BAB 16

30 7 1
                                    

Sepanjang mereka berjalan mengelilingi sekolah, mereka berborak tanpa henti. Ada sahaja yang Fa'iq nak ajak berdebat.

Tiba di hadapan pagar sekolah. Iz dan Fa'iq dapat melihat sebuah bas, tak bukan sebuah, tetapi 3 buah bas sekolah. Semua enjin hidup. Di situ, kelihatan ramai murid beratur masuk dan mengangkat beg-beg masing-masing. Majoriti senior.

"Ada pertandingan ke? Tapi macam ramai sangat je."

"Tu semua budak nak lergi oversea." Suara dari belakang mereka tiba-tiba menjawab.

"Ahhhh!!" Mereka berdua melatah. Siapa yang muncul secara magic dari belakang ni?! Pantas memusingkan kepala ke belakang.

Wajah tak bersalah Firas dipandang lama. Lelaki itu hanya kekal dengan wajah expressionlessnya sambil menghidup air kotak. Membuatkan Fa'iq terasa geram.

"Tegur elok-elok la lain kali Firas oi." Fa'iq menepuk-nepuk bahu Firas dengan senyuman paksa. Kalau dia marah pun, bukannya lelaki itu akan faham.

"Okay." Dia menyambung hirupan.

Sekali lagi, Iz menoleh ke arah bas-bas tadi. "By the way, kenapa hari ni ramai sangat yang dipilih? Tengok tu, semua orang macam tergesa-gesa." Kata Fa'iq. Mereka sendiri boleh melihat pelajar-pelajar itu seperti mengejar masa. Barang-barang yang mereka bawa juga seperti tak cukup.

"Untuk pengetahuan kau, orang yang dipilih ni selalunya last minute." Kata Iz perlahan.

"Maksudnya?"

"Cikgu akan bagitahu murid yang dapat scholarship ni tiba-tiba. Bila-bila masa je cikgu boleh cakap bila kau dapat tawaran. Lepastu cikgu bagi masa tiga hari je untuk buat pilihan sama ada kau nak terima ke tak." Firas menjelaskan.

"Wait, apsal pelik sangat??" Fa'iq memeluk tubuh tak puas hati. Firas hanya mengangkat bahu.

Seorang pelajar kelihatan berlari ke arah mereka bertiga. Makin dekat, baru mereka dpaat melihat empunya badan dengan lebih jelas.

"Fa'iq, Firas, Iz!"

"Aiman?" Iz terperanjat. Aiman- ketua kelas 3A pun dapat tawaran?

"Kau pun dapat tawaran?" Soal Firas meminta kepastian. Aiman menjawab dengan anggukan.

"Orang pandai memang la pandai. Well, aku lagi pandai tapi belum tiba masanya untuk aku tinggal sekolah ni. So, kau memang dah fikir masak-masak ke?" Fa'iq bertanya.

Aiman tersenyum. Angin bertiup lembut. Keadaan tiba-tiba diam, bunyi enjin bas dan suara pelajar-pelajar seperti hilang.

"Sebenarnya cikgu baru bagitahu aku dapat tawaran harini."

"La yeke?" Fa'iq menggaru kepalanya. Pening dengan kelakuan cikgu-cikgu yang tak bijak.

"Haah, so aku still was-was nak pergi ke tak. Kalau difikirkan balik. Benda ni bagus untuk aku. Tapi at the same time, macam awal lagi." Aiman menyatakan kekusutannya.

"Aku rasa bagus kau terim-"

"Cancel." Iz yang dari tadi diam, bersuara. Aiman, Firas dan Fa'iq tertanya-tanya.

Iz mendekati Aiman dan memegang kedua-dua bahu Aiman. "Cancel tawaran tu."

"Eh tapi kenapa?" Aiman keliru.

Kelakuan pelik Iz ditangkap Fa'iq dan Firas. "Kau terus jadi ketua kelas 3A, tak boleh? Aku rasa kalau kau pergi oversea, classmate kita tak terima ke." Firas berkata santai. Air kotaknya hampir habis.

Fikiran Aiman mula berdolak-dalih. Dia memandang bas-bas itu semula.

Seseorang mendekati mereka. Ouh, En. Afza.

Cilgu itu datang ke arah Aiman dengan wajah gembira. "Dah nak masa untuk bas gerak ni."

Lama Aiman memerhatikan wajah En. Afza, kemudia ke arah rakan-rakannya di depan matanya.

"Cikgu, keputusan untuk saya dalat tawaran ni last minute kan?" Soalan ditujukan kepada En. Afza.

"Yes, tapi pilihan mereka betul. Kamu seorang pelajar contoh dan bijak." Ujar En. Afza.

"Kalau macam tu, saya boleh cancel last minute jugak la?"

Ayat yang baru keluar dari mulut Aiman membuatkan senyuman En. Afza mati, dan wajahnya berubah terkejut.

"Kamu nak cancel? Tapi ni opportunity terbaik untuk kamu teruskan kehidupan kamu." En. Afza memberikan nasihat.

Gelengan diberikan. "Tak apalah cikgu. Saya rasa saya belum bersedia."

"Kamu sure?" En. Afza meminta kepastian.

Aiman mengangguk sekaligus memandang tiga classmatenya itu. Firas hanya memberikan thumbs up dengan muka straight, membuatkan Fa'iq meledak ketawa.

"HHAHAHAHA kenapa kau punya muka langsung takde ekspresi?!" Dia ketawa lagi. Aiman juga terhibur dan ikut gelak. Firas yang tak memahami situasi hanya blur.

"Okay saya gerak dulu, teruskan aktiviti kamu semua. Aiman, awak boleh ambil semula barang-barang awak." Arah En. Afza. Sebelum itu, dia memandang Fa'iq, Firas dan Iz.

Mereka bertiga tunduk hormat. Fa'iq yang masih ketawa dipaksa Firas untuk tunduk dengan menolak kepala Fa'iq secara paksa. Lama mata En. Afza bertembung dengan Iz sebelum dia mula melangkah pergi dari situ.

"Last2 Aiman cancel." Kata Firas

"Bagusla." Balas Iz sambil memerhatikan Aiman bertungkus lumus mengeluarkan dan mengangkat barang-barangnya sendiri.

Tanpa perlu disuruh, mereka bertiga sendiri pergi mendekati Aiman dan membantu.

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now