Bab 26

537 29 7
                                    

"Rayyan!!"

Satu suara memanggil Rayyan dari jauh.Rayyan yang mengenali suara itu milik Chris berasa sedikit lega apabila ada juga orang yang bantu dia keluar dari situasi yang entah dia nak selesai pun tak tahu macam mana.Tanpa sedar Rayyan mengambil satu langkah ke hadapan.

Kyle dan Diana juga pandang ke arah Chris yang berlari anak ke arah mereka.

Chris berhenti di hadapan Rayyan.Tatapan pelik diberikan oleh Chris kepada kyle dan Diana yang jelas mempunyai riak tidak puas hati.

Tapi dia tidak pasti adakah itu tertuju padanya atau pada hal yang lain.

Kepalanya digelengkan."Korang asal sampai lambat masuk kelas?"Tanyanya.

"Asal?"Tanya kyle pula.

Chris."korang punya pasal lah ni.Dah lah masa pertama Cikgu Eddy yang garang tu yang masuk mengajar.Aku dah panik sebab tolong korang dua cover tadi."

Rayyan menilik jam tangannya apabila mendengar kata-kata Chris.Matanya sedikit membulat apabila sedar yang mereka sudah keluar lebih dari 10 minit.

Sekilas itu Kyle yang berdiri disampingnya dipandang tajam.

Kyle terus memgangkat kedua tangannya apabila melihat tatapan Rayyan.Tak berdaya.Dia juga tidak sedar masa berlalu dengan cepat.

Kalau bukan sebab minah Diana ni yang cari pasal dulu memang tak lah dorang tak lambat masuk kelas.

Dengan itu Kyle menatap tajam ke arah Diana pula membuatkan Diana kecut perut sehingga melangkah mundur ke belakang.

Kyle mendengus puas hati melihat reaksi Diana.

"Cikgu Eddy cakap apa?"Tanya Rayyan.

"Cakap apa lagi memang lah singa tua tu suruh aku cari korang.Korang pandai-pandai pujuk supaya Cikgu Eddy ringankan sikit denda korang."Katanya dengan rasa simpati.Entah apalah nasib kawan aku ni makin buruk semenjak jumpa dengan Kyle.

"Tak apa aku faham."Kata Rayyan lalu menepuk ringan bahu Chris lalu melangkah meninggalkan Kyle dan Chris.

Kyle yang tersedar terus berlari ke arah Rayyan meninggalkan Chris di belakang.

Chris yang ditinggalkan di belakang memegang pinggangnya sambil melihat ke siling.Entah kenapa sejak Kyle muncul pangkat dia sebagai 'kawan' Rayyan macam tak ada guna dah.

Kemudian,Diana dipandang sebelum memperlihatkan senyuman sopannya sebelum berlalu.Dia bukan tidak tahu bahawa minah depannya dia ni yang suka dengan Rayyan.Dalam masa yang sama simpati sebab orang yang dia suka adalah Rayyan si hati batu.

Tapi bila tengok kyle dan Rayyan yang berjalan jauh di depan,Chris juga tidak pasti.Entah hati Rayyan tu memang batu tapi bila dengan Kyle hati batu tu boleh cair bila-bila masa saja.

Sebab tengok tu!

Apa yang dilihat Chris adalah Kyle seperti membisikkan sesuatu pada Rayyan yang membuatkan Rayyan marah dan mendapat tendangan padu dari Rayyan.

Walaupun orang lain nampak apa yang dia nampak,tapi untuk Chris yang kenal Rayyan bertahun-tahun boleh beza sikap Rayyan dengan orang lain dan dengan Kyle.

Bila dengan orang lain,jangankan tendang kau nak sentuh pun susah.Rayyan macam ada label 'jangan dekat dengan aku' tertulis dekat muka  dia.Tapi bila dengan Kyle,walaupun cara Rayyan masih dingin dan kasar,Chris tahu layanan Rayyan pada Kyle lebih baik dan yang penting itu dari kemahuan Rayyan sendiri.

Chris menyepetkan matanya apabila melihat Kyle yang dengan senyuman dibibirnya mengusap kasar rambut Rayyan sebelum ditepis kasar oleh Rayyan.

Chris pula yang rasa silau bila tengok senyuman Kyle.

HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)Where stories live. Discover now