Bab 43

376 28 1
                                    

Rayyan memakan makanannya dengan tenang tanpa menghiraukan Chris yang tidak henti-henti po-pet-po-pet macam mulut itik.

Chris yang meluahkan perasaan malu masa kena denda berdiri dekat luar tadi tidak kesah dengan layanan Rayyan.

Heh.dah biasa.

Selepas beberapa saat barulah Chria berhenti.

"Dah habis ?" Tanya Rayyan sebelum dengan prihatinnya menghulurkan segelas air putih kepada Chris.

Semua pelajar perempuan yang melihat itu sudah bagaikan makhluk yang ingin melahap Chris dengan mulut mereka yang besar dan penuh dengan gigi tajam.

Chris tanpa segan meminumnya."Kalau nak ikutkan hati aku nak sambung besok tapi tak apalah.."Katanya tak sedar yang banyak mata yang memandang iri pada layanan yang didapatnya sebelum di letakkan di atas meja.

"Kyle mana ?"Soal Chris.

Rayyan menghabiskan dulu makanan yang masih dikunyahnya sebelum ditelan."Dekat kelab bola tampar."

"Ahh kalau tak silap aku Haris dengan Roland pun mamber pasukan bola tampar sekolah,kan?"

"Mn."Jawab Rayyan.

"Tak silap aku juga tiga hari lagi dorang nak mula pertandingan."Jelasnya.

"Kau pergi ke?"Soal Chris.Bukan apa Rayyan selalunya tak minat dengan acara luar ni tapi Chris masih juga ingin bertanya.

"Mn."Jawab Rayyan membuatkan Chris sedikit terkejut.

Melihat reaksi Chris,Rayyan hanya buat tak nampak.

"Rayyan."Panggil Chris sambil melihat ke arah suatu arah.

"Apa?"

"Kau tak rasa pelik ke?"Tanyanya."Diana semenjak ni dah tak kacau kau lagi?"

Rayyan melihat tempat yang ditunjuk Chris.

Jelas Diana yang perasan dirinya dilihat entah kenapa berubah pucat sebelum dengan laju bangkit dari tempatnya dan berlari pergi sambil menghiraukan panggilan dari rakan sekelasnya yang pelik apabila melihat Diana yang sudah ingin pergi walaupun jelas makanannya belum habis.

Melihat itu Rayyan berkerut.

"Tsk..tsk..tsk..entah hantu apa yang rasuk perempuan tu."Chris menggelengkan kepalanya."Dengar-dengar Diana nak pindah esok.Aku dengar hari yang lalu dia hilang.Keluarga dia dah lapor polis dan cari di merata-rata tempat tapi tak jumpa.Tapi yang peliknya lepaa je dorang balik,Diana dah ada depan rumah dengan keadaan tak sedarkan diri."

Chris tertawa lucu sebelum berkata."Yang lagi lawa kau apa?"Soalanya sebelum berkata."Diana dijumpai dalam karung.."Chris tertawa terbahak-bahak.

"Aku tak tahu lah otak siapa yang cerdik sangat sampai masukkan Diana dalam tu.."

Rayyan yang mendengar itu tidak tahu ingin berkata apa.Dia tidak tahu apa yang dilakukan Diana sampai 3 orang yang terlibat itu memasukan Diana ke dalam karung.

Rayyan dah dapat bayangkan macam mana reaksi kedua orang tua Diana apabila mendapati anak mereka dimasukkkan ke dalam karung.

"Lepas tu,mak bapak dia dah tak yakin dengan keselamatan Diana sebab tu dorang nak pindahkan Diana."Katanya sebelum meminum airnya.

"Kau tahu dari mana ?"Keningnya di angkat.

"Ada je kumpulan makcik bawang dekat sekolah ni.."Selambanya berkata.

Termasuk kau? Rayyan bertanya dalam diam.

"Apa?"Soal Chris apabila melihat pandangan mata Rayyan."Aku tak okay.Aku tak sengaja lalu masa dorang bergosip hari tu pasal Diana."Jelasnya.

Rayyan mengambil udang gorengnya lalu dikupas sebelum dimasukkan ke dalam mulut namun belum sempat makanan kegemarannya masuk ke dalam mulutnya udangnya terlebih dahulu disambur oleh mulut lain.

