Ah, keadaan hanya bertambah sukar. Malikah tidak dapat fokus dalam mengulangkaji. Setiap kali dia melihat muka Shafiq, lelaki itu sedang memerhatikan wajah AF yang sedang menulis nota.
Setahu mereka, Shafiq ialah budak pandai. Lelaki itu selalu dapat top 10 dalam setiap peperiksaan. Kenapa nak susuahkan diri belajar bersama mereka?
Secara mengejut, Shafiq mendekatkan kerusinya kepada kerusi AF. Membuatkan gadis itu kaku akibat terlampau terkejut. Tetapi dia masih cuba berlagak senormal yang boleh. "Salah tu AF, macam ni.." Shafiq mula menjelaskan beberapa fakta dan AF pantas menulisnya sebaik mungkin.
'Dia nak ajar aku je, nothing other than that. It's okay.. it's okay..' AF cuba menenangkan fikirannya.
Tiba-tiba lelaki itu memeluk kerusinya dengan sebelah tangan kirinya. AF mula hilang arah. Dia mahu marah tetapi dia takut kelas tertanggu kerana pelakuannya. Cukuplah sekali dia buat hal pada awal tahun hari tu.
Buku teks ditolak menghadap Shafiq di hadapannya. "Boleh tolong explain kat kitorang jugak tak Shafiq? Tak faham lah yang ni," Iz menunjukkan muka surat yang tidak difahaminya dengan jari telunjuk.
"Kan? Sumpah yang ni susah." Malikah mahu mengubah situasi.
"Yang kat belakang tu, ada apa-apa ke yang korang tak faham?" Eliza yang berada di hadapan menyoal. Mereka berempat melihat ke depan.
"Ah Eliza, kitorang tak clear muka surat 52." Malikah berkata.
"Haah! Susah la yang tu."
"Aku pun tak faham." Majoriti semua orang setuju dengan apa yang Malikah baru cakap. Masih ramai lagi yang tak faham.
Eliza memeluk tubuh dan tersengih. "Don't worry guys. Kita semua belajar sama-sama untuk score sama-sama. Sini aku terangkan." Eliza memulakan kembali pembelajaran.
Dengan kesempatan itu, AF menyepak kerusi Shafiq supaya jauh dari tempat duduknya. Dia menunjukkan wajah benci. "Aku datang sekolah untuk belajar, bukan semakkan diri kau dalam hidup aku."
Lelaki itu tersenyum suka. Dia suka gadis itu. Tersangat suka. Perlahan, dia cuba menyentuh muka AF yang ligat mencatat nota dengan tangan kirinya.
Bam! Bunyi meja kuat ditepuk tetapi tidak didengari oleh warga kelas kerana mereka masih berbincang.
"Kau nak buat apa tu, Shafiq?"
Bunyi kuat meja itu bukan datang dari tepukan meja tetapi dari tangan Iz yang memukul tangan kanan Shafiq dengan menggunakan buku. Tangannya terasa kebas, dia mengerang sambil memegang tangannya yang sudah biru. Kuat sangat ke dia pukul?!
Budak baru ni bodoh ke apa? "Apa masalah ka.." baru Shafiq mahu mengamuk, matanya bertentangan dengan mata Iz. Bibir lelaki itu tersenyum tetapi matanya mencerlung tajam ke dalam penglihatannya.
"Jangan jadi bodoh please." Malikah berkata sambil menyalin nota. Sememangnya hari itu, pembelajaran mereka terganggu disebabkan oleh lelaki buaya ktu.
"Urgh," Shafiq bangun dan keluar dari kelas. Meninggalkan mereka bertiga. Seluruh warga kelas juga tidak menghiraukan kerana mereka tidak perasan apa-apa dan menganggap Shafiq mahu ke tandas.
Keluhan dilepaskan. AF berhenti menulis dan mengangkat mukanya memandang Iz dan Malikah. "Thank you korang." Ucapnya lalu menghadiahkan senyuman kecil. Dua rakannya itu hanya mengangguk dan membalas senyuman. Mereka sambung membuat ulangkaji untuk sejarah.
Sememangnya hari itu, pembelajaran mereka terganggu hanya disebabkan oleh seorang lelaki buaya yang tak guna.
![](https://img.wattpad.com/cover/269950813-288-k890.jpg)
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...