BAB 27

25 4 2
                                    

"Muzium??"

Mata semua orang bersinar memandang En. Afza yang berdiri tercegat di hadapan papan putih kelas. Wajah semua orang membuatkan En. Afza ketawa kecil.

"Yes. Macam apa yang baru saya cakap, kita semua akan ke muzium yang ada kat negeri Kwkdjwusjdk."

Semuanya berlaku dengan cepat. Mereka tak sangka akan dapat berita gembira di hari yang chill ini.

"Negeri apa tu cikgu?"

"Entah tanya author."

🤷🏻‍♀️

Semua orang macam tak percaya. Walaupun hanya lawatan ke muzium, tapi tu dah cukup buatkan mereka gembira.

Dah lama mereka tunggu saat ni. Ahhh!!

Mereka akan menjejaki kaki ke luar sekolah selepas dah terperap 3 tahun dalam sekolah ni!

"Cikgu tak main-main kan?" Tanya Aiman, meminta kepastian buat kali yang keberapa entah. Masih dalam perasaan terkejut.

En. Afza yang terhibur dengan kelakuan anak-anak muridnya tersenyum lalu menggeleng. "Ckgu tak main-main, kita akan pergi dua hari dari sekarang." Ujarnya.

"YEAYYY!!!!" Sorak kelas 3A kegembiraan. Tak ada apa-apa yang lebih happy dari keluar dari sekolah. Melihat dunia luar.

Akhirnya, setelah 3 tahun menunggu.

AF, Malikah dan Imani berhigh five. Mereka tersangatlah excited sampai kelas lain menjenguk-jenguk kelas 3A. Sibuk sangat berseronok sampai melupakan kelas lain yang tak tau apa-apa.

"Naik bas ke cikgu?" Tanya Eliza.

"Mestilah, habistu awak nak naik kapal terbang?" Jawab En. Afza berbaur gurauan. Ada ke tanya soalan macam tu.

Ingatkan murid sekelasnya akan tergelak mendengar soalan Eliza, malah mereka bersorak gembira. Nampak sangat mereka terlampau happy.

Baguslah kalau diorang suka.

Malikah berlari ke arah meja Firas dan menggoncang-goncang bahu Firas tanda excited. "Firasss, kita akan keluarr impian aku tercapaii!"

"Bagus bagus. Good for you. Tahniah." Firas hanya membiarkan tubuhnya digoncang bak gempa bumi. Baru sahaja dia hanya menyuruh Malikah berhenti, dia memandang wajah Malikah yang tengah sibuk bercerita tentang kegembiraannya. Tak jadi dia nk suruh berhenti.

Lalu dia melayan je celoteh Malikah~

"Bro, kau ni. Tak happy ke nak keluar ni?" Fa'iq mencucuk-cucuk belakang badan kepunyaan orang yang duduk di hadapannya- Qayeed. Lelaki itu hanya diam bak orang-orang di sawah padi sambil matanya memandang buku di tangan. Langsung tak nampak macam ada rasa happy pun.

Qayeed membetulkan cermin matanya. "Happy la, aku nak keluar dari sekolah ni. Dah lama kot kita tak blah dari sini."

"Kannn, macam dalam penjara." Imani mencelah.

"Setuju."

10 minit berlalu. Guru kelas 3A itu hanya membiarkan pelajarnya berhappy-happy dahulu sebelum dia menerangkan perjalanan lawatan ke muzium tersebut. Semua orang mula duduk semula ke tempat duduk masing-masing.

"Baiklah. Saya akan cakap pasal lawatan yang akan kita semua pergi ni. First, yang pergi ke muzium tu hanya kelas 3A. Jadi, korang kena pastikan semua orang cukup. Jangan ada sesiapa yang hilang ke sembunyi ke sesat ke. Pastikan orang kiri kanan ada."

"Kenapa kelas 3A je pergi cikgu?" sampuk Fa'iq.

En. Afza terdiam seketika sebelum menyambung.

"Kelas lain akan pergi hari lain. Kelas first pergi dulu, baru kelas lain. Ikut urutan yang dah ditetapkan. Kalau sekaligus pergi, nanti susah nak kawal. Dah la korang ni tak reti duduk diam." En. Afza tergeleng-geleng.

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now