"Cikgu kasi kita pergi mana-mana je?" Malikah teruja. Disoalnya lagi buat kali yang ke-lima.
"Yup cikgu cakap boleh," AF tolong jawab lagi. Mereka dah excited.
Sekarang ni, mereka berenam ada dekat tengah-tengah bandar. Termasuk juga kelas 3A yang lain. Dikelilingi dengan banyak benda, kedai, permainan, dan macam-macam.
Mata masing-masing memerhatikan sekeliling. Belon beterbangan kat udara, bunyi orang-orang bising ketawa dan berbual, lagu-lagu, semua tu menambahkan lagi kemeriahan yang wujud.
"Kalau macam tu, aku nak pergi sana! Jom Firas!!!"
"Hah, apa salah aku?"
Laju Malikah tarik tangan Firas ke salah satu kedai yang agak besar berdekatan kawasan tu. Penuh dengan hiasan dan manisan. Pintu hadapannya terdapat seorang wanita, duduk di atas keruja beserta meja. Nampak macam tempat nak bayar masuk.
"Have fun!!" Kata Iz kuat kepada mereka berdua yang dah makin menjauh. Tangan dilambai-lambai ke udara.
"Kenapa kau tarik aku?" Firas menyoal, tak puas hati kena tarik tanpa permission.
Malikah ketawa. "Aku nak tunjuk kau keseronokan hobi aku," dia yakin, Firas akan enjoy aktiviti ni. Lagipun, ni lah hobi dia dari dulu. Iaitu membuat manisan!
Akur dengan kata-kata Malikah, Firas ikut sahaja. Dia ingat dia hanya nak duduk atas random branch kat tepi-tepi jalan sambil makan ais krim orang naik roller coasters, tapi nampaknya kena ubah la niatnya.
"Kalau tak best, kau kena buatkan aku apa-apa yang boleh buat kunyah." Dare diberikan.
"Okay we will see.." cabaran disahut dengan berani. Mereka dah tiba ke wanita separuh usia yang ada kat meja tu. Senyuman dihadiahkan.
"Dua ticket dewasa cik,"
Usai bayar, wanita itu memberikan ticket. "Silakan masuk nak."
Langkah pertama masuk kedai tu, benda pertama yang mereka lihat ialah peralatan makanan yang berbagai-bagai. Ada juga banyak manisan tak kira biskut, coklat, kek sekalipun. Wangian bau manisan menerjah masuk.
"Ah, benda ni buat aku lapar," Mereka perhatikan satu coklat fontain. Coklat cair mencurah-curah jatuh ke dalam bekas. Membuatkan diorang meneguk liur.
"Aku akan buat benda paling sedap hari ni." Kata Malikah sambil matanya tak lekang dari melihat coklat fontain tu.
"Yeah kau patut buat tu." Firas setuju. Nampaknya hari ni akan jadi hari paling berlapar dalam sejarah.
Bau manisan tu wangi sangat! Siapa je tak tergugat.
Seorang perempuan dewasa yang memakai apron tiba dari belakang. Terdapat satu pintu lain yang bersambung dengan bilik lain. "Sini dik, masuk dalam dapur ni."
Ouh? Ke mana pulak ni.
Kini mereka menapak ke satu bilik memasak. Dipenuhi dengan wanita-wanita dewasa yang nampak macam tengah baking. Banyak meja macam meja bertukang di situ. Atas meja, ada banyak peralatan. Mata Malikah mula bersinar. Impiannya memang selama ni nak cuba membakar dengan memakai peralatan-peralatan macam tu.
Tapi satu je macam aneh dalam bilik memasak tu. Semua orang tak bercakap apa-apa. Senyap sepi. Semuanya sibuk menyiapkan manisan sendiri. Mereka berdua mula serba-salah.
Kedatangannya tak diundang ke?
"Semua boleh bersedia dengan barang masing-masing. Oh perkenalkan, ada 2 orang baru yang join kita sekejal harini ni!" Kata perempuan dewasa yang menjemput mereka masuk ke dalam bilik itu tadi. Dengan nametag yang tentera nama Rin.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...