BAB 22

27 3 0
                                    

Kini, AF berada jauh dari blok sekolah. Sengaja dia berjoging jauh. Dia cuba menenangkan mindanya yang serabut. Selepas keluar dari perpustakaan tadi, masalahnya masih belum reda. Tak ada guna dia ceritakan apa-apa kepada En. Afza. Cikgu juga tak dapat membantunya.

Ainin hanya memberikan dia kata-kata semangat. Dia mengucapkan terima kasih dan kepada En. Afza dan Ainin. Dan dia keluar dari situ. Tak ada apa-apa yang dapat dia ubah. Segalanya masih sama.

Satu persatu langkah lariannya. Setiap langkah, dia memikirkan kesalahannya. Kesalahan terbesar yang dia dah buat. Dan kesalahan tu membuatkan dirinya sendiri sengsara- membiarkan Sarah terus berada di sekolah itu. 

Mana pihak atasan? Kalau ikutkan logik sepatutnya kes ini dah masuk surat khabar. At least, kemungkinan besar polis akan mengambil serious hal ni.

Tapi tak ada apa-apa yang jadi. Kejadian tu hanya tertutup tanpa sebarang masalah. Tiada langsung polis atau orang-orang atasan yang membuka cerita ini ke dalam akhbar.

Tak kan lah pengetua tak buka kes ini kepada polis?

Dia fikir segalanya akan okay sebab tu tahun terakhir Sarah bersekolah di situ. Tapi nampaknya keadaan menjadi terbalik. Dia lupa satu fakta, fakta dimana.. sekolah ni tak normal.

Sekolah ni terdiri daripada orang-orang pandai yang bodoh.

Pernah sekali tu, dia hanya jalan di koridor untuk ke tandas. Hari yang normal dan aman. Sehinggalah dia terdengar suara- suara manusia yang berada di situ. Mereka memerhatikan dirinya yang berseorangan ketika itu.

Ada dalam tiga orang perempuan. Semuanya senior. Sebenarnya itu tidak membuatkan dia gentar. Dia dah tekad untuk redah sahaja apa yang bakal orang cakap. Sebab dia lah mangsa keadaan. Semua orang tahu perkara tu.

Namun, bukan semua orang mampu memberikan kasihannya. Walaupun dia mangsa, masih ramai lagi pengikut si pelaku. Masih ada yang berani menentang dia walaupun dia mangsa.

Tambahan lagi, mereka semua tak siuman. Manusia yang pandai dalam akedemiknya tetapi tiada ilmu kemanusiaan.

"Oh, tu AF kan?" Kata si A sambil menepuk-nepuk bahu si B. Mereka memandang AF dengan wajah sinis.

"Wow tak sangka pulak dapat jumpa dia depan-depan macam ni." Kata si C. Si B mendekati AF dengan berani. Dalam situasi itu, AF berseorangan. Jadi dia hanya mampu menahan perasaannya dan diam. Cuba untuk tidak memulakan apa-apa suasana tak baik.

"Oi AF." Panggilnya. AF hanya mengangkat muka. Cuba beriak tenang. Wajahnya tidak berubah. Dia berusaha mengekalkan wajah dingin.

"Ouh, berani?"

"Interesting jugak kau ni eh."

AF mengeluh. Dia tak biarkan Sarah dalam sekolah ni untuk jadi idola semua orang. Dia mahu Sarah dilayan teruk, sama seperti apa yang perempuan tu pernah buat kepadanya dulu. Tapi nampaknya keadaan dah terbalik. Karma mungkin?

"Patutlah Sarah suka sangat budak ni."

Mata AF membulat dan memandang wajah senior-senior itu.

"Ah Sarah ada kata an yang budak ni 'best'."

"Pandai Sarah pilih hahah!!"

"Ahahahahhah!!!"

Dirinya terpaku di hadapan mereka. Tubuhnya tak membenarkan kakinya untuk bergerak. Kalau boleh, dia nak blah dari situ secepat mungkin.

.. apa yang baru dia dengar ni?

Sarah cerita apa dia buat kat kawan-kawanya? Termasuk semua benda tak senonoh tu??

