Fikirannya melayang. Selepas dia gagal mengejar Amy, dia mengambil keputusan untuk duduk di tangga tersembunyi itu. Tempat terbaik untuk merehatkan diri. Aktiviti jogging cancel. Haih.
Bunyi semak kedengaran. Dia tersentak dan terus toleh ke kiri kanan. Apakah??
Seorang lelaki keluar dari sebalik semak itu. "Aku lah." Iz tertawa kecil. AF melepaskan nafas lega. Ingat ade ular ke apa. Iz merapati AF dan duduk di rumput.
"Kenapa kau kat sini?"
"Saje datang. Mana tau ada kau sekali. Selalunya cuti-cuti macam ni kau ada kat sini."
"Mana Fa'iq dengan Firas?" Soalnya.
"Setahu aku diorang tak ada kat blok. Kantin maybe?"
Tahun itu, banyak benda berubah. Sejak kes tahun lepas, mereka berenam semakin akrab tanpa disedari. Fa'iq dengan Firas pun dah tau pasal tangga itu. Dia teringat kali pertama Fa'iq dan Firas menjejakkan kaki di situ.
"What the-" masing-masing terkejut. Tak sangka ada kawasan luas yang tersembunyi di sebalik cerun itu. "Korang selalu lepak sini?" Firas mula menyentuh lembut bunga-bunga kecil yang terdapat di sebuah pokok besar.
Malikah mendekatkan diri ke arah Firas. "Cantik kan?"
"Cantik." Senyum lelaki itu sambil membelek-belek pokok itu. Malikah terdiam apabila melihat Firas. Sebelum dia kembali sengih.
"Jarang-jarang kau senyum. Suka sangat ke?" Soalan Malikah dibalas dengan anggukan.
"Korang lepak la sini jugak. Tapi jangan bagitau sesapa pasal tempat ni." AF duduk di tangga dan membaling tikar ke atas rumput lalu Imani bentangkan.
Fa'iq masih hilang dari radar. Hilang dalam hayalan. Cantik sangat ke tempat ni sampai jauh berangan? "Weh Fa'iq ada labah-labah atas kepala kau." Firas berkata tanpa nada. Bukan gurauan tapi memang betul.
"Huh?! Amik cepattt!!" Dia berlari ke arah orang yang paling dekat dengannya ketika itu, Imani.
"Eh? Apsal aku pulak?! Amik sendiri la takkan aku nak pegang!" Marah Imani.
"Please! Cepatla weh aku tak nak mati kena sengat kat sini." Dia menundukkan kepalanya. Akhirnya Imani mengalah. Dia mencapai ranting kayu dan cuba mengalihkan haiwan kecik itu.
Malikah dan Iz tergelak melihat posisi Imani dan Fa'iq yang tak berapa nak stabil. Fa'iq dah macam rukuk sebab ketinggiannya yang lebih tinggi.
"Yang kau pergi berdiri kat situ kenapa? Tempat tu sah sah banyak sarang labah-labah." Bebel Imani.
"Mana aku tau kat situ rumah dia."
Tak lama lepas tu, sesi menangkap labah-labah pun tamat. Imani menepuk rambut Fa'iq sekali dua. Nak pastikan dah tak ada apa-apa lagi. "Kau tak shampoo rambut ke apa sampai haiwan melekat kat kau. Tengok tu, kat bahu kau ade lagi satu." Imani berhenti berkata sebelum dia menyambung.
"Lipas."
Spontan Fa'iq merapatkan badannya dengan Imani.
"Apsal kau ni?!!" Imani cuba menjauhkan diri. Tetapi kali ini, Fa'iq mahu menyakat.
"Encik lipas, silalah lompat kat minah depan saya ni." Fa'iq tergelak sakan melihat Imani berlari menjauhkan diri. "Sial kau Fa'iq! Aku dah tolong kau kot!"
"Hahahsgaha nah Imani!" Fa'iq mengejar Imani seperti kanak-kanak riang. Dua jarinya memegang lipas itu. Cuba untuk baling.
Malangnya, nasib baik bukan untuk mereka berdua pada hari itu. Imani terpijak kasut Iz lalu tersadung. Diikuti Fa'iq yang jatuh.. di atas Imani. Fa'iq memandang Imani yang berada di bawahnya. Mata mereka bertembung.
Shskhkskhkkskkhkkskhhshh.. bunyi semak ditiup angin :D kedengaran. Suasana sepi untuk 5 saat..
"AAHHH MAMPUS KAU!" Imani menyepak perut Fa'iq membuatkan lelaki itu tersungkur ke tepi. Cepat-cepat Imani bangun mendekati AF yang sudah duduk di atas karpet bersama Iz. Jantungnya berdegup kencang. Fikirannya mula serabut.
Fa'iq menahan kesakitan di atas karpet tetapi masih mahu mengacau Imani. "Apsal muka kau merah hah? Suka ke?" Dia berkata sinis.
Imani cuba menenangkan otaknya. Dia menunjukkan reaksi jijik. "Tak lah, aku geli. Kena 'kabedon' dengan orang pervert macam kau."
"Ei kau yang jatuh dulu! Aku jatuh atas kau sebab kau"
"Jangan salahkan aku, kau yang start kejar aku dulu kan!"
Berapa banyak kali diorang nak gaduh ni? Mereka berempat memandang Imani dan Fa'iq dengan muka redha.
Malikah bermain dengan rambut Firas yang sudah bersedia untuk tidur. Rambutnya sudah penuh dengan bungaan kecil. "Macam prince dalam fairytale doh." Iz memberikan komen. Malikah mengangguk setuju.
"Bila lelaki dah goodlooking, pakai apa pun hensem. Kan Firas?" Malikah mengacau Firas.
"Aku tak hensem pun. Mungkin sekarang ni aku nampak macam raksasa tumbuhan even aku tak nampak." Firas menafikan. Malikah tergelak kecil. Malu ke nak ngaku?
"Esok kita datang sini lagi jom? Esok cuti jugak kan?" Firas bersuara walaupun matanya tertutup.
"Nak nak!" Malikah teruja.
"Boleh je." Imani setuju.
"Kemas la tempat ni dulu, aku tak nak kena tarikan haiwan-haiwan perosak lagi." Fa'iq mengeluh.
"Sebab kau busuk." Iz berkata. Membuatkan Imani ketawa sekuat hatinya.
"Say what?!"
"Huh? Omaigodd.. kau cakap apa tadi?!!!!" Imani memegang muka Fa'iq. Tidak percaya dengan ayat yang baru sahaja keluar dari mulut lelaki itu. Matanya bersinar. Fa'iq cakap say what!
Muka Imani yang semakin dekat dengannya membuatkan dia tiba-tiba rasa tak tentu arah. Dia melepaskan cengkaman tangan Imani dari wajahnya.
"Cakap lagi weh! Cakap lagi!" Imani excited. Fa'iq menggeleng-geleng tidak mahu.
Suasana yang ceria dan menenangkan. Untuk seketika, kepalanya sudah melupakan peristiwa hitam yang menghantuinya dari awal tahun ni. Iz menoleh ke arah AF sambil menghulurkan coklat. "Esok kau nak datang sini lagi tak?" Dia melihat Iz, dan sekelilingnya.
Perlahan, dia menyambutnya dan mengukirkan senyuman. "Okay, esok kita datang sini lagi!"
Iz turut senyum melihat raut wajah gadis itu.
"Esok kita bawak snek sekali!"
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...