BAB 29

19 1 0
                                    

Nampaknya Imani, Malikah, Fa'iq, Firas, Shafiq berada di tingkat satu manakala AF, Eliza, Aiman dan Iz berada di tingkat dua.

Hujan. Aircond yang dibuka menambahkan lagi kesejukan malam di dalam bas. Kini mereka masih dalam perjalanan, menunggu masa untuk sampai ke destinasi.

Sekali lagi, dia tak percaya dia dah keluar dari sekolah ni. Segalanyanya berlaku terlalu cepat. Sampai dia tak sempat mencerna apa yang baru jadi tiga hari ni.

Di bahunya, AF nyenyak melenakan diri. Masih dibuai mimpi. Tak pasti mimpi baik ke buruk. Yang penting dia nampak lena.

Wajah gadis itu ditenung lama. Memori kembali mengimbas apa yang baru sahaja terjadi.

Flashback..

"Kau dengar lagu apa tu?"

"Ei siapa baling stokin kat aku ni?!"

"Makan jajan tak ajak, nak sikit bolehh?? Hehe.."

"Pening sia kepala aku"

"Jangan bising semua oi, saya tau awak excited but keep it down!"

Suasana bas tersangatlah tak terkawal. Kalau sesiapa yang masuk bas tu, mesti mereka salah sangka yang tu zoo bukan bas.

Pelajar-pelajar sibuk meng-enjoy diri sendiri kerana terlalu tak sabar. Lagi-lagi sebab ni first time mereka keluar setelah tiga tahun tak menjejakkan kaki ke dunia luar. Terlebih happy.

Bagi mereka, ini semua hadiah daripada hasil mereka belajar sungguh-sungguh 3 tahun ni. Jadi Tuhan balas dengan freedom walaupun sekejap sahaja🥲

Di tingkat satu, Shafiq kelihatan sedang menggigit kukunya. Sampai habis buruk kuku tu. Apalah salah kuku ditakdirkan untuk diburukkan sebegitu huhu.

Pak! Tangan Shafiq dipukul oleh Fa'iq. Membuatkan lelaki itu tersentak. Macam terkejut sangat.

Dia pandang tepi. Fa'iq buat muka.

"Selekeh gila gigit kuku. Dah la tangan kiri. Kalau kau terpegang pape yang menjijikkan.. eee geli aku!" Sengaja mencari pasal, dia mengatur ayat sinis.

"Ah.. sorry.." secara tak sangka, Shafiq jawab perlahan dan tunduk. Berubah jadi budak baik secara tibernya.

"Ayok Fa'iq dia merajuk," kata Malikah.

"Macam tak faham je mulut dia macam mana. Sian kau Shafiq. Tak pe lah kau kena biasakan diri." Imani menambah. Firas di sebelah Shafiq hanya menepuk-nepuk bahu Shafiq sambil mengangguk.

"Alah sikit je kot. Tak yah ah sendu." Apa yang baru jadi ni? Last-last Fa'iq duduk balik tempat dia. Malas nak kacau siapa-siapa dah. Nanti kena bahan lagi. Sian🗿

Si Shafiqnya masih menunduk, senyap. Tiada respon yang diberikan. Laa, betul-betul merajuk ke ni?

"Shafiq oii hidup tak?" Dia tunduk ke bawah untuk lihat wajah Shafiq. Rupanya lelaki tu sudah tertidur. Aik? Cepatnya tidur.

"Aku rasa dia malas nak layan kau, so dia tido," Imani memberikan conclusion. Semua orang setuju.

Suasana senyap seketika sebab masing-masing ngantuk.

...

Dari sudut pandangan dia, menunjukkan lima murid perempuan mengelilinginya. Dia berada di tanah, dengan tubuh yang menggigil. Terlalu takut.

Tiga orang daripada mereka datang dekat kepadanya, sebelum dia menerima pelempang free secara tak langsung. Dia pegang pipi dia yang terasa sakit. Matanya masih melihat ke arah murid-murid tu.

Gelakan kedengaran. Dia terasa dihina. Murid-murid itu mengeluarkan handphone, sebelum wajahnya dirakam.

Mereka ketawa. Ketawakan dirinya. Lagi dan lagi.

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now