"........"

Rayyan sudah bagaikan disambar kilat.Chris juga berubah terkejut lalu dalam diam menyalakan lilin untuk orang itu.

"Korang bualkan apa tadi ?"Soal Kyle lalu duduk di samping Rayyan dengan belakangnya bersandar pada meja.
Tangannya yang melingkari pingang Rayyan tersembunyi dari penglihatan ramai.

Dia kemudian tercengang apabila terpandang mata tajam Rayyan."Apa?"Tambah rasa bersalah bertanya.

Urat kepala Rayyan sudah mula kelihatan jelas menunjukkan emosinya apabila Kyle hanya memperlihatkan riak polosnya.

Sekali lagi Kyle tercengang apabila tangan yang melingkari pingang Rayyan ditepis oleh Rayyan sebelum Kyle melihat Rayyan yang sudah menjauh darinya dengan wajah kelam.

"Ian ?"

"Humph!"Ambek kau!

Satu panah bagaikan terkena tepat dijantungnya.

Chris yang menjadi penontonnya itu sudah ketawa melihat kyle yang seperti tengah putus cinta.

Tangannya sudah menghentakkan meja tanda tidak tahan sebelum pura-pura terbatuk apabila terpandang mata yang penuh dengan rasa ingin membunuh Kyle.

"Ehem.."Batuknya sebelum memperbaiki reaksi bagaikan tiada apa-apa yang berlaku."Aku nasihatkan kau"Katanya perlahan.

"Rayyan paling pantang bila orang makan udang goreng dia."Jelasnya."And tahniah sebab kau orang pertama masuk senarai hitam Rayyan.."Gelak Chris.Haih nasib kau lah Kyle...

Kyle."......"

Sedar akan posisinya sebagai boyfriend akan tergoncang sebab kesalahannya Kyle dengan cepat mengeluarkan telefonnya sebelum berlari meninggalkan Rayyan dan Chris di meja.

Melihat itu Rayyan masih dengan wajah kelamnya sedangkan Chris sudah terpinga-pinga apabila melihat Kyle yang berlari tak cukup tanah.

"Mamat ni dah kenapa?"Gumannya.

Tidak lama itu,Kyle kembali dengan memegang bag kertas ditangannya lalu diletakkan di atas meja di hadapan Rayyan.

"Untuk kau.."Kyle duduk semula.

Rayyan tidak bergerak.Hanya berdiam diri.

Melihat itu Kyle menghembus nafas perit."Haih..ian kau tak ke?"Soalnya."Udang goreng.Ni aku beli special untuk kau dari kedai kesukaan kau.."Jelasnya lalu tersenyum apabila melihat Rayyan yang bagaikan termakan umpan.

Hati Rayyan tergerak apabila mendengar apa yang dikatakan Kyle.Menatap curiga ke arah Kyle yang tersenyum,Rayyan mengambil bag kertas itu untuk melihat isi yang ada di dalamnya.

Melihat jelas udang goreng yang ada di dalam mata Rayyan bagaikan bercahaya.

Apabila merasa tangannya digenggam oleh tangan yang lebih besar darinya,Rayyan tidak lagi menolak namun dengan gembira memakan semua udang goreng yang dibeli Kyle.

Chris menelan air liurnya.Melihat Rayyan yang makan dengan berselera membuatnya ingin mencuba juga.

"Aku pun nak.."Tangannya sudah memanjang namun ditepis.

"Hiss-"Belakang tangannya diusap sebelum memandang si pelaku.

"Apa ?"Kyle mengangkat Keningnya."ni semua-"Tangannya menunjukkan pada bag kertas itu."Ian punya."

"Kau kalau nak beli sendiri.."Sambungnya lagi.

"......."Sah orang ni tak senang kalau tak mendengki orang..

"Kau nak masuk senarai hitam ke?"Tanya Kyle membalikkan apa yang dikatakan Chris padanya.

"......."Fu*k you!

Rayyan yang mendengar itu mengangguk setuju dengan gembira dan dengan murah hatinya menyuap Kyle satu udang gorengnya.

Kyle dengan gembira memakan udang goreng yang disuap ke mulutnya.Tidak lupa juga menunjukkan wajah riaknya pada Chris.

"........."Kawan siapa ni?

HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)Where stories live. Discover now