Rasa bosan menyelubungi diri, Fa'iq bangun dari katilnya. Sejak pagi tadi, dia hanya baring. Malas untuk melakukan apa-apa aktiviti. Dia memandang katil di sebelahnya- katil Iz. Nampaknya Iz masih tidur.
Mak aih nyenyak betul, tapi macam pelik je..
Posisi tidur Iz yang seperti mayat membuatkan Fa'iq terhambur gelak. Apsal dia tidur macam tu? Hahahaha!!
Satu idea muncul dari dalam otaknya. Idea jahat obviously. Dia mula mendekati katil rakannya yang masih lena itu. Tangannya memegang sebatang marker berdakwat kekal.
Sampai di sebelah Iz, dia membuka penutup marker itu. Wajahnya tersengih kambing.
Baru sahaja dia mahu mula menconteng wajah Iz, tiba-tiba bunyi esakan kedengaran. Langkah Fa'iq mati. Di hadapannya, Iz yang matanya masih terpejam menangis dalam mimpi.
Mimpi ngeri ke budak ni? Soal Fa'iq sendiri dalam hati.
Serta-merta otaknya disinggahi beberapa cebisan memori yang masih tersimpan di dalam ingatan. Kisah hitam yang tiidak boleh dia lupakan suatu ketika dahulu. Spontan, dia menepuk kuat pipi Iz dan membuatkan Iz terjaga.
Dalam kemamaian, Iz menoleh kiri kanan. Keliru. Matanya masih kuyuh tetapi bibirnya membebel.
"Kau kenapa pukul aku, kalau aku mati terkejut macam mana?"
Fa'iq hanya mengendahkan kata-kata Iz dan bangun dari situ. Kakinya melangkah ke pintu.
"Nak ke mana?"
"Puisng-pusing, nak ikut tak?" Jawab Fa'iq sambil menyarungkan kasut. Badan diregangkan untuk menghilangkan mamai sebelum dia bangun berjalan ke arah Fa'iq.
"Boleh la. Tapi teman aku pergi tandas dulu, basuh muka."
Senyuman sinis terbemtuk di bibir Fa'iq. "Heh, tak kat pagi-pagi pun takut nak pergi toilet? Ada hantu siang eh." Perlinya. Iz hanya mencebik.
"Kalau macam tu, kau tunggu je la dulu kat luar."
"Malas aku," Fa'iq memulakan langkah keluar dari dorm.
End up, Fa'iq still teman Iz pergi toilet.
Di dalam bilik air, Iz membuka pili singki. Air paip yang keluar ditadah dengan tangan sebelum membasuh mukanya. Fa'iq hanya memerhatikan di sebelah.
Ah rambutnya macam orang gila, bedhair bak kata orang putih. Lantaklah, yang penting sembab matanya hilang.
Baru dia perasan, matanya merah. "Weh Fa'iq, tengok mata aku ni. Macam merah kan?"
Fa'iq hanya melayan Iz. "Ha merah la jugak."
Dia mula menggosok-gosok matanya. "Jangan la buat camtu nanti lagi merah la jadinya bijak." Kata Fa'iq.
Mata Iz tiba-tiba tertumpu ke arah sudut bilik air. Badannya tiba-tiba kaku. Fa'iq mula pelik dengan tingkah laku Iz yang berubah.
"Dah kenapa kau ni?"
"Tak ada pape, dah jom keluar." Iz menarik tangan Fa'iq pantas keluar dari situ.
"Ah tak de, bagitahu aku dulu. Kau nampak hantu ke?" Soalan Fa'iq itu dibalas dengan degusan.
"Mana ada hantu waktu siang."
Kening Fa'iq terangkat. "Habistu?"
Keluhan dilepaskan. Iz menjawab, "keluar dulu la, bahaya."
Jawapan yang agak tidak selamat itu membuatkan Fa'iq akur. Dah kenapa pulak ni??
"Jom cari guard."
"Apa yang kau nampak sebenarnya ni??" Fa'iq hilang sabar selepas mereka sudah keluar dari tandas. Kini mereka menuju ke luar blok.
Wajah Iz nampak resah gelisah.
"Kala jengking."
"Huh?? Ada kala jengking dalam toilet tadi?" Otak Fa'iq lost. Satu, sebab bahaya. Macam mana la seekor kala jengking boleh sampai dalam bilik air?
Kedua..
Mata Fa'iq memandang wajah Iz yang gelisah. Iz perasan perubahan wajah Fa'iq hanya membalas dengan sengihan dan tertawa kecil. "Kenapa kau tengok aku macam tu? Haha.."
Suasana yang masih segar pada waktu itu, tambahan lagi kesepian sekolah membuatkan mereka berdua terasa seperti hanya ada mereka berdua di kawasan itu. Fikiran mereka ditenggelami pelbagai benda.
.. dia bersyukur yang dia kejutkan Iz dari tidurnya tadi.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...