baiknya Rayyan tiada kekuatan membaca fikiran kalau tidak memang  habislah dia.

Melihat wajah Kyle semakin pulih,Rayyan menghembus nafas lega lalu membalas,"Mn.Jangan buat aku risau."

"Sorry."Kyle berkata.Rayyan menggelengkan kepalanya tetapi dalam hatinya sudah memikirkan apa yang membuatkan Kyle tiba-tiba sahaja terbatuk.

HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)Where stories live. Discover now