BAB 41

19 1 0
                                    

3 tahun tersangkar. 3 tahun mereka terkurung dalam sekolah. Tak pernah sesekali mereka keluar. Walaupun untuk berjumpa keluarga.

3 tahun tanpa berita, mereka bagaikan hilang dari dunia untuk 3 tahun. Tiada sesiapa yang tahu tentang kehidupan mereka kecuali kecemerlangan yang terserlah tatkala ada pertandingan besar.

Sepatutnya mereka akan terus duduk di dalam sekolah tanpa khabar. Kali ini, pelajar sangatlah bertuah untuk berjaya keluar untuk pertama kalinya.

Dan bagi pelajar, tak banyak mereka mintak. Hanya keseronakan untuk mengurangkan tekanan belajar.

Mereka faham tugas dan tanggungjawab yang perlu mereka patuh sekiranya ingin terus tinggal di sekolah. Sekiranya gagal untuk mencapai tahap kecerdikan, kemungkinan mereka akan dibuang sekolah atau dihantar ke tempat lain.

Pihak sekolah juga tak membenarkan sesiapa untuk pindah. Cara paling afektif untuk keliar dari sekolah hanyalah dengan memilih untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Projek khas bagi pelajar-pelajar yang memenuhi kehendak pihak sekolah. Bijak, banyak pencapaian dan cemerlang.

Apa mereka boleh buat? Semua pelajar dalam sekolah ni adalah terdiri daripada murid-murid bermasalah. Mungkin dari segi duit, tempat tinggal, tiada penjaga, masalah keluarga, mahupun anak yatim piatu.

Sekolah Alam Pertama ialah sekolah yang membantu remaja-remaja yang bermasalah untuk meneruskan pembelajaran.

Tapi perlu ke sampai tak bagi keluar?

Bangunan tinggi mencecah langit. Murid kelas 3A memandang pandangan langit yang mengagumkan.

Mereka berada di tingkat paling atas bangunan akuarium. Yang menunjukkan pemandangan luas dari atas, membenarkan mereka melihat seluruh kawasan bandar dan gunung-ganang yang ada. Setiap satu kawasan mereka perhati, dengan takjub.

Ini lah yang apa mereka patut rasakan. Sebagai remaja, sebagai manusia biasa.

Banyak kenderaan yang memenuhi jalan raya. Ramai orang berjalan di mana-mana. Burung beterbangan secara kumpulan. Dan awan-awan yang berarak perlahan.

Tak ada sesiapa yang bersuara. Mata memerhatikan tajam suasana dunia. Dengan hati yang bagaikan mahu melepaskan rasa.

Kebebasan.

Perkara yang mereka tak akan dapat selagi mereka tak keluar dari sekolah. Selama ni mereka fikir 5 tahun itu hanyalah sekejap. Tetapi kini, rasa membuak-buak untuk keluar itu semakin tinggi.

Mendengar bunyi bising orang ketawa, mereka menoleh. Kelihatan pelajar remaja berkumpulan yang berseronok. Sedang keluar bersama kawan-kawan.

Kelas 3A melihat tanpa bunyi. Ada yang mula mengetap bibir, menutup mata dan banyak lagi. Sementara En. Afza, hanya tajam memerhatikan anak muridnya di sudut. Bersandar pada dinding.

"Boleh ke.. kita rasa macam apa yang diorang rasa?" Gumam Iz sendiri, perlahan. AF di sebelahnya perasan. Memandang wajah Iz yang juga nampak suram, seperti semua classmatenya.

"Satu hari nanti, kita akan dapat keluar dari sini." Ujar AF. Menyentuh cermin besar bangunan itu. Membuatkan Iz tersentak.

Wajah AF menoleh ke arah Iz. Memandangnya dengan yakin. Iz terdiam. "Kita boleh keluar.. kan?" Dia menujukan soalan. Dengan jawapan pasti yang dia mahu dari Iz.

Iz melepaskan nafas, tak mungkin dia boleh cakap tak apabila dia melihat wajah tu.

Dengan anggukan sebagai jawapan, AF tersenyum.

"Jom keluar dari sini, satu hari nanti. Together."

🥀

Tangannya menggeletar. Dia menunduk memandang lantai. Nafasnya tak menentu. Ayat AF bermain dalam fikirannya. Baru 2 jam tadi, dia bersama dengan gadis itu. Bersebelahan. Dia yakin, AF betul-betul ada di hadapan matanya tadi.

Jadi..

Macam mana AF boleh tiba-tiba hilang?

