Bab 36

519 40 3
                                    

Rayyan menarik lalu menghembus nafas.Kyle yang kini duduk dengan kaki bersilangnya dilirik.

K bermain dengan telefonnya sambil memastikan riaknya tidak berubah.Tangan yang memegang telefonnya tanpa sedar meramas telefonnya dengan erat menunjukkan emosinya yang tegang yang disembunyikan disebalik riak dinginnya apabila menyadari tatapan Rayyan ke arahnya.

Kalau bukan sebab apa yang dibeli oleh K,Rayyan juga tidak akan sedar ada yang tak kena dengan mentaliti orang yang masih dengan riak dinginnya yang jelas belum matang dan hanya mengikut suka hatinya sahaja.

Pelipis nya dipegang.Tahu apa yang dimaksudkan dari perkataan Darwin tadi.Nampaknya dia perlu ubah cara dia bergaul dengan Kyle atau yang sekarang ni adalah K.

"Ehem!"Darwin yang dari tadi hanya mendiamkan diri berdehem untuk menarik perhatian kedua remaja dihadapannya itu.

"What?"Tanya K.

"Aku nak bagi tahu yang Rayyan boleh keluar petang ni."Katanya.

"Aku pergi dulu,korang sambung lah berbual.."Sambungnya lagi.

Darwin menepuk ringan bahu K.
Sebelum melangkah keluar dari bilik wad itu,Darwin membuka dan menutup mulutnya mengatakan 'Semangat' ke arah Rayyan tanpa suara lalu beredar.Tak kuasa dia nak tinggal lama-lama dekat situ...

Seketika keadaan berubah sepi apabila masing-masing dengan dunia sendiri.

"Thanks sebab dah selamatkan aku.."Suara Rayyan terlebih dahulu memecahkan keheningan.

Tangan yang menekan skrin telefonnya terhenti."Mn."Balasnya.K kembali tertumpu pada telefonnya.

Zzt..

Telefon bergetar tanda masej masuk.Keningnya diangkat apabila melihat orang itu adalah Dylan.K mendengus jelas masih tidak puas hati dengan perangai adiknya semalam sebelum masej itu dibuka untuk di baca.

Dylan-Abang K,kakak ipar dah sedar belum?

-kalau dah..Dylan nak datang jenguk boleh tak?

"Macam mana keadaan orang yang ada dengan aku?"Tanya Rayyan yang jelas 'orang' yang dimasukkan nya adalah Dylan.

Kepalanya diangkat seketika.Mendengus.
"Dead."Selambanya sambil jarinya sibuk membalas masej adiknya.

-Belum

-No need.

Rayyan berubah kelam jelas tidak suka dengan perkataan yang keluar dari mulut K."Maksud kau?"

"Bagi tahu aku nombor wad Dylan.Aku kena pastikan dia okay.."

"Kalau bukan sebab aku dia takkan terluka."

"Kyle kau dengar tak apa yang aku cakap?"Soalnya."Bagitahu aku nombor bilik wad Dylan."Tegasny.K masih berdiam diri.

Menghela nafas panjang."Fine."

K memberhentikan tindakannya apabila menyadari tindakan Rayyan yang ingin turun dari katil dari hujung matanya.

Rasa tidak senang timbul dalam hatinya apabila Rayyan menghiraukan kesihatan nya semata-mata ingin menjenguk Dylan.Telefonnya disimpan ke dalam poket seluar.Riak wajahnya berubah gelap.

Rayyan juga terkebil-kebil apabila melihat perubahan pada K dan tanpa sedar ingin mengundur ke belakang apabila merasa sesuatu yang berbahaya mendekatinya.

Dia membulatkan matanya melihat wajah dingin itu semakin dekat dengannya sehinggakan bibir mereka akan bersentuh hanya dengan satu gerakan.

"K-kau buat apa?"Hatinya yang tenang berubah kini berubah rentak.
Badannya mencuba sedaya upaya untuk keluar dari dakapan K.

HE BELONG TO ME,ONLY ME(HIATUS)Where stories live. Discover now