Cuaca yang panas tidak mematahkan semangat Imani untuk pergi ke gymnasium, satu-satunya tempat untuk dia berlaih. Latihan silatnya.
Dia mewakili sekolah untuk pertandingan taraf negeri. Dengan itu, dia perlu terus berlatih. Dia mahu menang. Kalau kalah macam mana?
Takkan dia nak memalukan nama sekolah? Sekurang-kurangnya dia sudah berusaha. Hatinya membebel sendiri. Secara tidak sengaja, tumpuannya hilang.
"Hiyah!!!" Jeritan Dira mematikan lamunannya tadi. Dira cuba melepaskan tendangan kepadanya. Baru dia ingat, dia sedang berada dalam latihan silat. Dan partner berlatihnya- Dira. Refleknya spontan menangkap serangan itu dengan menahan kaki Dira dengan kedua-dua belah tangannya.
Fokus Imani! Ini bukan masanya untuk leka! Imani memarahi dirinya sendiri. Semangatnya kini bertambah. Dia melancarkan tumbukan dengan kelajuan tangan. Tubuhnya berganjak ke depan, mendekati Dira yang semakin jauh.
Melihat keadaan itu, Dira membuat pertahanan dengan tangannya. Di bahagian perut.
Imani yang cuba memberikan tendengan tegak ke perut gadis itu menukar fikirannya. Dengan lincah dia mengubah posisi kekudanya dan menyepak bahagian tepi perut Dira.
"Akh!" Dira mula hilang imbangan tubuh. Laju dia mengundur dua tapak ke belakang. Tetapi itu tidak mematahkan serangan Imani. Terus dia melepaskan penumbuk tanpa henti, sebelum dia menyepak belakang lutut Dira.
Akhirnya gadis itu hilang imbangan dan jatuh. Nafas mereka tak menentu, kerana kepenatan. Akhirnya Dira mengalah. Dia membaringkan tubuhnya ke atas lantai gym.
"Hahhh," mereka cuba mengatur nafas. Botol air masing-masing dicapai dan minum air untuk menyejukkan badan. Stay hydrated la gitu.
"Kenapa semangat sangat kau harini? Nak mati aku dibuatnya." Dira mengipas-ngipas tangannya, panas dengan pakaian silat. Tambahan lagi, dia sedang berpeluh teruk.
Imani yang sudah tenang itu hanya mengangkat bahu. "Entah? Maybe sebab tak ada exam, so aku happy." Jawabnya selamba. Walaupun hakikatnya, dia memang mahu menang. Dia mahu dipilih dan berlawan dengan sekolah-sekolah lain.
Suasana sekolah sepi. Waktu masih pagi, semua orang malas untuk memulakan hari mereka. Majoritinya masih ditenggelami lena di dalam kamar masing-masing.
Memikirkan hal itu, baru dia teringat. Semasa dia bangun untuk berlatih tadi, dia sudah lihat katil AF dan Malikah kosong. AF yang biasanya bangun lambat itu juga sudah ghaib dari kamar. Lebih tepatnya, block. Ke mana agaknya dua sahabatnya itu pergi?
Tak apalah, lupakan sekejap hal itu. Dia masih ada perkara penting yang perlu dilakukan sekarang. Berlatih. Berlatih dan berlatih! Penumbuk dikepal. Semangatnya berkobar.
"Okay Dira jom sambung!"
Tangan Dira ditarik untuk bangun berdiri. "Ehh sekejap la, kau belum habis rehat lagi!" Dira mencebik.
Baru sahaja mereka mahu mulakan semula latihan, mereka disergah oleh Malikah yang datang dengan membawa sesuatu di tangannya.
"Malikahh!!" Imani berlari ke arah Malikah dan memeluknya.
"Ei kau berpeluh laa," Malikah cuba meleraikan pelukan itu namun gagal. Lalu dia hanya redha.
"Kenapa kau datang ni?"
Malikah menghulurkan satu bungkus plastik. Di dalamnya terdapat beberapa makanan dan snek. "Mana boleh practice tanpa sarapan."
"Tq Malikah!" Kata Dira lalu mereka makan bersama.
🤼♀️
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...