"Iz!" Fa'iq menggoncang bahu rakannya yang nampak hilang dari dunia itu. Iz membalas panggilan itu. Dengan muka pucat.

"Fa'iq.."

"Iz jangan berhenti! Jangan stop. Kita kena terus cari. Cepat. Tak ada masa untuk duduk diam tak buat apa-apa." Kata-kata Fa'iq membuatkan dia sedar.

"Korang! Cuba cari yang lain. Aku nak kumpul semua orang ni," Aiman dari jauh menjerit, berlari ke arah mereka berdua.

Tanpa menunggu sesaat, Fa'iq menyeluk poket seluarnya. Tetapi tindakan itu sia-sia. Dia menepuk dahi, lupa yang mereka tiada gadjet untuk berhubung dengan sesiapa angkara peraturan sekolah.

Waktu-waktu macam ni, mereka tak boleh buang masa. Dia menoleh ke arah Iz dan memegang kuat kedua-dua lengan Iz.

"Iz, kau dengar sini baik-baik. Kita cari belah sana, kau jangan stop cari bahagian satu lagi tu. Jangan berhenti. Kita kena cari yang lain untuk confirmkan. Aku cari tak jauh dari kau."

Dengan patuh, Iz mengangguk. Membiarkan Fa'iq yang sudah mula berlari ke hadapan, tanda yang dia perlu ikut Fa'iq sekali.

Dia memandang Aiman yang masih tercegat di belakang. Wajah Aiman yang kepenatan membuatkan dia rasa bersalah.

"Jangan buat semua benda sorang, kau kena arahkan orang lain pun untuk cari." Kata Iz sebelum dia turut berlari dari situ, memulakan pencarian.

Ketua kelas itu menarik nafas. Betul. Tak mungkin dia boleh cari seorang classmatenya dalam satu bangunan besar ni.

Di satu kedai, semua classmate yang sempat dia kumpul sedang bising kerana risau. Nampak sahaja Aiman sudah kembali, mereka terus bertanyakan keadaan.

"Aiman, kitorang dah kira semua. Total class sepatutnya 25 tapi sekarang ada 18 je termasuk kau." Eliza pantas memberikan jumlah semua orang yang ada.

"Maksudnya.. ada 7 orang tak ada?"

Soalan Aiman dibalas dengan angguk.

"Tadi Irfan dengan Iz ada pergi cari jadi diorang tak ada kat sini." Kata Aiman.

"Siapa pulak Irfan ni?"

"Fa'iq la bijak. Kita tak ada masa untuk ni."

"Ouh sorry aku lupa."

"Firas, Malikah dengan Imani pun tak ada. Diorang cakap diorang nak pergi cari kat tempat lain." Beritahu Ainin yang baru sampai di situ.

"Okay thanks. Then, siapa lagi yang tak ada?"

...

"Shafiq." Kata Aiman dengan Eliza serentak.

Keadaan nampak buruk sekarang ni. Tambahan lagi Shafiq turut tak ada.

"Macam mana kalau dia yang buat something kat AF?"

Kata-kata salah seorang classmatenya itu membuatkan mereka terdiam. Tetapi cepat-cepat membuang fikiran itu. Memang mereka nampak macam mana Shafiq mengacau AF selama ni. Tapi tak kan lah sampai macam ni kan..?

"Okay semua dengar sini!"

Baru sahaja Aiman mahu membuka mulut, bangunan itu dibunyikan dengan suara seseorang melalui speaker.

"Perhatian kepada pelajar Alam Permata.."

Suara En. Afza!

"...sila berkumpul di cafe tingkat 13. Sekali lagi saya ulang.."

"Semua pastikan korang ingat orang sebelah kanan kiri depan belakang korang. Kita gerak dalam satu kumpulan. Jangan ada sesiapa yang pergi tempat lain, kita akan terus pergi cafe yang cikgu cakap tu. Jelas ke?"

"Jelas Aiman."

Sambil mereka berjalan bersama tu, mereka hanya mampu diam. Lagi-lagi kerana kehadiran mereka sudah mendapat perhatian dari orang-orang di dalam bangunan itu.

"Tengok tu pelajar Sekolah Alam Permata kan?"

"Woah.. diorang betul-betul ada kat sini?"

"Cepatla sebelum diorang pergi tu!"

'Klik klik!!'

Habislah. Mereka tak tau pulak yang mereka akan dilayan begini.

Paling hadapan, Aiman fokus kepada persekitarannya. Tak sesekali dia melepaskan pandangan dari classmatenya. Dalam hati, dia berharap tiada apa-apa yang buruk akan terjadi. Walaupun perkara itu macam mustahil.

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now