Badan diregangkan. AF meregangkan badannya. Di sebelah katilnya, Imani dengan Malikah sedang menyarung pakaian.
"Oh AF! Dah bangun? Kitorang keluar jap."
Jam pada dinding menunjukkan pukul 7:00 pagi. Mata AF terkebil-kebil. Dia malas untuk bangun dari baringnya. Hari Jumaat kan cuti, buat apa nak susahkan diri pergi merayau?
"Nak ke mana?" Soal AF dalam keadaan separuh sedar. Belum sempat Malikah mahu menjawab, gadis itu sudah kembali lena.
Imani dan Malikah melihat AF dengan gelakkan kecil. Sudah 5 bulan mereka ditetapkan untuk tinggal sebilik. Selepas kejadian malang yang menimpa mereka tahun lepas, pengetua memberikan kebenaran untuk mereka bersama.
Hari ke hari, mereka meluangkan masa bersama. Walaupun mereka baru menjadi sahabat ketika tingkatan satu, hubungan mereka semakin akrab.
Kejadian tahun lepas masih membuatkan mereka trauma.
5 bulan lepas..
En. Afza melangkah masuk ke kelas, serta-merta semua pelajar kembali ke tempat duduk masing-masing.
"Ouh? Dah decide tempat duduk? Cepatnya."
Semua orang memberi sengihan apabila melihat reaksi guru kelas baharu mereka itu.
"Baiklah, tahun ni saya akan jadi guru kelas kamu semua. Bagi sesiapa yang tak kenal, saya Afza. Kita mulakan dengan jawatan kelas. Ada sesiapa yang nak menyuakan cadangan atau pendapat?"
"Saya cikgu!"
"Saya rasa.."
"Apa kata dia?.."
Kelas mula riuh dengan cadangan yang murid mahu suakan. Manakala di meja hujung paling belakang- AF sedang membuang pandangan ke luar tingkap. Lalu memusingkan kepalanya ke kanan. Wajah Iz ditenung. Dia masih tak boleh percaya Iz satu sekolah dengannya. Selama ni dia ingat Iz ni dari sekolah luar. Mungkin sesat.
Tapi tak logik jugak, sebab Iz selalu datang kembali ke tangga tersembunyi tu dengan pakaian bersih.
Tiba-tiba Iz menoleh ke arahnya. Lalu menghadiahkan senyuman. Malangnya, dia gagal membalas senyuman itu. Dia tak tahu kenapa.
"Cikgu!" Jeritan Imani mengalahkan semua suara yang sedang berebut untuk bercakap.
"Ah," En. Afza juga tersentak namun cepat-cepat dia menyahut.
"Ya Imani?"
"Aiman cikgu!" Dia menunding ke arah Aiman. Lelaki itu hanya mengangkat kepala.
"Kenapa awak cadangkan Aiman?"
"Sebab dia nampak lagi matang dari semua orang dalam kelas ni." Jawapan Imani membuatkan semua orang gelak.
"Apa kata awak Aiman?"
Aiman berdiri dan membetulkan kaca matanya. "Saya akan cuba buat yang terbaik cikgu kalau itu yang diamanahkan." Jawapan diberikan. "Woahhh." Semua orang memberikan tepukan. Memang boleh jadi perdana menteri terus. Nampaknya Aiman ni manusia yang memegang amanah dengan serious.
Malikah yang duduk di hadapan AF juga sedang berangan melihat padang sekolah. Seorang pelajar sedang berjalan berkumpulan di jalan.Secara mengejut, pelajar itu mendongak. Senyuman lebar terukir di bibir pelajar itu.
Malikah tersentak. "Sa..rah." Dia menggigil melihat muka Sarah yang mendongak betul-betul tepat ke kelasnya. Macam mana dia perasan?! Dia pandang semula Sarah. Tak.. Sarah tak pandang dia. Sarah pandang..
Orang di belakangnya! AF!!
"Ah!!" AF jatuh dari kerusinya. Semua pelajar 3 Alis terdiam dan memandang ke belakang.
"Maaf..," AF cuba bangun. Namun kakinya terasa kejang. Lemah. Malikah juga kaku. Menekup mukanya ke meja sambil tangannya menutup langsir tingkap.
Pantas Imani dan Fa'iq bangun. Mereka bergegas ke tingkap. Iz membantu AF untuk duduk semula ke atas kerusi. Warga kelas hanya mampu melihat. An. Afza mendekati Fa'iq dan Imani yang berdiri di sisi tingkap.
Pandangan dua orang murid itu jatuh ke arah pelajar di kawasan jalan di tingkat paling bawah. Tajam memerhati. Faham akan situasi itu, En. Afza mula bertindak dan berpaling ke arah Aiman.
Mereka perlu menstabilkan situasi kembali. Perkara tersebut akan jadi lagi. Mungkin esok, lusa, atau bila-bila selagi mereka berada di kelas yang sama.
"Cikgu! Saya cadangkan kita pasang langsir baru. Langsir kelas ni macam kain lap je. Dah lama sangat." Aiman memulakan topik kelas. Semua orang memberikan respon yang baik. Tidak mahu merosakkan mood kelas pertama mereka pada hari itu.
"Setuju cikgu! Tapi langsir tu kena ada corak love love!"
Langsir di sebelah meja AF diselak kasar sebelum Fa'iq membangkang cadangan itu. "Hah?! Apsal pulak? Kau ni budak-budak lagi ke nak bercorak bagai."
"Sekurang-kurangnya semua manusia dalam kelas ni lagi dewasa daripada kau yang macam budak-budak." Firas menyindir Fa'iq tanpa amaran. Membuatkan darah Fa'iq naik.
"What?!"
Gelakan Imani terhambur. "Facts doh. High five sikit Firas!" Imani pergi ke meja Firas dan ber-high five.
"Abgsjabsahbzajnsa!" Debat antara Imani dan Fa'iq bermula lagi.
AF memandang ke hadapannya. "Malikah? Awak okay?"
"Takgunakausarahkautunggusatuharinantiakukerjakankautakserikseriklagikaulepas..." kedengaran Malikah bergumam sendiri dalam nada perlahan. Menyumpah seranah betina itu. Nasib baik Malikah okay.
Perbincangan kelas disambung.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...