Malam ditemani bunyi serangga. Sepi. Malam ni, macam terlalu sepi. Tambahan lagi, dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena. Dia menarik selimut, sejuk. Kaki dan tangannya sejuk tetapi badannya berpeluh sakan.
Akibat rasa gelisah itu, dia mengambil keputusan untuk bangun dari katilnya. Handphone dihidupkan. Jam di skrin menunjukkan sudah mencecah pukul tiga pagi. Aduh kenapa pulak ni, jangan cakap ada benda mengganggu di-
Ahh tak mungkin tak mungkin! Dia menafikan sendiri dan mula berdiri menapak lantai. Ingin keluar dari bilik untuk mengambil udara segar.
Dalam kegelapan ruang tamu, dia melangkah perlahan ke dapur. Tidak mahu mengejutkan sesiapa yang masih lena. Ibu dan juga adiknya juga sedang tidur. Dia mencapai segelas susu dari dalam peti sejuk.
Bunyi tapak kaki kedengaran. Tetapi bukan dari ruang tamu.
Bilik adiknya.
Ouh mungkin adik belum tidur? Dia tertanya-tanya. Memandangkan dia belum mengantuk, dia memgambil keputusan untuk pergi ke bilik adiknya, mahu ajak berbual.
Belum sempat dia memulas tombol pintu bilik, adiknya keluar dari bilik secara mengejut. Dia tersentak. Dia memandang sekali imbas. Di bahunya, terdapat satu beg kecil. Nak ke mana pulak adiknya ni?
Wajah adiknya dipandang. Entah kenapa, wajahnya kelihatan seperti sedih walaupun adiknya tersenyum.
"Abang tidurlah, Amy nak keluar sekejap." Kata adiknya seraya berjalan melepasinya. Baru dia sedar apa yang adiknya cuba lakukan. Pantas tangan adiknya digenggam kemas.
"Amy sure ke Amy nak buat benda ni?" Tangan gadis itu dipegang kemas. Enggan dilepaskan. Amy cuba untuk keluar dari rumah, lebih tepatnya- lari.
Raut wajah adiknya nampak kepenatan, dia mula berasa sedih. Tambahan lagi, mereka berdua sahaja yang selama ini berkongsi rahsia. Tiada sesiapa yang tahu, hanya mereka.
Dia tahu, adiknya sudah lama dihantui rahsia itu. Even dia juga sukar untuk menerima rahsia itu. Mereka hidup bersama dengan ketakutan sejak kecil. Kini, adiknya itu sudah tidak boleh tahan.
"Abang jangan bagitahu mama dengan ayah ya?" Amy menggenggam erat tangan abangnya itu dengan tangan kecilnya. Dia tersenyum. Matanya berkaca.
Remaja lelaki itu mengusap pipi adiknya. "Mestilah abang tak bagitahu mama dengan ayah, tak akan sesekali abang bagitahu." Air mata adiknya jatuh. Hatinya bagaikan dihempap bermacam-macam perasaan.
Mereka berpelukan. Mungkin untuk kali yang terakhir. "Amy ada tempat tinggal ke?" Soalnya.
"Amy akan cari."
"Makanan?" Dia menyoal lagi.
"Amy akan kerja."
"Ada orang yang Amy percaya? Yang boleh tolong Amy nanti?" Dia menyoal soalan terakhir sebelum dia melepaskan adiknya pergi.
"Tak ada..."
Tiba-tiba, seorang gadis muncul di dalam fikirannya. Gadis itu memeluknya dengan muka bersalah dan sedih.
"Sorry Amy, saya tak tau macam mana nak tolong awak. Saya minta maaf sangat-sangat. Kita cuba lalui benda ni sama-sama eh?" Suara seorang gadis di ingatannya kedengaran sebelum dia dipeluk oleh tubuh hangat itu.
"Terima kasih.. kak fahira.. isk." Dia membalas pelukan itu.
Ouh, ini memorinya semasa form 1. Kejadian yang berlaku di asrama semasa mereka berdua dibuli. Kata-kata itu masih dia ingat.
Air matanya jatuh lagi. "Ada abang. Ada orang yang boleh bantu saya. Mungkin dia je yang boleh ubah hidup saya ni. Atau lebih tepatnya, kita berdua."
"Amy.." dengan hati yang terpaksa, dia melepaskan genggaman yang dari tadi menghalang Amy untuk keluar.
Lama mereka memandang wajah sesama sendiri sebelum Amy keluar melalui tingkap. Dia cuba menunjukkan wajah gembira untuk mengurangkan kerisauan adiknya seorang itu.
"Jaga diri, Amy. Abang tunggu Amy balik. Tak. Kita jumpa kat mana-mana satu hari nanti, ya?" Katanya perlahan. Gadis itu mengangguk dan melambai tangannya. Untuk kali yang terakhir.
Amy mendongak memandang langit yang masih tiada sinar. Hanya kegelapan. Juga ditemani bintang yang memenuhi langit kosong itu.
Dia tak boleh putus asa. Sekurang-kurangnya, ada seorang yang masih boleh dia percaya.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...