Bab 27

480 36 2
                                    

Chris menghela nafas pasrah sambil melihat ke atas dinding.Entah apalah nasib dia hari ni sampai kena berdiri di luar kelas sekali.

"Korang punya pasal lah ni aku pun kena denda sekali."Gumannya lalu mengarahkan pandangan tidak puas hati ke arah Kyle dan Rayyan.

Kyle hanya menjulingkan matanya lalu tanpa mempedulikan Chris Kyle melirik ke arah Rayyan yang masih berdiri tegak.

"What ?"Kyle dipandang sekilas.

"Kau penat tak berdiri?"Tanya kyle.

"Tak."

"Oh."Balasnya pendek lalu diam.

Rayyan pula yang pelik.Baru saja Rayyan ingin bertanya, tiba-tiba bahunya terasa berat sebelah.

"Kau buat apa ni ?"Kerutnya namun tidak menolak kepala Kyle dari bersandar di bahunya.

Memandang Kyle lebih tinggi dari Rayyan,kyle dengan canggung terpaksa membongkok badannya sedikit.

"Jangan bergerak."Kyle memeluk bahu Rayyan yang dari tadi bergerak tidak selesa.Menarik Rayyan lebih dekat darinya.

"Hmh~"Kepala digerakan ke kiri dan ke kanan membuatkan badan Rayyan tanpa sedar berkeras.

Kyle tersenyum sinis apabila melihat leher putih itu sedikit berubah merah.

"Ian.."Suara sedikit serak dan seperti berbisik.

"Mhm?"Rayyan membalas dengan suara kecil.Wajah dipalingkan ke sisi agar mengurangkan rasa malunya.Hatinya berdetak laju dan berdebar apabila merasai hembusan nafas hangat Kyle dari lehernya.

"Can you be with me ?"

Kyle berkata sebelum menghela nafas leganya apabila sudah melepaskan apa yang ingin dikatakannya.Dadanya terasa lapang.

Manakala Rayyan pula tersentak apabila mendengar kata-kata Kyle.Otak dia tiba-tiba sahaja menjadi kosong.Dia tidak tahu nak jawab apa lagi satu dia tak ada pengalaman pasal bercinta ni.

Kyle mengangkat kepalanya untuk melihat Rayyan apabila tidak mendengar balasan dari Rayyan.

Melihat Rayyan yang terpinga-pinga membuatkan Kyle sedikit lucu.Badannya kembali tegak.

Dia tahu Rayyan juga perlukan masa fikirkan lamarannya dan kyle juga tidak tergesa-gesa untuk jadikan Rayyan sepenuh miliknya.Untuk masalah tu kita haruslah buat langkah demi langkah.

"Don't worry.I can wait."Katanya perlahan.

Dengan senyuman ceria,tangannya mengusap lembut rambut Rayyan membuatkan Rayyan tersedar dari fikirannya.

Mata coklat yang seperti penuh dengan cahaya itu dipandang.Semuanya perhatiannya terarah kepada jejaka dihadapannya.

Dup! Dap!

Dup! Dap!

Dup! Dap!

Entah detakan jantung siapa yang berdetak laju.Dua pasang mata hitam dan coklat saling bertatapan.

Tiada siapa yang bersuara kali ini.

    Chris yang dari tadi dihiraukan menoleh ke dalam kelas dan melihat Cikgu Eddy yang sedang berjalan ingin keluar.

Matanya sudah bersinar.Akhirnya tamat juga.

Dengan bersemangat Chris menoleh ke arah Kyle dan Rayyan untuk memberitahu keduannya bahawa masa Cikgu Eddy dah habis dan mereka tidak perlu lagi berdiri di luar.

Tanpa memerhati suasana Kyle dan Rayyan yang tidak biasa,menepuk bahu Kyle dengan teruja."Oi oi..Cikgu Eddy dah nak keluar lah.."

Hancur berkecai.

HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)Where stories live. Discover now