Rayyan mengerutkan keningnya tidak suka apabila merasa tidurnya diganggu.
Tangannya menepis 'sesuatu' apabila merasa sesuatu yang menyentuh pipi dan matanya.
Dia ketawa lucu apabila melihat orang yang tengah tidur itu cemberut dengan mulut berkerut.
Rayyan kemudian merasa badannya berada di awang-awangan.Keningnya yang berkerut kembali normal apabila merasa suhu yang hangat serta wangian mint yang tidak asing baginya.
Dia malah mendekatkan lagi badannya untuk menghangatkan bandannya ke arah benda yang mempunyai suhu hangat itu.
Diri terasa lebih selamat apabila lagi berada dekat dengan suhu hangat itu.
Tidak lama dari itu,Rayyan tiba-tiba saja merasa tempat yang menyenangkan itu menjauh darinya.Badannya menggigil kesejukan dan tanpa sedar mencari sumber kehangatan tadi untuk mengekalkan badannya tetap hangat.
"jangan pergi.."Rayyan cuba menggapai untuk menghentikan penghangatnya daripada pergi darinya.
Rayyan tersenyum gembira apabila 'penghangatnya' tidak lagi menjauh dan dengan erat memeluk 'penghangatnya'.
Rayyan menghempuskan nafas nyaman lalu membenamkan lagi wajahnya lebih dalam penghangatnya.
Mata hitam telah berubah menjadi warna asalnya iaitu berwarna coklat menundukkan sedikit wajahnya untuk melihat wajah orang yang lagi memeluknya bagaikan 'sotong' dengan bibirnya yang terangkat sedikit jelas menperlihatkan emosi sebenarnya.
Kyle terdiam terpesona dengan senyuman yang terukir di bibir merah itu.
Setelah sedar dari fikirannya,Kyle batuk beberapa kali sebelum memusingkan kepalanya untuk tidak melihat ke arah senyuman itu lagi.Sebab dia tidak tahu apa yang akan dilakukannya kepada Rayyan apabila dia melihat senyuman itu lagi.
Hatinya bagaikan diusik.
Tanpa Rayyan sedari,senyuman itu membuatkan kyle yang tidak pernah malu kini memperlihatkan telinganya yang sedikit merah disebalik rambut hitamnya.
Kyle memusingkan kembali kepalanya apabila yakin akan kawalan dirinya.
Dengan wajah kosong mengangkat Rayyan keluar dari dalam kereta.
Tangan Rayyan memeluk leher Kyle dengan kepalanya dibenamkan ke dalam leher Kyle.Kakinya pula memeluk erat pinggang Kyle.
Kyle dapat rasa bibir Rayyan yang menyentuh kulit lehernya yang membuatnya terkaku seketika.
Sentuhan itu secara tidak langsung membangkitkan 'sesuatu' yang selama ini ditahan Kyle.
Dup dap !dup dap!
Detak jantungnya terdengar berdetak laju dan terasa jelas ditelinga Kyle mengambarkan tegangnya dia kali ini.
Dia menelan air liurnya.Memikirkan Rayyan yang tengah tidur dan baru saja keluar dari hospital,Kyle menahan diri untuk tidak melakukan hal yang tidak patut.
Kyle dengan kaku menyokong punggung Rayyan agar kedudukan tetap stabil.
Dalam hati sudah membaca ayat untuk menenangkan diri dan fikirannya.
Pintu rumahnya dibuka sebelum Kyle naik dengan membawa seekor 'sotong' bersamanya ke atas.
Pintu biliknya dibuka.Kyle berjalan ke arah katilnya yang bersaiz king sebelum dengan perlahan-lahan membaringkan Rayyan di atas katilnya.
"Mhm.."Rungut Rayyan apabila dibaringkan ke atas katil.
Tangannya tanpa sedar mengetatkan tangannya yang memeluk batang leher Kyle untuk lebih dekat dengannya.
Kyle yang tidak siap itu menahan nafasnya apabila badannya ingin menghimpit Rayyan namun sempat ditahan.Tangannya dijadikan tongkat di sisi telinga Rayyan.
Tangan yang satu lagi mencuba sedaya upaya untuk melepaskan tangan Rayyan yang memeluk lehernya namun tidak berjaya.
Nafas panjang dihembus."Rayyan.."Bisiknya.
Pipi Rayyan ditepuk perlahan cuba untuk mengejutkan Rayyan yang tengah tidur.
Suaranya sedikit serak disebabkan orang yang disukainya berada hanya berapa inci darinya.
Siapa saja yang tidak tergoncang apabila orang yang kita sukai berada dekat dengan kita,Kan?
Kyle rasa saat ini lah kesabaran diri dicabar.
Rayyan hanya merasa hembusan nafas panas di telinganya membuatkan geli.Tanpa sedar badannya ingin menghindar dari nafas panas itu.
"Mhm.."Keningnya berkerut.
"Ian~lepaskan tangan kau,okay?"Kata Kyle lembut.
'Sebelum kesabaran aku hilang baik kau lepaskan..'
Pegangan dilehernya bukan tambah longgar malah tambah ketat.
"Baby ~"Intonasinya bagaikan mengusik 'kucing' yang lagi tidur.
Kyle menyentuh kening yang terbentuk cantik dan gelap itu dan perlahan-lahan bergerak ke bawah sehingga menyentuh leher Rayyan menggunakan belakang tanggannya.
Kyle dapat rasa dari sentuhan jarinya badan Rayyan yang tiba-tiba saja kaku.
Kyle mendekatkan wajahnya di dekat telinga Rayyan.
"Kalau tak-"Nadanya sedikit kedengaran berbahaya dan terselit amaran.
Sebelum sempat Kyle menghabiskan ayatnya,tindakan Rayyan membuatnya terhenti.
"Tsk."Dia berdecit jelas tidak puas hati.
Rayyan mengubah kedudukan secara mengiring dan tangan yang memeluk leher Kyle juga dilepaskan.
Kyle hanya melihat anak kucing yang jelas bengang itu dengan senyuman lebar.
Kyle dari posisinya agar Rayyan dapat berpusing dengan mudah sebelum mengucup dahi Rayyan.
Mulutnya didekatkan ke telinga Rayyan.
"Macam mana kau cabar kesabaran aku hari ni aku harap aku dapat a well -deserved reward for doing this.."Bisiknya.Bibirnya terukir senyuman nakal.
"Sleep well,dear."
Kyle berdiri dengan wajah normalnya dengan senyuman ramahnya sebelum keluar dari bilik.Pintu ditutup dengan hati-hati takut mengejutkan 'snow white' yang tengah beradu.
Klik !
Rayyan yang membelakangi pintu bilik itu,membuka matanya.Seketika Rayyan hanya diam tanpa mengatakan sepatah kata.Tidak tahu apa yang difikirnya.
Riaknya kembali dingin tanpa reaksi.Namun tangannya mengusap telinganya yang masih terasa panas.
"Macam mana kau cabar kesabaran aku hari ni aku harap aku dapat a well -deserved reward for doing this.."
Kata-kata Kyle tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinganya membuatkan Rayyan menutupi seluruh badannya dengan selimut.
"Kyle tak guna.."
*****
Halo:)
Vote and comment
YOU ARE READING
HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)
RomanceDalam hidupnya tiada seorang pun yang pernah menangkap perhatiannya kecuali untuk satu orang.Orang itu adalah sahabat kecilnya dan sudah lama dia merancang untuk menjadikan orang itu miliknya tapi malang nya orang yang dicintainya sudah lama lupa ak...