BAB 7

40 5 0
                                    

Minggu study telah tiba, ada lagi seminggu sebelum peperiksaan pertengahan tahun bermula. Suasana kelas 3 Alis sepi, macam tak ada sesiapa di dalamnya. Walaupun sebenarnya semua orang khusyuk mengulangkaji dan membaca nota-nota ringkas.

Kaki meja disepak, Eliza, salah seorang daripada murid kelas itu mengeluh kuat membuatkan satu kelas berhenti fokus untuk seketika. Secara tak sedar, mereka terlalu serious dalam study untuk mendapatkan markah yang baik. Kerana itu antara salah satu peraturan.

"Guys kalau kita semua belajar sendir-sendiri, tak kan ke mana. Bukan semua benda kita boleh hafal, ada konsep yang kita kena faham." Eliza berkata. Sekelas mengangguk setuju.

"Nak buat macam mana, semua orang belajar. Aku tak sanggup nak kacau sesapa study." Balas classmates yang lain.

"Okay korang semua tentah study apa?"

"Sejarah. Subjek first exam kan?"

"Ha,  apa kata kita semua belajar sekali? Nanti baru semua orang faham," Aiman memberi cadangan.

"Sounds great! Ada sesiapa nak volunteer untuk mengajar kat depan?"

Beberapa orang mengangkat tangan menawarkan diri. Semuanya terdiri daripada orang-orang yang mahir dalam subjek sejarah. AF menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sememangnya benci sejarah. Walaupun subjek itu menarik, tetapi terlalu banyak untuk dihafal!

Akhirnya, Eliza sendiri yang tampil di hadapan kelas untuk mengajar. "Sebelum start, korang duduk lah dengan tablemate ke, kawan korang ke suka hati korang lah. Nanti boleh tolong each other."

Mendengar arahan Eliza, semua orang mula mengalihkan kerusi meja depan pantas dan tanpa bunyi. Sudah diajar sejak dari tingkatan satu lagi. Apabila tiba sahaja minggu ulangkaji, tiada sesiapa yang boleh membuat bising untuk tidak mengacau pelajar lain belajar.

Malikah yang duduk di hadapan AF terus memusingkan mejanya ke belakang. Mereka ketawa kecil.

Iz memandang orang yang duduk di sebelah kanannya. "Nak gabung meja?"

Pelajar itu memberi reaksi yang agak lambat "kau budak baru kan?"

"Eh tak adalah baru sangat. Dah lima bulan kot aku sekolah sini." Dia sengih. Pelajar itu menjeling ke sebelah Iz.

Tanpa menjawab soalan Iz, dia mengangkat mejanya dan terus berjalan ke arah AF dan Malikah. "Kita gabung meja dengan AF je lah?"

"Ouh, okay" Iz menurut sahaja walaupun dia sedang dipenuhi dengan tanda tanya.

Melihat kedatangan yang tak diundang, AF spontan mengerut dahi. Apa lagi masalah yang lelaki ni nak buat? Dah lima bulan mereka tak bercakap sesama sendiri. Kenapa harini jugak??

Huh.. AF melepaskan keluhan. Dia memandang lelaki itu dengan pandangan dingin. "Apa kau nak Shafiq?"

Shafiq tersenyum melihat AF. "Jom study sama-sama. Iz pun nak join sekali." Iz di belakang tersengih pelik.

Sekali lagi dia mengeluh. Dia cuba bersangka baik. Mungkin dia nak study sama-sama je.

"Okaylah duduk cepat. Diorang dah nak start buat revision." Malikah memberi kebenaran. Walaupun dia was-was.

Sekelip mata, Shafiq bergerak di sebelah AF dan meletakkan mejanya. AF yang tidak menduga kejadian itu terkejut. Dia hampir mengamuk namun sempat menahan dirinya. Kalau dia marah, dia hanya akan mengganggu ketenteraman kelas yang mahu belajar.

Kebencian dia terhadap lelaki itu langsung tidak pudar walaupun sudah setahun berlalu. Sejak tahun lepas lagi, dia tidak suka perangai kaki perempuan Shafiq. Sekarang lelaki itu berani duduk di sebelahnya? Dia cuba berlagak normal dan mula menumpukan perhatian ke arah Eliza.

Sebaik sahaja Shafiq duduk di sebelah AF, Iz yang baru mahu mengalihkan mejanya terpana. Dia ingat AF akan beralih ke sebelah Malikah?

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now