Bab 50

412 28 1
                                    

Kyle selepas menghantar masej kepada Zack yang dihantarnya dengan wajah nak tak nak kalau bukan Rayyan yang arahkan,menarik Rayyan naik ke dalam bas apabila melihat sebuah bas berhenti di stesen bas tempat mereka menunggu.

Keduanya duduk ditempat paling belakang sekali dan melihat bas yang terlihat kosong itu,Kyle dapat merehatkan badannya yang tak sempat rehat tadi dengan tenang dan tanpa merasa sesak.Matnnya ditutup untuk rehat seketika.Kepalanya disandarkan di atas cermin bas.

Rayyan melirik orang dari tadi tidak memberitahu tujuan mereka dimana dan melihat orang itu bagaikan keletihan.Mengingat Kyle yang selesai saja main dan terus keluar sebab 'bosan' serta tidak dapat rehat,Rayyan mencucuk bahu Kyle beberapa kali.

"Kyle."

'Tidur ke ?'

Melihat Kyle yang tidak menjawab."Dah tahu penat nak sangat keluar."Rayyan berguman tidak senang dengan keningnya berkerut namun masih memindahkan saja kepala Kyle agar bersandar di bahunya dengan berhati-hati seperti takut sedikit saja pergerakan dapat mengejutkan Kyle.

"mhm-"

Satu suara rugutan terdengar.

Rayyan mendengar itu dengan segera menepuk-nepuk bahu  Kyle "shh..tidur."

Nafas panjang dihembusnya apabila pasti yang Kyle tidak bangun dari tidurnya.Dia tidak sedar yang dirinya dari tadi menahan nafas.

Rayyan yang tidak dapat melihat senyuman penuh makna Kyle kerana dihalangi oleh topi yang dipakaian kyle tidak tahu bahawa orang yang sedang 'tidur' di bahunya berusaha menahan drinya untuk tidak mengucup tangan yang menepuk bahunya.

Kyle tahu Rayyan seorang yang keras di luar namun lembut di dalam.

Kyle memperbaiki posisinya agar lebih selesa.Matanya dibuka sekejap lalu tersenyum senget apabila melihat kedua tangan mereka saling berkait sebelum ditutup kembali.

Dirinya yang hanya ingin rehat sambil menutup mata tidak tahu apakah sebab dirinya berada dekat dengan Rayyan sehingga dirinya merasa nyaman dan tidak tahu dirinya betul-betul terlena.

Tidak lama selepas itu,bas yang dinaiki keduannya berhenti di salah satu perhentian bas.Kyle dikejutkan sebelum keduanya turun dari bas.Rayyan melihat sekeliling.

Keningnya diangkat apabila dia tidak melihat apa-apa yang menarik disini untuk dilihat selain jalan raya dan pokok-pokok tinggi.Dirinya mula curiga merasa yang Kyle salah tempat.

Memandangkan mereka habis pertandingan pada jam 3.30 tadi,mereka sampai ke destinasi pada pukul 4 petang.Rayyan risau dengan keadaan yang jarang pengangkutan masuk disini dan cara mereka kembali nanti membuatnya berkerut.

"Rayyan kau buat apa tercegat dekat situ ?"Kyle yang mendahului berhenti apabila tidak merasa Rayyan mengikutinya.

"Cepatlah !"

Rayyan melirik lelaki dengan baju jersinya yang masih dipakai memanggilnya dengan riak yang jelas teruja.

"Haih..Merasa tidak berdaya,Rayyan dengan langkah berat melangkah ke arah Kyle lalu tangannya dihulur.

"Kau tarik."Arahnya membuatkan Kyle mengangkat keningnya lalu menatap Rayyan.

tsk..tsk..tsk...penyakit kucing dia ni..

Kyle tertawa kecil sebelum mengambil tangan Rayyan lalu dikucup belakang tangan itu.Mata coklat Kyle menatap dalam ke arah mata hitam Rayyan."Menjunjung perintah,tuanku."

"Jom."Kyle memimpin Rayyan ke arah satu arah.

Beberapa minit kemudian keduanya sampai di destinasi sebenar mereka.

Rayyan melihat pemandangan di hadapannya dengan riak terkejut.Suara teruja dan gembira kedengaran jelas di telingannya.Lampur yang memeriahkan lagi tempat itu terpancar di matanya.

"Amusement Park Dalion ?"Rayyan berkata seperti tidak mempercayai apa yang dilihatnya.Semua orang tahu yang Rayyan benci dengan tempat yang ramai orang.

