BAB 2

79 4 0
                                    

AF, Imani, Malikah dan Firas naik ke rooftop dengan niat untuk tidur dan lepak-lepak. Hari pertama sekolah membuatkan mereka mengantuk.

Sampai sahaja, Firas spontan melabuhkan badannya dan baring. "Ni la dia jenis manusia yang kerjanya nak tido je." Kata Imani sebelum duduk.

"Macam AF la hahaahha!"

"Memang sama la kita dua Firas." AF mendekati pagar di hujung rooftop. Suasana di atas rooftop sememangnya yang paling dia gemar. Angin di situ sepoi-sepoi bahasa. Bila-bila sahaja dia boleh tertidur berdiri di situ.

Firas membiarkan Imani dan Malikah bermain dengan mukanya. Malas nak buat apa-apa. Dia memejamkan mata dan menunggu masa untuk lelap. Sementara Malikah mencubit hidung Firas dan bergelak sakan dengan Imani.

Pandangannya beralih ke tangga yang tersembunyi disebalik cerun jalan. Dia tak boleh nampak tangga itu dari situ. Dan ada pagar yang memisahkan sekolah dengan jalan raya.

Fikiran AF dah melayang entah ke mana. Jauh ke luar sekolah. Dah berapa lama dia tak jejak keluar dari sekolah ni? Sejak dia naik ke sekolah menengah, dia tak dapat keluar. Balik ke rumah lagilah tidak.

Sebab mereka sudah tiada rumah selain daripada sekolah ni.

Sekolah ni sememangnya sekolah yang bagus, berprestasi tinggi. Tetapi semua orang di sekolah ini ada sebab tertentu kenapa mereka berakhir di sini.

Sekolah Alam Permata- dihuni oleh pelajar-pelajar yatim, tiada tempat tinggal, dibuang, dan pelbagai masalah kehidupan. Dirinya juga sebegitu. Sejak kecil lagi, dia hanya hidup dengan ibunya. Ayahnya sudah meninggal dunia semasa dia kecil. Bukan masalah besar baginya.

Ketika dia berada di darjah enam, ibunya menghantarnya ke sekolah ini kerana ibunya terpaksa kerja di luar negara. Dia akur, tidak membantah.

"Haah ek.. aku terfikir. Apa khabar family kita semua?" AF menyoal ingin tahu.

"Entah. Aku dah lama tak dengar khabar diorang. Sekolah kan tak kasi kita call selalu." Imani menjawab sambil bermain dengan rambut lurus Firas.

Malikah dan Firas hanya mengangkat bahu. Mereka memang sudah memutuskan hubungan dengan mana-mana ahli keluarganya. Tak pelik untuk pelajar-pelajar di sekolah itu.

Keadaan sekolah masih riuh. Dari rooftop, mereka boleh melihat pelajar ke kantin, berkejaran di padang, berjalan-jalan sambil bersembang. Semua orang sedang melakukan aktiviti bebas. Kalau dua tahun lepas, mungkin dia tengah tidur di kelas. Tak nak balik asrama.

Sekarang dah lain. Mereka sudah berada di tingkatan tiga.

AF melangkah mendekati kawan-kawannya yang sedang lepak di lantai rooftop. Dia turut baring dan memejamkan mata.

"Jangan tak bangun eh nanti kitorang kejut." Malikah menepuk pipi AF.

"Hmm okay okay."

"Bukan boleh percaya AF ni. Nanti sampai malam kat sini." Mereka ketawa. AF hanya menghiraukan mereka.

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now