Kenapa diorang tak nampak jijik? Kenapa diorang nampak lebih kepada, suka?

Otaknya ligat memikirkan hal ini. Ikut common sense seorang manusia biasa, mereka sepatutnya tak rasa happy. Sebaliknya rasa benci dan jijik.

Apa yang tengah berlaku ni?

Pada masa itu, ada sesuatu bagaikan menusuk hatinya. Sesuatu petanda tak baik.

Sekolah ni, dah lama rosak. Walaupun pelajar-pelajarnya terdiri daripada orang yang susah, tetapi mereka riak dengan ilmu yang diorang ada.

Sombong, selfish, dan tenggelam dengan kisah masing-masing. Senior di hadapannya ini jenis pelajar yang sudah lupa diri. Yang sudah tak tahu erti bersyukur dan hanya menjadikan orang lain sebagai sumber keseronokan hidup mereka.

Macam Sarah. Yuna.

Tangan dikepal. Menahan rasa marah akibat dimalukan sebegitu. Betapa hinanya dirinya sekarang. Sekurang-kurangnya, dia masih ada hati yang perasaan. Bukan seperti perempuan-perempuan di hadapannya sekarang. Dia memandang tajam setiap satu wajah itu. Akan dia ingat mereka bertiga.

"Adik tak nak cakap apa-apa ke?" C ketawa melihat AF yang hanya diam dari tadi.

"Jangan takut, akak tak makan orang." B cuba merapati AF.

"Eh ye ke kau tak makan orang? Haritu kau baru makan aku kan?" A membuat lawak tak senonoh dan diajukan kepada B. Mereka tersenyum mengeriangi sesama sendiri. Membuatkan AF rasa nak muntah kerana jijik.

Kelakuan tak senonoh dan membuat benda-benda yang berkaitan dengan sex membuatkan dia tak selesa. Sekolah lagi kot? Kenapa sampai macam ni?

Selepas itu, baru dia tahu yang mereka juga salah satu orang-orang yang pernah 'berseronok' dengan Sarah dan Yuna. Bertambah gila otaknya.

"Well, sweetie. Betullah aku makan orang. Tapi, aku suka jenis yang manis. So, Sarah recommendedkan aku beberapa orang..." B mendekati AF dan menolaknya ke dinding. AF mendongak memandang B dengan wajah marah dan jijik. Tangan si B mengangkat dagu AF untuk mendongakkan lagi kepala AF.

Si B tersenyum berbaur ancaman. "And kau termasuk dalam list aku."

Ugutan yang cuba disampaikan itu terhantar kepada AF. Gadis itu melihat mereka dengan wajah tak percaya. Maksudnya.. dia dah jadi target geng-geng Sarah?

Tak masuk akal.

Emosinya bercampur-baur. Dia tak tau mahu rasa apa sekarang ni. Geram, benci, takut, jijik, sedih. Dia sudah mati akal.

Semua ni terlampau gila untuk difikir secara waras.

Secara mengejut, si B ditolak kuat oleh seseorang sehingga terjatuh jauh dari AF. Membuatkan AF terkejut.

Iz?

Lelaki itu kelihatan termengah-mengah. Cuba mengumpul nafas. Sama ada kepenatan atau marah, dia tak pasti. Tetapi lelaki itu sudah menyelamatkannya.

"Jom AF, kita balik kelas." Iz menarik tangan AF pergi dari situ. Kumpulan senior itu memaki mereka.

Dia mematikan lamunannya. Dari tadi dia berjoging. Kini dia berada di padang sekolah. AF melihat sekeliling. Terdapat ramai orang yang sedang melakukan hal masing-masing. Ada yang main bola panas-panas terik ni, ada yang baca buku, berborak kosong, membuat beberapa eksperiment roket air dan macam-macam lagi.

Daripada dia membebel sorang-sorang ni, baik dia cari classmatenya. Dia perlukan orang di sekelilingnya untuk kembalikan balik ketenangannya. Boleh la rasa terlindung sikit dari orang-orang pelik dalam sekolah ni.

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now