Kyle dilirik.-'kau sengaja kan ?'-Tatapannya jelas bermaksud seperti itu namun Kyle hanya buat tidak tahu dan membalas dengan pandangan paling polosnya.

"Apa ?"Soalnya."Aku dah lama nak main dekat sini tapi tak ada masa nak pergi."Jelasnya.

Dagu Rayyan diangkat dengan jari telunjuknya.Melihat mata yang terlihat tajam itu,Kyle berkata."Ian jangan lupa kau ada hutang satu permintaan dari aku."Ingatnya."Aku dengan baik hatinya kurang denda kau and as you can see ni lebih baik dari pada suruh kau jerit kyle hensem kuat-kuat,en?."

(siapa yang lupa boleh rujuk bab 17)

Rayyan terdiam seketika apabila mendengar apa yang dikatakan Kyle.Merasa apa yang dikata Kyle ada betulnya.Daripada jerit macam orang gila,dia rasakan berada di kawasan yang sesak lebih baik.

"Kalau tak nak apa kata kita tukar yang lain.."Belum sempat dirinya mengatakan apa yang difikirnya, Rayyan merasa tubuh Kyle tiba-tiba saja menyelubunginya.

Rayyan mendengar suara Kyle yang berbisik di telinganya dengan nada nakal menyebabkan dirinya menggigil.

"Kau !"Sejurus itu dirinya terlompat terkejut apabila tangan Kyle dengan cepat mencuri masuk ke dalam bajunya bagaikan ular yang meneroka kawasannya membuatkan Rayyan tertegun.

Matanya membulat sedikit.'Kau-kau-kau-"Rayyan sudah tidak tahu nak kat apa dengan tindakan berani Kyle.

"What ?"Soalnya polos namun tidak sepolos tangannya.Kyle dengan sengaja menarik Rayyan rapat dengannya.

Rayyan kemudian dengan cepat menekan tangan yang melanjutkan tindakannya tanpa sega silu,Rayyan berkata sambil mengetapkan giginya."Fine,suka hati kau."

Mendengar itu Kyle dengan berat hati menarik keluar  tangannya dari dalam baju Rayyan sebelum mengangkat kedua tangannya tanda mengalah apabila dipandang dengan pndangan membunuh Rayyan."Bukan salah aku,tangan aku yang salah.."

Geram je Rayyan.Kaki Kyle diserangnya sebelum berjalan meninggalkan Kyle yang kesakitan akibat tendangan besinya.

"fu*k !"

dah lama betul dia tak rasa tendengan kaki Rayyan.

"Ian tunggu !"Kyle mengikuti Rayyan  membeli tiket sebelum masuk sambil mengusap betisnya.

"Lambat."Dengus Rayyan.

Kyle hanya buat muka kasihan.Siapa juga punca dia lambat.

Selesai membayar,Kyle menarik Rayyan sebelum keduanya berhenti di tempat permainan menembak.

"Selamat datang ke Shooting Game.."Seorang pekerja wanita disitu berkata dengan senyuman apabila melihat dua orang pemuda dengan penampilan yang tidak biasa.

"Setiap orang akan diberi lima peluru.Kamu perlu tembak pada sasaran yang ada di hadapan tapi perlu ingat bila semua sasaran dah kena barulah boleh tukar dengan mana-mana hadiah di bahagian sana."Jelasnya sambil menunjukkan ke arah rak hadian dimana patung dengan pelbagai bentuk dan saiz disimpan.

Kyle menatap Rayyan sebelum berkata dengan rendah hati."Tuanku,sila."Tangannya mempersilakan Rayyan bagaikan pengikut yang setia.

Pekerja wanita yang melihat itu hanya menahan senyumnya mengekalkan profesional seorang pekerja namun hatinya tidak setenang seperti apa yang dilihat.'aahh!!!!'

Rayyan pula dengan tenang bagaikan raja yang angkuh berjalan ke tengah.

Terasa ingin melakukan sesuatu yang jahat,Rayyan mengusap kasar rambut Kyle lalu dengan tenang mengambil pistol yang disediakan sebelum peluru dimasukkan.

Kyle pula mengangkat keningnya lalu melirik Rayyan yang sudah berdiri dengan posisi standard."Budak ni.."

Tangannya masih memegang kepalanya sekejap membayangkan tangan yang mengosok rambutnya.

Memikirkan tindakan Rayyan tadi membuatnya memegang kepalanya lalu tersenyum penuh makna.Kalau bukan Rayyan memang habis berkecai tangan yang berani menyentuh kepalanya.

Kyle berdiri melihat Rayyan yang sedang fokus sambil berpeluk tubuh.

*****
Vote and comment

HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)Where stories live. Discover now